Thursday, November 12, 2009

Nur Kasih the Boom...~~!!!


sape tak tengok citer nurkasih..cepat angkat tangan? yeah.anda, sila jangan buat muka tak tahu malu kat sini ok?..kunun je tak minat kan...tengok2 dia lak yang lebih2 nangis..feeling habis...

peanut baru habis marathon citer ni pagi tadi..yeah..syok giler nangis..feeling giler ..lebih2 lagi roomate ngah tido lagi syok nangis ..menitik air mata tak putus,,yeah..dari episod 1 sampai episod 23 peanut tengok tadi..bertan2 air mata ni kuar..wat air sirap pun sedap ni ..yeah..

macam citer GHOST yang peanut wat review(perh..macam perngkritik lak)..hehehe.konfirm lah peanut kene wat review gak kat citer Nur Kasih ni..heheheh

sinopsis Drama Nur Kasih bagi sesiapa yang wat2 muka kunun2 konfius

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?Apakah? apakah??...sila ulang seberapa banyak yang anda suka...
sinopsis ni peanut cedok bulat2 dari sini sebab peanut bukannya minat sangat nak tulis ayat berdrama cam ye wat ni..peanut potong sikit2 sebab panjang sangat..tulis panjang2 pun bukan bca..hehhehe...yeah,,dah sampai part review oleh owner blog...hoho..sape lagi kalau bukan peanut kan? yeah~~jum...wat i like n dislike but dis Nur Kasih

Saya suka Drama Nur Kasih kerana....

  • sebab nama peanut pun ada nur..hahhaha..yeah..bolehlah perasan dan imagine peanut yang berlakon kat cerita ni,,hik2...tetiba je wat statement kat kengkawan suh dowang panggil peanut nur..heheheh
  • peanut suka sangat tengok Adam dan Nur..sangat2 sepadan..nur tu comel sangat...tetiba2 terfikir...biler dah habis cerita nur ni, cam ne ek life Adam ngan Nur..nak tahu sangat2..ceh, macam lah citer nur dan adam ni kisah realiti..hehehe.tapi terfikir la,,maklumla, kalau dah feeling lebih2 ni..
  • sangat suka masa babab yang nur wat pengakuan jujur yang dia minatkan adam time form 1 lagi..muka nur time tu sangat2 comel..kunun2 malu..cam ye2 je kat luar dia minat adam betul2..hehehe
  • babak2 romantik kat dalam citer ni antara adam ngan nur..memang tak sama dnegan citer2 yang lain..romantik diowang tak lebih2...abaikan adam ngan katrina..yang tu memang lebih2..tak suka tul..:Dsangat jeles..
  • eceli, peanut suka kesemua dalam cerita ni..biler babak happy, bahagia, peanut leh rasa,,dan biler tahap sedih giler baban, peanut pun dengan bersungguh2 akan mengeluarkan air mata...tahniah all parties yang terlibat dalam cerita ni...

okies, babak yang peanut tak suka lak...
  • menyampah giler dengan Sarah..chop, sape suka sarah angkat tangan? ei...menci tul dia...pendengki giler dengan nur..selalu salahkan nur..ei, memang menyampah lah tengok sarah...arh..tak suka2...sarah ni makwe adam kan kat luar? betul ke? Adam, please choose me, i'm better than her..(perasan)
  • peanut konfius eceli...masa mula2 adam balik ngan katrina , Aidil gune keter kaler hitam yang masih baru..entah, tak tahu cap ayam ape..tapi biler last2, guna keta buruk je..mane perginyer kereta itu? apakah?
dah lah..tak baik kutuk2..hehehhe..nge~~tapi pe2x pun tahniah sebab bagi peanut ase best sangat lah citer melayu ni..kowang memang pandai lah berlakon..cun..sape nak2 download citer ni sampai ke episod terkini,,leh lah klik link dibawah dan terus ke blog musafir cyber.kat situ banyak giler drama2 best yang kowang leh download...thankz ya...

Klik sini untuk download full series Drama Nur Kasih ni
Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!