Monday, November 19, 2018

[TUTORIAL DOWNLOAD KDRAMA MELALUI APPLIKASI TELEGRAM FOR DESKTOP]

So, tengahari ni Keksha nak ajar korang tutorial macam mana nak download Korean Drama best ni. Okay platform yang Keksha guna is Telegram. Kenapa Telegram? Okay, yang paling best pasal telegram ni tak de step yang mengarut-mengarut macam skip ads, klik situ sini, jawap soalan temubual/kaji selidik. tak perlu. Korang just tekan download link jer wak. Jap eh Keksha ajar korang.


1. First thing first is Korang Kena ada Telegram For Desktop. Google jer. pastu install. Kalau takde boleh mintak dengan keksha, insyaAllah Keksha ada kot installer tu. Bila dah ada install tu, tada next step. Btw, korang nak guna telegram yang kat phone pun boleh, Cuma tak best nak tengok. Kecik. Plus iphone dia tak tahulah kat mana dia simpan lepas download tu. heheh


2. Dah install tu log in macam biasa , macam kat phone. Yang takde account, boleh sign up dulu. 




3. Ni step yang paling senang. Follow account yang menyediakan platform download KDrama ni. Haa senangkan caranya korang search jer, tak pun korang follow channel ni.


Untuk Kdrama Sahaja : https://t.me/YeonghwaDeulama
Untuk Drama Lain macam Taiwan, Thailand DLL : https://t.me/FantAsian
Untuk Korean Variety Show : https://t.me/KVShow

Yang ni yang paling best sebabnya semua drama best ada. Cepat dan dah disubs! BUkan setakat drama lah, variety show pun korang leh tengok cepat betul diorang ni upload tau.


4. Yang ni tunggu download jerlah. Korang search jer drama yang korang nak atau tengok kat list drama yang diorang dah listkan. Download dan tunggu siap jerlah lepas tu boleh download. Yeay!







Btw, selain Kdrama keksha ada gak channel-channel lain yang best untuk di follow tau macam download movie, tips business, travel, inspirasi dan sebagainya. Best tau! kalau nak pm lah keksha. eh!.

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

Wednesday, November 14, 2018

[KDRAMA: VOICE 2017]


Salam, 

Hari ni keksha nak share pasal satu Kdrama dalam segment #keksharecommendskdrama . huyoooo ada segment dah! hahahah 

Okay kali ni, Keksha nak share pasal satu Kdrama yang baru jer keksha habis tengok iaitu VOICE yang bergenre penyiasatan. Kalau dah bergenre penyiasatan mestilah ada polis kan. Kdrama ni focus kepada Golden Team iaitu team yang jaga untuk panggilan kecemasan. Haaa, best tengok real live detektif-detektif ni pergi selamatkan mangsa tau. Detektif Jin  Hyuk yang akan standby pergi cari mangsa yang call, manakala Officer Kwon Joo akan dok kat centre dan dengar dari telefon apa yang berlaku. Yang bestnya, Kwon Joo ni diberikan special abilities lah, dia boleh dengar suara and boleh Nampak sekilas apa yang berlaku. 

Di throwback, Detektif JIn Hyuk ni kehilangan wife dia yang meninggal kene bunuh oleh main villain. Wife dia sempat lah call kecemasa yang mana Kwon time tu yang angkat call. Diorang cuba tolong tapi villain sempat bunuh. Pastu polis yang berdekatan iaitu ayah kepada Kwon Joo tu tiba kat tempat kejadian tapi turut dibunuh. Dahlah anak dia dok dengar call. FUh. Dua – dua trauma. Disebabkan villain ni ada pengaruh yang besar, adalah scapegoat yang mengaku membunuh. Tapi disebabkan Kwon Joo ni dengar percakapan villain tu, dia jadi saksi dan menafikan tertuduh yang membunuh. Marahlah Jin Hyuk, sebab dia rasa macam nonsense kot perempuan ni. 

Fast forward diorang pun berkerja bersama menyelesaikan kes-kes kecemasan. Akhirnya Jin Hyuk ni mula percaya kata-kata Kwon Joo. Banyaklah kes-kes diorang selesaikan yang mana lead kepada pembunuh bersiri yang membunuh isteri Jin Hyuk dan ayah Kwon Joo. Best tau case-case diorang rasa macam tak leh nak brain. Contoh, macam terima panggilan mangsa seorang penghuni rumah kebajikan nak bunuh diri bersama staff. Ingatkan dia nak bunuh diri jer, rupanya tu call crying for help rupanya. Rumah kebajikan tu sebenarnya amik organ diorang dan jual kat black market. Gila kan. Macam-macamlah.


Korang kena tengok tau drama ni. Sebab villain ni gila psycho dengan wajah handsomenya. Pengajarannya, kalau tengok orang tu clean, tak de rekod jenayah, tak de saman parking, jangan ingat dia tu baik, bakal menantu mak awak tau. 

Double thumbsup. Keksha nak sambung tengok Voice 2 lak.

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!