Baru-baru ni, peanut telah kehilangan lesen memandu. Penat gaklah cari serata ceruk rumah, dalam kereta, memang tak ada. Terus macam give up, okay hilang. Jom buat lesen baru. So, peanut pun menggunakan kemahiran menggoogle sebab nak tahu mahal ke tak denda. Sobs. Melayan duit lagi.
So bila google tu, ada dispute dalam blog post masing-masing.
Ada yang cakap kena denda RM 20 denda RM50 pun ada.
Ada yang cakap kana bawa laporan polis, ada yang kata tak perlu.
Ada yang cakap kana isi borang permohonan dan sebagainya.
Kena fotostat IC lah, kena bawak lesen lama lah. Macam mengarut.
So , peanut pun hari ni telah ke UTC Kota Bharu untuk membuat lesen baru. Rupa-rupanya khidmat JPJ Malaysia ni telah dipermudahkan. Simple step jer.
1. Pergi jer kat kaunter ambil nombor, cakap kat pegawai yang bertugas.
"Bang/Kak, saya nak ganti lesen yang hilang macam mana ye?"
2. Dia akan tanya dah tamat tempoh ke tak, kalau belum dia mintak tambah setahun sahaja dan bagi nombor giliran.
3. Duduk jap main phone sementara nom korang kena panggil. Bagi IC dan bayaran renew lesen untuk setahun hanya RM30 sahaja.
4. Pastu duduk jap sementara lesen baru siap. Dalam masa 30 minit jer dari korang beratur ambil nombor, korang dah dapat lesen yang baru. Tada!
Haaa senang kan. For now, saya memang berpuas hati dengan mana-mana perkhidmatan di UTC. Cepat dan senang.
Lepas ni dah boleh harungi roadblock dengan beraninya. Till then, bye ~