Saturday, April 18, 2020

ANALISIS 28 HARI PKP – COVID 19

Hai, salam korang! 

Jangkitan wabak COVID 19 ni betul-betul telah mengakibatkan hidup kita, kerjaya kita dan negara kita dalam keadaan huru hara. Semua rakyat di setiap lapisan masyarakat terkesan dengan wabak berjangkit ini. Tidak terkecuali. Sama-samalah kita mendoakan agar wabak ini beransur pulih dan membolehkan kita menjalani kehidupan seperti biasa. Cuma kali ini, kita akan menjalani kehidupan dengan lebih menghargai orang sekeliling dan lebih bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Fuh panjang into pun. 

Sempena kita baru jer menghabiskan PKP Fasa Ke – 2 pada 14hb lepas, hari ni keksha nak share dengan korang data-data yang keksha gather selama 28 hari PKP ini berlangsung. Berdasarkan data yang keksha ambil dari sumber yang sahih ini, kita boleh melihat dengan jelas apa yang kita telah capai dalam masa 28 hari perintah kawalan pergerakan ini. Sebenarnya keksha share kat sini untuk keksha ingat balik pada tahun-tahun akan datang bila kita survive COVID 19 ni. Hopefully. Insya Allah. 

Perintah Kawalan Pergerakan ini atau PKP sekarang sedang berada dalm Fasa ke – 3 di Malaysia. 

Fasa 1 : 18 – 31 March 2020 (14 hari) 

Fasa 2 : 01 – 14 April 2020. (14 hari) 

Fasa 3 : 15 – 28 April 2020. (14 hari). Sekarang kita berada di hari yang ke – 32 PKP. 

Sebelum tu, sumber sah yang keksha gunakan untuk gather data ini adalah seperti berikut: 

  1. CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia - https://t.me/cprckkm
  2. Majlis Keselamatan Negara - https://t.me/MKNRasmi

Bolehlah follow untuk berita-berita yang sahih. Takdelah korang dok share berita palsu jer. Ehh. 

Berdasarkan jangkaan yang dibuat oleh sebuah bank pelaburan US, JP Morgan, dijangkakan Malaysia akan mencapai tahap 6,300 jangkitan positif covid menjelang pertengahan bulan April 2020. Sehingga 14 April 2020 (hari ke 28), jumlah pesakit positif covid terkumpul adalah seramai 4,987 kes iaitu iaitu 1,313 kes kurang daripada jangkaan JP Morgan. Berdasarkan prediction by formula yang dibuat oleh Microsoft Excel yang keksha gather ni pun, boleh dikatakan jauh berbeza dengan data sebenar. 





Haa, yang garis putus-putus tu jangkaan (prediction) yang telah dibuat oleh Microsoft Excel menggunakan formula yang telah disediakan. Keksha suka tengok graph ni bila kita start big gap antara data sebenar dan data yang dijangkakan. Lagi keksha suka bila line hijau (kes sembuh) telah melebihi line oren (kes aktif) pada hari terakhir PKP Fasa 2. Yeay! We did it guys! Walaupun ianya satu berita positif, harapnya kita tidak senang hati untuk tidak mematuhi perintah kawalan ini. Bila-bila masa jer graph ni boleh berubah kaluu kita mengambil sukap acuh tak acuh kepada kawalan perintahan ini. Ayuh, keksha share dengan lebih details data yang keksha dah gather ni. 


1. Kes Positif Harian Covid 19 Di Malaysia 

Hari Pertama : 117 Kes 

Hari Ke – 28 : 170 kes 

Hari terburuk kes harian tertinggi pernah direkodkan di Malaysia adalah pada hari ke-9 PKP (26 Mac 2020) dengan catatan kes sebanyak 235 kes sehari. Malah terdapat rekod melebihi 200 hari juga dicatat pada hari-hari berikut: 

  1. Hari ke -9 PKP (26 Mac 2020) – 235 Kes. 
  2. Hari ke – 17 PKP (3 April 2020) – 217 kes. 
  3. Hari ke - 6 PKP (23 Mac 2020) – 212 kes.
  4. Hari Ke – 16 PKP (2 April 2020) – 208 kes. 
Yes. Masa korang dok sibuk ke sana ke mari, ada pihak yang berdebar-debar dengan catatan kes positif di Malaysia. 

Manakala, kes harian terendah pernah dicatatkan sepanjangan PKP Fasa 1 dan Fasa 2 adalah pada hari ke – 7 PKP (24 March 2020) iaitu dengan catatan sebanyak 106 kes sahaja. 



Sengaja keksha colourkan dengan warna merah untuk menunjukkan hari-hari yang kita mengalami peningkatan kes. To be honest, kes harian kita tersangatlah fluctuate. Untuk contoh, hari ke 10 hingga ke 15 tu, peningkatan /penurunan adalah dalam range yang sama. It almost like we gonna make it. But no, we don’t. Tetiba jer kita naik dengan kadar yang tinggi. It unpredictable. 

2. Kes Aktif Covid 19 

Next is kes aktif. Kes aktif ini adalah kes dimana pesakit-pesakit positif covid 19 masih lagi dirawat di hospital dan diasingkan daripada orang ramai. 

Hari Pertama PKP : 728 kes. 

Hari ke – 28 PKP : 2,427 kes. 

Yes, beza memang ketara. Namun, untuk kes aktif ni, apa yang kita nak lihat adalah betapa besarnya portion kes aktif ni berbanding keseluruhan kes. 

Pada hari pertama PKP, 92.15% adalah merupakan kes aktif. Manakala pada hari ke – 28 , kes aktif covid 19 dicatatkan pada 48.67% . Fuh, still tinggi, namun keksha memang appreciate dan tetap bangga dengan effort yang telah ditunjukkan semua bagi penurunan ini. 



Keksha kalau tengok kaler-kaler macam ni, keksha dah happy dah. Korang tengoklah portion kuning tu (kes aktif). Awal-awal dulu, almost a whole pie ni, semua dia punya. Hanya satu slice jer bagi kat kes lain. Namun, bila tengok latest pada hari ke – 28 PKP ni, half jer weh kes aktif. Daripada almost sebijik pie, ke half, what an achievement we make! 

Kesinambungan kes aktif ni, keksha kena tunjukkan kes sembuh pulak. Ayuh kita tengok perkembangan kes sembuh terkumpul di Malaysia. 

3. Kes Terkumpul Sembuh Covid 19 

Hari Pertama PKP : 60 kes. 

Hari ke – 28 PKP : 2,478 kes. 




Kes sembuh tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia adalah pada Hari Ke – 20 PKP (6 April 2020) dengan catatan sebanyak 236 kes. Hari lain yang mencatatkan bacaan melebihi 200 kes sembuh sehari adalah pada hari ke – 28 (14 April 2020) dengan rekod kes sembuh harian 202 kes. 




Aim kita adalah untuk rapatkan gap antara line merah (kes positif harian) dengan line hijau (kes sembuh harian). Daripada big gaps, ke small gaps dan boom kita crossing the line. Kita mula crossing the line pada hari ke - 20 PKP (6 April 2020), namun kita tidak berterusan. Ada kalanya jatuh, ada kalanya naik. Namun, gaps sudah menunjukkan tanda-tanda mengecil. 




Graf ini pula menunjukkan kes aktif kumulatif dan kes sembuh kumulatif. Aim kita nk kecikkan jurang antara dua kes tersebut diterjemahkan dengan gaps yang dah lorek tu. Pada awalnya, gaps ni kecik jer, namun semakin membesar mengikut penambahan kes. Tapi akhirnya pada hari ke – 28 , kita Berjaya menutup gap tersebut. Betul ke ini satu kejayaan? Nope. Ini baru satu titik neutral. Itulah penting adanya PKP Fasa 3 ni untuk memastikan kes sembuh kumulatif jauh pergi meninggalkan kes aktif kumulatif. 


4. Kes Kematian Akibat Covid 19 

Dalam kita meraikan berita gembira, kita turut didukacitakan dengan kes kematian berkaitan dengan COVID 19 ini. 

2 kes kematian pertama dilaporkan adalah pada 17 Mac 2020 iaitu sehari sebelum PKP dilaksanakan yang melibatkan dua orang lelaki warga negara Malaysia. 

Jumlah kumulatif kes kematian adalah seperti berikut: 

Hari Pertama PKP : 2 kes. 

Hari ke – 28 PKP : 82 kes.

Kadar kes kematian adalah 0.25% pada hari pertama PKP kepada 1.64% pada hari ke – 28 PKP.



Catatan tertinggi kes kematian pernah dicatatkan sepanjang PKP Fasa 1 dan Fasa 2 adalah 7 orang pada hari ke – 12 PKP (29 Mac 2020). Disusuli , 6 kes kematian pada hari ke – 5 ( 22 Mac 2020) dan hari ke – 14 (31 Mac 2020). Hari ke- 28 juga menunjukkan rekod kes kematian yang agak tinggi iaitu 5 kes kematian. 




Berdasarkan rekod sehingga hari ke 28 PKP , pecahan kes kematian adalah seperti berikut: 


Warganegara: 

- Malaysia (97%) 

- Indonesia (1%) 

- Pakistan (1%) 

- Tidak dapat dikenal pasti (1%). * 

*kes masih dalam siasatan PDRM. Berdasarkan siasatan awal, mayat yang ditemui adalah bukan warga negara Malaysia. 


Jantina 

- Lelaki (77%) 

- Perempuan (23%) 



Kategori Umur 

- Bawah 20 tahun ( 0%) 

- 21 hingga 40 tahun (11%) 

- 41 hingga 60 tahun (27%) 

- 61 tahun dan ke atas (62%) 

Boleh dikatakan warga emas yang mempunyai sejarah penyakit kronik adalah golongan yang paling berisiko untuk dijangkiti dan badannya tidak mampu untuk melawan virus ini. Justeru, besarlah hati keksha sekiranya korang stay wherever you are, tak perlulah nak amik kesempatan untuk pulang ke kampong berjumpa mak ayah, tok nenek dengan segala racun yang korang ada. 


5. Kes Mengikut Negeri 



Untuk tambahan, lima negeri yang mencatatkan kes kumulatif tertinggi sehingga hari ke – 28 PKP adalah seperti berikut: 
  1. Selangor – 1,299 kes. 
  2. WP kuala Lumpur – 899 Kes. 
  3. Johor – 587 Kes. 
  4. Sarawak – 363 Kes. 
  5. Negeri Sembilan – 362 kes. 
Manakala, 5 negeri yang mencatatkan 0 kes harian pada hari terakhir PKP Fasa 2 adalah seperti berikut: 
  1. Kedah- 93 Kes. 
  2. Terengganu – 106 kes. 
  3. Kelantan – 154 Kes. 
  4. Putrajaya – 54 kes. 
  5. WP Labuan – 15 kes. 
Perkongsian keksha ni bukanlah nak bagi korang senang hati, berlapang dada. Boleh keluar tanpa risau. Tapi, untuk membuatkan korang gusar. Untuk korang imagine sendiri apa yang akan terjadi sekiranya PKP Fasa 3 ni tidak dpatuhi. Harus diingatkan kita baru memasuki Zon jaga-jaga. Masih belum Zon Selesa. Dan bila – bila masa sahaja kita boleh jatuh semula kedalam zon bahaya. 

Sebelum keksha akhiri perkongsian kali ni, keksha nk ucapakan terima kasih kepada: 
  • Frontliner/Sub frontliner/support staff yang bertungkus lumus merawat pesakit COVID19. 
  • Pesakit COVID 19 sendiri yang kuat melawan virus dalam badan. Kalau korang give up, kita takkan sampai ke tahap ini. 
  • Semua yang bekerja untuk essential service, abang/kakak runner/food rider yang menghantar bekalan makanan, tanpa korang, kitorang dah tak tahu nak kunyah apa. 
  • Dan kepada semua rakyat Malaysia yang patuh dengan arahan (tidak termasuk yang suka show off dia yang paling terkesan), terima kasih kerana bertahan. 
Semoga Malaysia bebas COVID19 dan kita boleh beraya bersama dengan insan tersayang. Amin. 





Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

Wednesday, April 1, 2020

[KEKSHA BEBEL : TABUNG KECEMASAN / EMERGENCY FUND



TABUNG KECEMASAN / EMERGENCY FUND

Hai korang. Buat apa tu?

Hari pertama April 2020 ni, Keksha nak ingatkan korang (keluarga dan kawan-kawan) serta diri keksha sendiri tentang kepentingan untuk memulakan tabung kecemasan/ emergency fund. Keksha tahu ramai dah share pasal tabung ni Cuma sekadar nasi tambah untuk menyokong pasal tabungan ni.

Kenapa kena ada tabung ni?
- sekarang pun korang dah rasa susah kan hidup dengan wabak ni, kerja pun tak boleh, meniaga pun susah kan? Ketahui lah, banyak negera terjejas teruk, ekonomi jatuh , perniagaan tak boleh beroperasi. Dijangkakan selepas wabak covid ni berakhir, kita akan menghadapi kegawatan ekonomi. Yang pertama sebagai seorang dewasa. Yang baya baya keksha lah. Rakyat akan mula rasa terbeban. Syarikat mula shut down dan ramai akan kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Tabung ni bukan untuk korang kekal gaya bergaya tapi hanya untuk kelangsungan (survival) sahaja.

So, apa korang boleh buat? Mulakan dengan tabung kecemasan melalui saranan dan insentif yang telah dibuat oleh kerajaan. Korang ada tak satu akaun bank yang korang tak guna? gunakan akaun tersebut sebagai tabung anda.

Berikut senarai yang korang boleh buat tabungan.

1) Bagi yang memilih caruman 7% , anda ada lebihan gaji sebanyak 4% daripada bulan berikutnya. Lebihan 4% ini tak perlu dibelanjakan jika tidak perlu.

2) Bagi yang memilih auto moratorium pinjaman (rumah/peribadi/kereta), bayaran yang sepatutnya korang bayar kat bank hendaklah dimasukkan kedalam tabung kecemasan tersebut. Dah enam bulan dah.

3) Pengeluaran i-lestari KWSP (sekiranya korang nak) sebanyak RM500 sebulan untuk 12 bulan. total RM6k. semua campak masuk tabung.

4) Bantuan Prihatin Nasional (sekiranya layak) pun boleh dimasukkan ke dalam tabung ni. Guna hanya untuk keperluan sahaja. Kalau yang bergaji, masukkan semua bantuan ke dalam tabung.

5) lebihan gaji. Ye faham, bulan-bulan sebelum ni pun gaji cukup cukup jer. Untukk bulan seterusnya, kita cuba untuk berjimat. Kalau benda tak perlu tak payah beli. Beli barangan perlu sahaja. Ada lebih 50 60 hinggit pun takpe, semua masuk tabung.

6) Lain-lain insentif contoh sewa yang tak perlu bayar, kawan bayar hutang dan lain-lain.


Sampai bila kita nak menabung ni keksha?
- Sampai korang rasa korang boleh survive untuk hidup 6 bulan tanpa gaji. Sampai tulah korang simpan.

Eleh keksha, bergaji boleh cerita pasal savings. Kitorang yang kais pagi makan pagi ni macam mana?- kata seorang artis.
- menabunglah ikut kemampuan. Ada duit lebih masuk tabung. Mcaam keksha cakap beli barang perlu sahaja. Barang perlu ni makanan asas korang, kasut kerja yang terkoyak dah ke. Ada lebih 50 hinggit pun jadilah. Simpan lah walaupun sedikit.

Akhir kata dari keksha, tabung ni bukan untuk menjadikan korang kaya. No, tabung ni untuk memastikan kelangsungan hidup korang jer bila rasa hidup ni susah pada masa hadapan. Simpanlah, walaupun sedikit. Berbelanja hanya perlu. Cukuplah kayakan artis. Eh tiber.


Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

Thursday, November 14, 2019

[KEKSHA ON VACAY : BALI WITH KEKSHA]







Bali With Keksha

Kali ni Keksha tak naklah share itinerary since Keksha tahu bersepah itinerary. And most Malaysian memang akan do same activities lah kan. Tapi kali ni Keksha nak tips yang hopefully berguna kalau korang nak g Bali nanti.



1. Kalau korang perlukan simcard, boleh usha awal-awal kat airport. Basically, bila Keksha tengok kat airport sebenarnya lagi murah dari kat bulatan sana. Harga simcard kt sana macam ikut suka letak harga jer. Kecuali korang pandai manipulate seller sana lah untuk bagi korang harga murah.



2. Jarak antara satu tmpt ke satu tempat tu agak jauh. So be wise bila tentukan tempat utk korang nak pergi bila plan itinerary ni. Habit Malaysian, semua tempat nak pergi. Pastu tak sempat nak hargai keindahan alam langsung.

3.Please pleaselah spend duit stay kat villa ada private pool. Atleast satu malam pun jadilah. Villa kat bali ni semua lawa-lawa. Kalau tak tahu nk cari kt mana , boleh usha kat Airbnb. Memang berbaloi dengan hargaaa weh.




4. Bali Swing tu bagi keksha wajib trylah wehhh. Serius. Once for lifetime. View dari mat korang masa dibuai tu is very preciouslah. Bila dah bayar for swing tu, korang boleh ambil gambar free kt mana tempat-tempat wisata dalam tu.






5. Kopi luwak tu beli satu/ dua cawan jer kalau korang datang in group. Enjoying the free mini cups of tea and coffee. Keksha suka yang mini cups lagi. Coffee luwaak tu for me, tak suit my taste lh. So takdelah membazir beli sorang satu coffee luwak.




6. Kat nusa penida tu, banyak tempat yang korang turun kereta kt parking, korang kena jalan turun naik bukit, tangga dan sebagainya. So penat sikit yang ni. Kalau korang rajin, sebelum g bali tu, eloklah g jogging jogging sikit biasakan diri berjalan lama.





7. Kat Nusa Penida tu beli/bawak topi. Panas wehhh. Peluh peluh dah. Makanan pun bawaklah sikit like biskut or roti. Dah jalan jauh turun naik tangga confirm lapar.


8. Kat nusa penida actually ada more than 30 attractions place tau. Tapi malaysian selalunya pergi angel billabong dan pantai keliking. Kalah korang tanya pakej yang supir bagi, cuba tanya option mana lagi dia bawak. Tempat lain pun best actually. Kalau korang g lama try spend two or three days here untk cover semua tempat. Pastu kalau korang bertuah, dapatlah supir pandai amik gmbar dan sporting. Fuh terus lawaa gambar korang.



9. Banana cakes wajib beli weh! Sedap! Tapi dia x tahan lama. Make sure beli yang bru dibuat. Yang cheese paling Keksha suka.



10. Yang ni keksha paling regret, beg rotan bali tu kalau harga bawah IDR150k , beli jerlah. Nanti supir kau bawak tempat souvenir, situ triple weh harga beg tu. Sedihh makkk.

11. Kat indonesia ada goverment tax mostly at 12%. Yang ni keksha tengok ramai yang share itineraries tpi tak include bajet for taxes ni.



12. Please be respectful when visiting Bali. Bukan setakat bali lah, mana-mana tempat actually. Bali ni 95% is Hindu and they are very religious. For muslim, especially tolonglah jangan be disrespectful /demanding things for muslim. Just appreciate the culture and respect the differences. Ahh yang ni korang faham kan. Malas lah explain panjang-panjang.





13. Last but not least, dont tempted bila tengok Babi Guling tepi jalan tu. I know. Mengelliurkan. Macam ayam roasted jer kan? 😝




Btw, for me. Bali bukan lah tempat for honeymoon only. It offers more than that. So, lets pack ur bags, your bestfriend and go to Bali!

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!