Tuesday, March 10, 2015

[Drama review : Suami Sebelah Rumah]

Salam Youuuollls!

Dua tiga menjak ni , rajin betul layan drama tv petang-petang. Peanut balik keje dalam pukul 5.30 petang, sampai rumah dlm  kul 6 cam gtu. Kuarkan lauk pauk nak dinner (since diet atkins ni, x derlah nk masak sangat, so waktu masak normally 5 6 minit jer, nanti peanut kongsikan resepi-resepi atkins ni), so dinner lah sambil tengok movie.

Keobsesan peanut terhadap Izzue Islam memang dah lama dah sejak dia belum kawen lagi and still in denial. So bila Izzue ni berlakon dalam drama ni, maka jatuh tahap wajiblah peanut menengoknya.

Drama Suami Sebelah rumah yang di siarkan di tv3 bermula pukul 6.30 petang selama 30 minit ni dah pun masuk episod yang ke 4 ketika entry ni ditulis. Meh layan sikit sinposis yang diceduk sebijik2 ni


Ayda Jebat yang memegang watak sebagi Eryna terpaksa melamar Amar untuk menjadi suaminya apabila tunangnya, Azlan lakonan Nazrief Nazri meminta pertunangan mereka diputuskan pada hari pernikahan mereka. Amar, lakonan Izzue Islam yang ternyata mencintai Eryna sedari kecil menerima permintaan Eryna dengan seikhlas hati. Tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing Eryna memaksa Amar untuk tinggal berasingan setelah mereka berpindah ke Kuala Lumpur. Amar akur dengan kehendak Eryna yang masih lagi belum bersedia untuk membuka pintu hati untuknya. Amar tekad untuk berusaha memikat hati Eryna dan cara terbaik ialah dengan menjadi suami sebelah rumah Eryna! 
Kehadiran Amar menceriakan Iman dan Anis, teman serumah Eryna. Eryna sedaya upaya cuba merahsiakan tentang suaminya, yang kini tinggal bersebelahan dengannya. Keadaan menjadi kalut apabila teman serumah Eryna iaitu Anis jatuh hati dengan Amar. Walaupun Eryna pernah menyatakan yang dia tidak akan pernah suka atau jatuh cinta dengan Amar, kesungguhan Amar sedikit sebanyak berjaya mengetuk pintu hatinya namun dia cuba menafikan. Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya? Adakah Eryna masih lagi jual mahal dengan suami sebelah rumahnya itu?

Buat masa skrg ni Amar belum lagi tinggal bersebelahan dengan isterinya. Mungkin episode hari ni kot. Btw, Amar yang nerd memang sangat2 nerd, tpi Amar yang handsome, phewww macam Firash Arshad taaau. Melting kita tau. Dah-dah jom petang ni sama-sama tengok drama ni k. Yang penting dapat tengok Izzue. heheh


Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!