Sunday, September 1, 2019

[KEKSHA ON VACAY : TRIP HATYAI DARI KOTA BHARU DENGAN MENAIKI TRAIN]


Hai! Ramai dok DM, dok whatsapp tanya *acah sangat, bila keksha nak share itinerary ke Hat Yai dengan train tu. Bagilah tips bagilah tips. Okay last ni tipu jer. Lama dah keksha nak tulis tapi selalu sangat tak tertulis. So malam ni, Keksha nak share dengan korang pengalaman Keksha ke sana dengan menaiki kereta api dan bajet yang hangus sepanjang vacation kali ini. Okay jom kita start * ala khairulaming.

Trip Keksha ke Hatyai kali ini adalah selama 3 hari 2 malam sahaja. Kebiasaan untuk negara di Asia Tenggara, memang Keksha tak pergi lama-lama pun. Paling lama pun 4 hari dah cukup untuk cover seluruh tempat tu. Pergi lama-lama kan pokai plak. Huhu

Hari Pertama

Perjalanan Keksha dan Kengkawan bermula dari Kota Bharu ke Rantau Panjang dengan menaiki kereta. Keksha drive sendiri dengan Bumblebee bermula jam 7.00 pagi. Sebelum 8.00 pagi kitorang dah sampai dah kat Kompleks Imigresen Rantau Panjang. Parking kereta ada kat sebelah kanan korang sebelum kompleks Imigresen tu dengan harga RM7/malam. Dah park tu korang jalan lah kedek-kedek ke Kompleks Imigresen tu. Ingat tau, nak masu ke Thailand, masuk bangunan kiri. Bukan kanan tauuu. Jangan jadi macam keksha and the geng! Kat imigresen tu, tak silap keksha, diorang scan jer passport korang. Kat sini tak de chop ke isi borang apa semua lagi.


Dah siap semua tu korang pun jalan lah merentasi jambatan Muhibbah ke Kompleks Imigresen Thailand pulak. Dalam 100 meters jer, digalakkan berjalan lah. Membazir pulak nak naik motor untuk perjalanan singkat macam ni. Dah sampai imigresen tu, korang mintak white card ataupun kalua malas boleh bayar staff untuk isikan, then pergi beratur untuk chop passport dan serahkan arrival card. Lebih kurang 5-10 minit jer kalua tak ramai. Dah siap semua tu, bolehlah naik motor yang memang ramai kat situ untuk ke destinasi pilihan korang. Macam keksha nak pergi Sg Golok Train Station, terus dia bawak pergi sana dengan tambang RM5/sorang. Nak jalan tu impossible lah jugak dalam 20-30 minit, tapi sebab sayangkan lemak, naik motor jerlah weh.



Sampai jerk at Sg Golok Train Station tu, kitorang beli tiket untuk ke Hatyai yang berharga 42 Baht jer seorang untuk satu hala. 42 Baht ni bila convert lebih kurang RM5.50 jer weh. Murah sangatsangat dah. Tapi bear in mind lah, 42 Baht ni untuk kereta api kelas ketiga. Memang tak selesa tapi tak delah tak selesa sangat untuk rakyat marhaen macam Keksha ni. 



Siap beli tiket tu , kitorang macam awal lagi dalam 8.45 waktu Malaysia. Kalau kat Thailand baru 7.45 pagi. Train pukul 9.00 pagi. Jadi keksha pun breakfast dan beli simcard kat seberang jalan tu. Punyalah sedap makanan kat Thailand ni, breakfast kat gerai tepi jalan pun sedap. Kopi o beng dia perhhh sedap!


Dah siap semua tu kitorang pun patah balik ke train station. And are you readddy guys for five hours trains with 30 stations stop? Yeayyy!

Okay sambil nak sampai tu, Meh sini keksha nak bagi tips naik train ke hat Yai ni.

  1. Datang awal! Macam keksha amik train pukul 9.00 pagi, 8.30 pagi tu train tu dah sampai dah. 9.00 sharp gerak. Takdenya dia nak tunggu-tunggu uools dah. Tak silap Keksha next train ada pukul 11 pagi untuk express dan sebelah petang untuk train biasa.
  2. Pilih seat tengah-tengah. Jangan pilih dekat dengan pintu yang mana toilet ada kat sebelah pintu. Which is for me, tersangatlah smelly. Jangan tengok pun tandas tu, buat tak Nampak jer.
  3. Tak payah nak bersusah payah angkut makanan semua dengan alasan “Perjalanan lama sangat ni, nanti lapar!” . Tak payah! Kat dalam train tu ramai sangat yang menjual. Mcam-macam makanan. Marketting memang A. diorang lalu lalang depan korang lima enam kali , sampai korang rasa tak boleh jadi ni. Kena beli gak ni.
  4.  Simpan tiket kat tempat korang mudah capai. Pegawai Tiket diorang muka memang garang dan akan mintak tiket daripada korang untuk diperiksa. Paling banyak 3 kali gaklah diorang mintak tiket sepanjang perjalanan tu. So, simpan elok-elok dan jangan hilangkan.
  5. Jaga tatasusila. Memandangkan train ni kerajaan diorang provide untuk netizen diorang, so korang behave lah sikit. Jangan letak barang/beg atas kerusi atau conquer sorang-sorang kerusi tu. Setiap compartment tu, muat empat orang. Kalau buat road trips dengan rakan-rakan, memang best sangat.
  6.  Bawak sleeping pillow korang. Untuk train kelas biasa ni, basically kerusi tu kayu. Memang tak selesa untuk long journey. Tapi kalau ada pillow tu, selasa lah sikit kepala. Kalau ada bahu orang tersayang pun boleh guna. Ehh.


Pemandangan sepanjang perjalanan tu ada yang meh, biasa-biasa jer. Ada yang eh lawanya. Keksha pulak dalam 5 jam perjalanan tu, dah berpuluh-puluh lagu Hindustan keksha nyanyikan dalam mind jerlah tapi. EH.



Dalam pukul 2.30 petang waktu Thailand, maka sampailah Keksha dengan kengkawan ke Hat Yai!. Hello Hatyai! Kitorang dah ready nak makan ni!

*entry seterusnya bersambung ke next post tau memandangkan post tersangat panjang, keksha semua benda nak cerita. Ehhh.





Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!