Salam and Hi!
Peanut hari ni nak menulis sikit pasal jerawat. Ye. Masalah jerawat ni memang nightmare buat gadis -gadis di luar sana dan turut menjadi masalah buat sebahagian lelaki.
Masalah jerawat peanut ni bermula dari zaman sekolah menengah lagi ketika form 5. Sebelum tu, memang tak ade sebijik pun . muka pun setakat gelap burn zaman remaja muda mudi jer. Bila dah naik sebijik, terus sampai sekarang bertumbuh dengan jayanya.
Masalah peanut ni sebenarnya berkait dengan resdung. So peanut dah pantang seafood semua tu. Naik jerawat setakat sebijik dua jer. Tpi sejak balik kampunh kat Kelantan, budu tu kira hidangan wajib setiap kali makan, itu yang trigger masalah jerawat ni untuk makin teruk.
Macam-macam dah peanut usahakan, dari produk skincarw yang mahal kepada yang murah, malah petua ubat traditional semua peanut dah buat. Kalau ade kawan peanut yang ada masalah jerawat,pastu tetiba okay, peanut siap pm kt facebook tnya. Sampai satu point dah meluat nak try apa-apa produk skincare lagi.
So baru- baru ni peanut ade ke klinik. Niat utama nak buat medical checkup for pre-employment, then doctor yang kacak tu tanya peanut nak tak ubat jerawat. On him sebagai tanda perpisahan. Dah lah handsome, baik hati lak tu plus suka bergurau. Siap doc tu cakap kalau menjadi, awak kena bawa pulut kuning untuk saya and wish goodluck kat tempat kerja baru. Peanut dengan tanpa segan silunya cakap nak. So bermulaalah misi melawan jerawat ni.
Misi Melawan Jerawat.
1) Vitamin C
Okay yang ni bukan doc tu bagi . yang ni kawan peanut yang syorkan. So vitamin c ni elok untuk kulit. Buat masa sekrang peanut suka vitamin c ni. Vitamin c ni larut dlm air. Normally peanut ambil pada waktu pagi and limit sebijik jer tau sehari.
2) Oxy Trial Set
Lama jugaklah peanut melilau dalam drug stores semata-mata nak cari skincare yang okay untuk acne. Macam-macam brand ade. Tp oxy as we all knows, memang specialised untuk jerawat. So untuk set ni ada cleanser , toner and moisturizer. Memang pedih serius pedih tapi macam best sebab seminggu dah pakai nampak lah jerawat berkurang and semakin pudar. So nk terus kan for a month and tengok ape yang alan berlaku kat jerawat peanut ni. Okay, additional note, selain merawat acne, set trial ni ada bahan seaweed and aloe, so dia baiki gak tisu kulit kita yang hancur dek jerawat tu.
3) Krim Jerawat Tretinon
Okay. Yang ni yang doc tu bagi . satu lgi ubat jerawat kat bawah ni. Lepas dah cuci muka bersih-bersih and biarkan muka kering then sapu krim ni ke tempat yang ada jerawat. Tempat yang jerawat besar-besar tu, peanut letak banyak sikit .Bajet cepat heal. Haha .
4) Ubat Jerawat
Yang ni pun satu lagi Dr Ziyad tu bagi. Yang ni kene makan sebelum tido lepas dah tak nak makan apa-apa dah . sebijik setiap malam. ade 30 bijik cukup untuk sebulan.
Ni pulak muka peanut sebelum peanut amalkan ubatan diatas iaitu few days before i write this entry. Memang teruk. And lately makin teruk sampai satu tahap peanut malas nak pakai makeup . punyalah dah meluat tahap tak rasa feeling insecure pun.
Lepas dah sebulan nanti peanut share ape jadi and berjaya tak Misi Melawan Jerawat ni. Kalau berjaya, bolehlah korang yang ada masalah jerawat ni try plak. Ye idak.
First day 23 April 3016
27 April 2016 ( After 5 days) both guna camera biasa no edit.