Tuesday, November 24, 2015

[5 Persamaan Drama Melayu Kahwin Paksa]

Assslamualaaaikummm uools!

Happy x drama Hello Mr Perfect dah habis? Haruslah happy. Habis jugak drama dalam drama ni. Yelah drama isteri masak tak sedap. Drama bekas kekasih. Drama semua orang rabun tak perasan yang bekas kekasih dan isteri muka sama. Eh.

Peanut sambil-sambil tengok tu ade jugak terfikir. Yes. Peanut tgok drama tu so boleh kutuk. Okay berbalik pada topik. Sejak 2 3 4 5 tahun ni memang berlambak drama tv terpaksa kahwin ni. Kalau tak pilihan keluarga, mesti di tangkap basah padahal heroin baru datang hantar kuih dan jais pun datang ada yang mereport bersekedudukan. Tak pun dapat upah demi menyara kehidupan keluarga yang serba daif ada hutang along pulak tu and bapak pulak lari tinggal rumah. Eh.

Dalam dok wat research ni. Peanut terfikir akan persamaan drama drama tersebut. Walaupun hero heroin dah lain. Rumah lain.mak ayah lain. Jalan cerita lain tapi semua drama tersebut ada persamaaanyaa.

1.  Semua hero dan heroin kena kahwin paksa. Confirm.

Ye. Walau apa pun sebab musabab mereka kahwin. Mesti berkahwin secara paksa dan saling membenci antara satu sama lain. Sebelum berkahwin tu memang menentang habis habisan baik lelaki ataupun perempuan. Semua tak nak kahwin.Tapi semua endep up kahwin meriah cantek cantek bagai. Siap pelamin hantaran kenduri enam hari enam malam. Eh kate kene pakse?

Sebenarnya Dia Isteri Saya
Firash dan Syaf terpaksa kahwin selepas ditangkap tidur bersana dek kekasih syaf yang juga abang kepada firash iaitu farish. Demi menjaga maruah keluarga, mereka terpaksalah berahwin . Apatah lagi  si Farish ni dok menuduh syaf curang padahal mereka di aniaya watak ketiga iaitu Rania yang memabukkan si Firash ni. Sepatutnya Rania nak kenekan si Firash ni alih - alih si Firash pergi nasuk bilik yang ada Syaf ni. Syaf pulak time tu pening side effect ubat lah kowt. Sedar sedar Farish datang dab si Firash pulak tidur dengannyaa.

Drama Hello Mr perfect
Izzul dan Alya terpaksa berkahwin disebabkan adik kepada si izzul si arif ni nak kahwin. Fmily pulak tak naklah si adik kahwin tapi abang tak kahwin lagi. Manakala keluarga isteri Arif pulak bagi kata dua cepat cepat kahwin atau diorng kahwinkan dengan orang lain. So bakal isteri Arif ni merupakan bff Alya. Dia upah Alya utk kahwin dengan Izzul yang perfectionist dengan upah RM500 ribu. Time tu plak keluarga Alya kene kejar along sebab hutang bapak tirinya. So. Mereka pun kahwin.

2. Dalam setiap drama paksa kahwin ni wajib ada scene cabaran, ujian, rintangan dan cabaran dalam perkahwinan. 

Chewaaah. Tak kisahlah apa pun bentuk ujian sekalipun Tapi wajib ada tau. Kadang-kadang mak mertua pangkat datin tak suka menantu miskin. Ada jugak Ex kekasih datang menagih kasih dan cinta lama. Seriously 'exkekasih'?  You dont have better things to do? Move on please.

Rindu Awak 200%
Perkahwinan paksa antara Zill Faezrul dan Armel semakin diuji dengan kehadiran bekas kekasih Armel ni. Dulu Armel ajak kahwin tak nak pastu terhegeh hegeh plak. Ditambah plak si Zill Faezrul ni dok sorok kerjaya dia. Padahal pilot. Handsome bak hanggg.

Suami sebelah rumah
Perkahwinan paksa antara Eryna dan Amar semakin diduga dengan kehadiran bekas kekasih nya Azlan . Ala yang dulu tak datang masa hari pernikahannya dengan Eryna tu. Pastu Meroyan plak . Tulah anak mak sangat. Then ade plak si minah doktor ni , Wani dok tergila gilakan si Amar ni siap canang satu hospital yang Amar ni bakal suami dia. walaupun hujung hujung drama tu si Wani dah tahu Amar dah kahwin. Tapi still nak kawen dengan suami orang ni ish ish ish.

3. Watak Bekas Kekasih Yang Datang Menagih Cinta Lama Wajib Hot/Sexy/Cantik/Hensem

Yup. Macam kebetulan pulak. Watak orang ketiga kalau ex girlfriend haruslah seksi moden dan sosial tahap gapan. Same goes to watak ex boyfriend. Haruslah handsome kacak bergaya. Wajib anak Tan Sri . Paling tak pun jadi retis. Tak caya meh tengok

Isteri Separuh Masa
Watak Zita lakonan Ayda Jebat ni memang hot sexy habis lah walaupun pendek. Ops. Bak dalam drama ni. Time dia datang dating dengan Nazrin Shah kat kampus confirm semua mata terbeliak tengok.

Love u Mr Arrogant
Watak ketiga dalam drama antara Irhan dan Zaara ni adalah Sherry lokanan Hanez Suraya sebelum kontroversi amik suami orang beliau. Eh. Ok. Sherry dalam cerita ni mamng tip top.first class. Semua barang nak branded jer. Seksi tu tak leh cakaplah pakai skirt tak ada yang bawah lutut. Yang musykilnya si sherry yang sexy gila ni calon menantu pilihan mama Irham. Buta ke rabun orang tua ni?

Rindu Awak 200%
See. Watak ex boyfriend Armel. Handsome. Kacak. Bergaya. Kacukan gituuu. Tak ada ke watak ex bf tak kacak muka sememeh eh?

4. Wajib ada scene bergaduh merajuk panjang pastu kene pujuk.

Setiap drama kahwin paksa ni wajib ada scene yang trigger sama ada watak hero atau heroin merajuk membawa diri. Pastu watak sorang lagi haruslah separuh gila mencari watak yang merajuk ni. Ni scene wajib okay.

Hello Mr Perfect
Selepas Izzul ditangkap basah dengan Ain. Alya terus merajuk membawa diri. Sebelum merajuk tu sempat lagi lah dia tinggalkan sepucuk surat yang menyatakan kasih sayangnya terhadap Izzul. Izzul pun separuh gila mencari Alya. Last jumpa kat resort mana entah. Scene pujuk memujuk pun terjadi. 
Happy Ending.

Sebenarnya Saya Isteri Dia.
Syaf merajuk membawa diri lepas bergaduh dengab Firash. Lagi lagi lepas menerima gambar -gambar mesra Firash dan Rania. Ditambah lagi Syaf sengaja sakitkan hati Farish dengan buat-buat mesra dengan Qimy. Syaf bawak diri. Resign keje. Pastu pergi membawa diri. Last last Syaf dan Farish pun berjumpa kembali dan hidup bahagia. Walaupun scene last tu Rania datang bajet mengandungkan anak Firash tapi polis lak datang tangkap dia. Lol.

5. Haruslah Happy Ending!

Setelah kena kahwin paksa. Saling membenci. Ex kekasih datang. Mak mertua tak suka. Accident. Kene culik. Pastu kena pujuk. Akhirnya mereka pun berbahagia. Kebanyakaan drama kahwin paksa ni ade last scene pregnant ataupun bahagia dengan suami isteri dan anak anak. The end.

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

1 pujian[s]:

Anonymous said...

tapi yang paling saya suka drama sebenarnya saya isteri dia,ada yanng sweet..tapi boleh dikatakan semua drama kahwin paksa saya suka tengok..hiihi..

Post a Comment