Hari ni keksha nak share long overdue post pasal makanan yang Keksha cuba di Melaka baru-baru ni. Disebabkan keksha pergi tujuan bekerja, jadi takdelah banyak sangat tempat yang Keksha try. Tapi here is my honest review about the food. Jom kita start! 🤩
Disclaimer: sekadar pendapat peribadi Keksha.
1. Roti Canai Dapur Arang
Kedai roti canai ni tak jauh daripada bandar, just about 5 minutes drive. Keksha order roti canai ala-alah kuah banjir dengan telur goyang.
Bagi keksha, roti canai nya biasa aja as kita boleh jumpa banyak lagi roti canai yang lagi lembut. Cuma the best part is roti canai dimasak kat dapur arang. Adalah bau-bau arang kat situ. Kuah memang banjir habis, yang suka kuah banjir confirm suka.
🌟🌟🌟🌟
Harga : Murah. Less than RM10 untuk dua orang termasuk air.
2. Cendol Jam Besar
Dah penat jalan area Jonker street, bergambar dengan Muzium, jam besar, jom singgah sebentar legakan tekak dengan cendol yang gerainya betul-betul depan jam besar tu.
Keksha try cendol durian yang berharga RM6. Bagi keksha sedap. Cuma kita boleh tengok ice shave sikit sangat menyebabkan cendol rasa cair. Durian sedap cuma yang ni bukan letak sebijik-sebijik durian tapi lebih kepada pati durian.
🌟🌟🌟🌟
Harga: paling mahal dalam RM15 kot special punya. keksha try cendol durian RM 6 sahaja.
Keria Antarabangsa Melaka!
Yang dinanti-nanti telah tiba! Kalau pergi Melaka, memang tak sah kalau tak cuba keria antarabangsa ni. Makanan yang paling wajib lebih-lebih lagi semenjak viral ni.
Paling penting soalan “ Keria mana lagi best? Haji Jalil ke Hajah rahmah?”
Untuk menjawab soalan ni, keksha kena bagi dua-dua review untuk keria yang keksha try. Dan keksha tersangatlah suggest agar korang try dua-dua keria ni untuk merasai perbezaan keria ni.
3. Keria Hajjah Rahmah
Keria Hajjah Rahmah ni bagi keksha sedap. Serius sedap. Bila makan panas-panas tu perh sedap. Crispy outside, soft inside. Nyums!
🌟🌟🌟🌟
Harga : RM 0.60 sebijik.
4. Keria Haji Jalil
Kedai Haji Jalil ni dah berpindah tau. Bukan kat gerai sebelah masjid dah. Kedai dah jadi restoren, so kalau korang nak makan kat sana pun boleh. Ada asam laksa lagi kot!
Bab keria, keksha paling suka keria haji jalil. Lagi besar, lagi lembut, lagi rasa banyak ubi. Lagi sedap! Tu pendapat keksha lah kan. Tapi tak salah cuba. Salutan gula kat luar pun tak kedekut. Sumpah sedap!
🌟🌟🌟🌟🌟
Harga : RM 0.60 sebijik
Disebabkan harga kedua-kedua keria ni sama jer, korang bolehlah beli sikit-sikit dan cuba perbandingan rasa. Sumpah tak menyesal. Jangan pergi hari jumaat tau, dua dua kedai tu tutup. Jangan jadi macam keksha, tak boleh nak repeat. ðŸ˜ðŸ˜
5. Asam pedas Claypot!
Bila cakap pasal melaka, asam pedas is the best thing you should looking for. Untuk trip ni, atas recommendation kawan, keksha ke Asam Pedas Claypot di Restoran Laksamana kot namanya. Boleh waze aja
Makanan kat sini, korang boleh order nak set sekali dengan nasi, telur masin, sayur dan sambal ataupun beli secara ala carte.
Untuk trip ni keksha dan kawan keksha cuba asam pedas pari, asam pedas tete ( daging yang ada lemak-lemak sikit) dan asam pedas tenggiri. Big portion gak sebenarnya asam pedasnya. Siap boleh ratah lagi. Tak mahal untuk harga bawah RM15/set.
Yang paling best is ofcourse asam pedas pari! Serius sedap. Ikan tak bau. Fresh! Asam pedas masa hirup kuah tak rasa pedas, tapi kepedasan tu datang lepas tu. Datang sekali dengan allergik belacan. 🤣🤣. Daging tu, walaupun ramai cakap sedap, keksha agak tak recommend untuk orang yang tak boleh tolerate dengan bau daging yang kuat. Overall, bagi keksha makanan kat sini sedap dan menyelarakan
🌟🌟🌟🌟🌟
Harga : RM39 /dua orang makan. Supercheap dah bagi Keksha.
6. Avocado Gula Melaka
Sebelum keksha lupa kedai avocado ni sebelah kedai keria Hajjah Rahmah. So bila beli keria, bolehlah singgah kedai sebelah beli avocado blend kat situ.
Sebagai seorang yang ingin mencuba, dah haruslah sebab kat Melaka, keksha cubalah avocado gula melaka. Yelah kalau avocado coklat ni kat mana-mana pun sedap.
And the taste was....i have to appologize first, it tasted yerkkk . Horrible. Like macam makan something yang almost basi. I think i make very wrong move trying the gula melaka avocado. Maybe next time keksha boleh try avocado milo. Nampak tasty . So here my star;
🌟🌟🌟 since keksha tak try lagi, rasa tak best plak bagi 1 star eventho avocado gula melaka deserve it.
Harga : RM6 for avocado Melaka. Range harga bawah RM 20.
7. Mee Bodo Hassan
Okay . I know i know. “Mee bodo?apa tu” okay mee bodo is literally mee goreng bodo. Alaa mee gorong bodoh tanpa telur pecah tanpa ayam and taste in-tasty.
Tapi tapi tapi, mee bodo ni bila dimakan dengan side dishnya iaitu sambal pedas, cikap, cuka, timun yang dihiris nipis dan telor mataa goyang terus kebabom sedap weh! Keksha rasa rugi tak amik dua telor. Rugi teramat!
Mee agak big portion utk breakfast so tak payah lah order banyak-banyak. Mee bodo ni sedikit oily, maybe yang eat healthy, i wont recommend it.
Tpi for others, this is the must guys!
🌟🌟🌟🌟🌟
Harga : RM10 all in for dua orang termasuk mee, telor dan air. Super cheap !
8. Cendol Kampung Hulu
Sebabkan masih teringin cendol, maka misi keksha hari kedua adalah mencari cendol! Haaa terawal datang, kedai bukak pukul 12 tengahari. Bukak jer terus serbu.
So kat sini, keksha order cendol durian dan cendol jagung. Okay yang ni sumpah sedap! Tapi tapi tapi cendol ni lebih kepada bingsu. Rasa macam makan bingsu, bukan cendol. Tapi sumpah sedap . Portion dia pun berbaloi dengan harga.
🌟🌟🌟🌟🌟
Harga : RM 15 untuk cendol durian dan RM 6 untuk cendol jagung. Sebab kan durian tu ada 4 ulas jadi share letak dalam jagung. Berbaloi baloi keksha cakaaap.
9. Mango Float Royal
Memandangkan dah nak balik KL, singgahlah kat Mango Float Royal ni yang memang terletak dalam perjalanan balik. Sebenarnya kalau korang lapar, elok sangatlah singgah sini. Memang sedap.
Keksha suka sebab dia juicy and ada mango cube letak dlm tu. Sedap!
🌟🌟🌟🌟
Harga : RM 6 utk mango float royale
Haaaa, ada lagi yang keksha tak sempat makan macam putu piring generasi ketiga dan coconut shake original klebang. Waze bawak keksha pergi pantai, keksha nak pergi yang kedai. Sadly, bila nk g yang kedai baru sedar yang dia tutup tengahari jumaat tu. Keksha is sad!
Btw, bagi Keksha , Melaka is new memorable place i have visited. Kedai -kedai kat jongker street remind me about Myeondong streeet, kedai kecik-kecik jer. I love the way they preserve the culture, the structure of building. Macam kembali ke zaman dahulu kala versi moden.
Sadly keksha tak jumpa pokok melaka, tak bolehlah nak acah-acah scene Parameswara . 🙈🙈
So, basically kalau you love to eat and you love the history, then Melaka is good place to visit and highly recommended by me!
Maka dengan ini, completelah mission keksha berjalan ke seluruh 14 negeri di Malaysia ni. And every states have their own favourite food and unique culture. Tak rugi weh jalan-jalan dalam negara sendiri.
Till then, good bye and habe a nice day!
#kekshatakesMelaka