Seiring dengan penambahan usia dan penonjolan bakat2 yang peanut ada dalam mencontengkan muka, peanut ase, x salah kalau-kalau peanut share dengan semua orang pasal tips-tips kacantikan. ala, untuk kiter2 jer. . bagi peanut, sebagai seorang gadis, kiter patut menjaga kebersihan diri. peanut x cakap, kalau x make up, x bersih. tapi, kalau kiter make up sikit. maksud peanut betul2 make up sikit jer, bukan macam artis ye. kalau make up artis, baik x yah. peanut pun tak reti. peanut suka make up2 biasa, yang sesuai pergi kelas, pergi jalan-jalan. bagi peanut, make up sebenarnya boleh meningkatkan keyakinan diri peanut. sebelum peanut pandai make up ni, zaman2 jahiliah dulu, tahap confidently memang paling minimun. peanut takut nk tegur orang, nk bercakap dengan orang, takut nk menjawab soalan-soalan lec. kadang2 peanut segan nk jalan depan sekumpulan budak lelaki, bukan sebab peanut perasan lawa, ello! peanut sebenanya segan sebab peanut x cantek. tapi fuh fuh fuh [aksi tiup semua perkara2 down itu] . sekrang peanut dah x macam tu. peanut dah yakin dengan diri sendiri. peanut dah boleh buat lawak dengan orang lain. tapi x derlah tiba2 bertukar menjadi sangat peramah dan lebih teruk lagi gewdik. jangan tau.
ok. untuk entry kali ni, peanut nk kongsi, tips-tips penjagaan diri dan alat2 make up asas yang korang wajib ade.
- Lotion
disebabkan peanut bukan jenis yang suka pakai minyak wangi, peanut suka pakai lotion. peanut suka sangat pakai lotion ni. lotion Musk Blossom -Designer Collection from Cosway. untuk yang x tahu, cosway ni sejenis kedai katalog macam Avon. ade memberships and points. normal price rm 13.90. tapi, peanut selalu beli time offer, average rm 8.90. wangian dia memang best. peanut x suka bau yang keras-keras atau terlampau wangi, so, this one memang sesuai dengan peanut. wangian dia tahan lama, bagi yang ade masalah bau badan boleh try. peanut dah pakai 3 tahun, bau badan peanut sebijik macam lotion ni. serius. wajib cuba tau. selain lotion, benda wajib pakai di badan adalah deodorant. tak kisah lah jenama ape pu, tapi wajib pakai tau. bahagian ketiak adalah bahagian yang sensitif dan mudah berpeluh, kalau x pakai deodorant, wah, jangan tanya kenapa kawan2 tak nak dekat dengan korang, paham2 sendiri lah ye. - Bedak Asas dan foundation
sebelum peanut pakai ape2 bedak di muka, peanut akan pakai sejenis krim. yang di panggil krim golden horse penutup biru. rujuk picture di bawah ye. peanut suka pakai krim ni sebagai alas, sebab krim dia warna cokelat. peanut memang x suka pakai krim putih-putih. peanut pernah guna krim putih tapi peanut cepat giler berpeluh dengan krim putih tu, dan peanut ase x selesa. krim penutup biru di atas ni memang sesuai untuk di jadikan alas, dia x lembik. serius peanut x suka benda lembik2. kalau kat tempat peanut harga nya rm10. tapi, peanut pernah cari kat kl, rm 18. wow!cekik darah betul. kalau kat kedah, x pernah jumpa, maybe diorang tukar nama. ade sorang auntie amoi ni suh peanut cuba satu krim. dia kate tu repackage untuk krim golden horse macam kat atas. tapi alih2, tipu. adeh.
then, peanut akan sapu dengan bedak baby johsan yang kaler pink tu. tapi jangan pakai banyak. putih sangat kang. just alaskan jer. lepas tu, baru peanut pakai compact powder miyami. juga dari cosway. harganya rm 19.90 biler offer, and normal price rm 28.90. peanut memang suka bedak miami ni, dah 3 tahun kowt peanut pakai, dan peanut memang setia. bedak miami ni smooth,. biler pakai x rase kelabu or macam tertempek2. then, ianya tahan lama, dan biler berpeluh, peluh x kotor. yelah, selalunya biler kiter berpeluh, bedak akan terkena then peluh akan jadi warna cokelat kan, tapi dengan bedak miyami , x perlu risau, x kan ade punyer. so, boleh hindari muka kiter dari comot. . wajib ade tau kengkawan. - Eyeshadow and blusher.
pilihan peanut adalah barangan daripada elianto. bagi peanut, biarlah mahal sikit asal barangan nya ok. jangan lah beli yang tiruan lak ye. barangan elianto ni, nk kate mahal x, affordarable lah. semua orang boleh memliki. untuk eyeshadow, peanut pilih make up kit . ade 6 colours for eyeshadow and one blusher. tapi blusher tu peanut x guna sangat sebab peanut beli blusher lain. eyeshadown elianto ni bagi peanut better dari silkygirl as dia x hancur atau macam2 debu2 yang kasar, dia oklah untuk diletak di kelopak mata.
and untuk blusher lak, peanut tetap pakai barang elianto iaitu Touch on Blush. macam ni rupanya adik-adik.
peanut ade 2 colours, Mocha Brownies and Peachy Passion. peanut x suka blusher kaler pink. t nampak muka sangat pink, macam terbakar. x suka2x. blusher ni didatang terus dengan berus lembut, yang dipanggil touch. so, senang nk apply blusher dah lepas ni. - eyeliner dan mascara
lepas dah pakai blusher dan eyeshadow, jangan lupa pakai eyeliner dan juga mascara untuk melengkapkan mek up korang. peanut sangat setia dengan barangan daripada silkygirl untuk eyeliner dan mascara. kalau eyeshadow dan blusher, of course elianto. peanut pernah cuba beli mascara dan eyeliner daripada elianto, tapi kureng sesuai dengan taste peanut. so peanut beralih balik kepada silkygirl.
first. double intense gel eyeliner daripada silkygirl.credit pic tu incik google. akhirnya peanut temui eyeliner yang betul2 sebati dengan mata peanut. sebelum ni macam eyeliner peanut try, termasuk Silkygirl liquid eyeliner, tapi comot. bagi koran yang sekrang tengah nk cuba2 pakai eyeliner boleh pakai double intense gel eyeliner ni ye.
disebabkan peanut ni jenis x reti pakai eyeliner untuk bahagian bawah mata, peanut pilih eyeliner jenis long wearing daripada silkygirl. senang sikit. tapi kdang2 peanut x pakai pun bahagian bawah mata.
then, untuk mascara, juga barangan daripada Silkygirl iaitu double intense mascara. memang pekat dan sekali pakai jer dah nampak. - Lip Gloss
tengok picture pun dah tahu, haruslah barangan daripada elianto. iaitu Sun screen Lip Gloss. harga dalam rm17. sesuai dengan peanut sebab peanut x suka pakai lipstick dan warna-warnya nya semua neutral.
oklah, sekian dulu tips kecantikan daripada peanut. hope tips ini sedikit sebanyak boleh membantu korang dalam mencari alat make up yang sesuai dengan korang. jangan lupa ye, kalau korang pandai jaga kebersihan, x comot2, sebenarnya mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. jumpa lagi entry akan datang. bye!