Assalamualaikum dan salam ramadhan :)
Resepi kedua peanut ialah Ayam Butter Milk aka Creamy Butter Chicken. haaa. selalunya dengan butter prawn jer kan, tapi sebenarnya ayam pun ade . untuk yang spesis cam peanut. yang alergik dengan seafood. hri tu try kat kedai chinese muslim kat shah alam, rasa cam sedap. terus tanya Encik Google macam mana nak buat.
ok. bahan2 seperti dalam gambar. kecuali santan. Entah kat mana lah peanut tengok , resepi tu tulis kena letak santan, tapi last-last peanut tak letak pun.
- Isi ayam dipotong kecil- kecil.
- Serbuk kari
- Tepung jagung dan tepung gandum.
- Susu cair. sebabkan peanut lupa, peanut guna susu pekat dicairkan jer. heheh
- Buttercup
- 3 biji bawang merah dan putih
Cara-cara membuatnya seperti berikut.
- Isi ayam hendaklah diperak dengan serbuk kari. Mula celup dalam serbuk kari tu pastu baru celup dalam kombinasi tepung jagung dan tepung gandum tu. Hasilnya macam kat atas.
- Goreng ayam separuh masak dan toskan.
- Panaskan kuali dan masukkan dalam 2 sudu buttercup. Jangan sampai hangit tau. Butter ni cepat sangat cair.
- Lepastu masukkan bawang. goreng cam biasa. dah naik bau tu. sepatunya kene masukkan daun kari. and as usual lupa nk beli dan tak pernah pulak nampak kat mana-mana kedai. so skip this step.
- Masukkan susu cair tersebut. kalau nk masukkan cili padi pun boleh tapi sebab peanut jenis tak makan makanan pedas, peanut abaikan jer bab cili padi tu.
- kacau sebati. masukkan sekeping cheese. carik-carikkan sikit. biar senang cair. lepas tu masukkan ayam. dah masukkan ayam kacau biar sebati. mase nilah nampak kuah jadi pekat.
- Biarkan mendidih pastu dah boleh hidang!
Nyum2x, harap-harap lah sedap. dan selamat mencuba kepada yang nak rasa tu.
Chef Peanut dari ProjekDapurChikIera :)