Hai Assalamulaikum!
Baru- baru ini, peanut berkesempatan berkunjung ke Yogjakarta (dikenali juga dengan Jogja), semua kota unik dan penuh sejarah tersendiri di Kepulauan Java, Indonesia. Pada awalnya kunjungan peanut selamat empat hari tiga malam ini disebabkan peanut tertarik dengan keindahan alam yang memukau pandangan sebagaimana yang telah dikongsi oleh para traveler yang telah berkungjung ke Jogja.
Namun, apabila berkunjung sendiri ke Jogja ni, peanut merasakan yang Jogja menawarkan lebih daripada itu. Bukan sekadar keindahan pemandangan alam semula jadinya. Ada lagi yang lebih menarik mengenai Jogja yang patut diterokai dan patut dirasai sendiri.
Sedikit info mengenai Kota Yogjakarta ini, Kota Yogjakarta ini dikenali sebagai Special Region of Yogjakarta disebabkan keunikan pemerintahan ini yang mana kota ini diperintah oleh Sultan nya yang tersendiri, tidak seperti kota-kota lain di Indonesia. Kota ini bukan sahaja terkenal dengan seni-seni tradisional seperti puppet show, wall art yang boleh dilihat di Taman Sari, peninggalan budaya bahkan juga menjadi pusat akademik untuk universiti-univesiti utama di Indonesia seperti Universiti Gadjah Mada.
Selepas kunjungan peanut baru-baru ini, peanut dapat merasakan kebanyakan intinerary yang dikongsi oleh para traveler Malaysia ini mjaoriti untuk aktiviti sightseeing dan terlalu padat menyebabkan pelawat tidak sempat untuk memahami kisah-kisah disebalik tempat yang dilawati. Harus saya tekankan disini, lawatan ke Yogjakarta bukan sekadar untuk bergambar sahaja. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang perlu anda lakukan ketika melawat Yogjakarta (selain sighseeing ofcourse).
1. Taman Sari Water Castle And Underground Mosque
Taman Sari ini dibangunkan oleh Sultan Yogjakarta pada kurun ke 18 sebagai taman permainanan air untuk keluarga dirajanya. Nanti bila dah masuk dalam Taman Sari ini, akan jumpa dua kolam besar. Mengikut Bayu, Pak Supir yang bawa kami ke sana, satu kolam adalah untuk anak-anak nya manakala satu kolam lagi untuk isteri-isterinya. Terdapat satu kolam khas untuk sultan yang mana Sultan memilih salah seorang isterinya untuk bersiram bersamanya di kolam khas itu. Yang uniknya, untuk pemilihan tesebut, Sultan akan berdiri di tingkap di tingkat 2/3 bangunan bersebelahan kolam itu, dan mencampakkan sekumtum bunga rose ke arah-arah isterinya. Isteri yang berjaya menangkap bunga rose tersebut akan menemani Sultan bersiram di kolam khas tersebut.
Manakala, Taman Sari Underground Masjid pula merupakan sebuah masjid kecil tapi lengkap dengan kemudahan asas sebuah masjid. Yang menariknya, alunan azan tidak memerlukan pembesar suara, gema bangunan itu tersendiri sudah mencukupi. Bila dah masuk dalam masjid tu, memang akan rasa kagum dengan keindahan dan seni bina bangunan tersebut.
Untuk ke Masjid Bawah Tanah ini, korang kena melalui jalan-jalan sekitar rumah-rumah dan wall street art, kalau korang tak confident boleh hire local guide, tak sure berapa upahnya. Tapi kalau tak nak, boleh jer ikut crowd , normally yang jalan ramai-ramai tu pun nak ke underground masjid jugak. Sepanjang laluan ke Masjid tu jugak ada banyak street art yang boleh korang nikmati dan hayati.
Bayaran masuk ke Taman Sari ini adalah sebanyak Rp 15,000, manakala ada caj untuk membawa kamera adalah sebanyak Rp 7,000 per camera. Tiket tu jangan korang buang pulak, nanti nak masuk underground masjid tu kena tunjukkan tiket tersebut.
2. Melawat Candi Borobudur
Candi Borobudur ini merupakan sebuah Buddhist Temple yang terbesar dan terhebat di dunia. Ianya juga telah disenaraikan sebagai World Heritage Site oleh UNESCO.
Kita yang Islam, lebih-lebih Melayu ini mesti rasa macam perlu ke buat lawatan ke candi ni? Yes, melayu dan skeptism tak boleh dipisahkan. I mean me. hee. Walau pun candi ini merupakan sebuah temple buddhist, niat kita nak panjat candi ni bukan untuk menunaikan hajat. Sekadar mengagumi kegigihan dan seni bina orang zaman dahulu untuk membina candi ni.
Kalau yang tak tahu sejarah macam peanut, bolehlah menonton video di bangunan yang disediakan lepas pintu masuk. Video tu mencerita sejarah seni bina tersebut, seni bina dan macam mana kerajaan Indonesia ini membangunkan semula tinggalan candi ni. Candi ni juga pernah terbelangkai malah re-construct semula.
Candi ni ada 9 stages (*maybe panggil floor kot not sure) and setiap floor tu seni bina yang berbeza dengan cerita yang diukir di dinding tu berbeza. Tapi yang sedihnya, ada cerita yang missing disebabkan batu yang ditukar tidak diukir dengan cerita sebenarnya.
Nak masuk ke dalam Candi ni dengan bayaran Rp300,000 , pastu masa kat gate tu ada minuman free. Owh ya masa kat sini, memang akan ramai makchik pakchik akan kejar kau dari mula turun van sampailah masuk dalam gate . Diorang jual payung, topi, sunglass dan sebagainya. Kat atas candi sana tu panas, tapi macam leceh gak nak berpayung bagai masa nak panjat tangga kan. Peanut just decline nicely. Tapi lama-lama rimas gak sampai ignore jer. And bila nak balik pun sama, ramai dah tunggu nak jual souvenir candi borobudur dengan harga yang murah. And rasa menyesal pulak beli. Ada sapa sapa nak souvenir tak ?
3. Menaiki Gondola Ke Pantai Timang
Aktiviti wajib ke Yogjakarta adalah menaiki gandola iaitu kereta*kereta ke eh* manual . Ya manual yang ditarik oleh tenaga manusia. Pada asalnya gondola ini digunakan oleh para nelayan tempatan untuk menyeberangi bagi menangkap udang lobster, tapi sekrang menjadi tarikan pelancong dan juga sumber rezeki penduduk tempatan.
Untuk ke Pantai Timang ni, kereta yang korang naik hanya boleh smpai ke satu check point bawah dihadapan restoren lobster *yang ni wajib try. Ada dua jenis pengangkutan yang korang boleh guna sama ada sewa jeep dengan pemandunya dengan harga Rp 350,000 per jeep atau dengan naik ojek yang lagi murah. Tapi harus diingatkan, terdapat banyak kes-kes kemalangan yang mana penumpang ojek terjatuh daripada motorsikal disebabkan jalan yang berliku dan berbatu. So , yang mana nak naik ojek tu make sure pegang pemandu korang elok-elok okay. after like 15minutes dalam 5 km jer kot, korang akan sampai ke tebing pantai ini, which is breahtaking. lawa gila!
Ada option lain untuk menyeberang selain dari naik gondola ni iaitu melalui jambatan gantung, which is far scarier than gondola. But your choice! Nanti kat seberang sana, korang akan nampak lautan hindi yang terbentang luas, bunyi ombak yang mengganas dan angin yang memang habis berangin. kat sana nanti akan ada mas-mas yang rajin nak tolong korang ambil gambar aka local photographer. Not sure sama ada dah berbayar dalam pakej atau tak, tapi kami bagi juga sagu hati sebagai tanda menghargai pertolongan dia mengambil gambar yang super lawa!
Entrance fees : Rp 200,000/pax (nanti dia stamped kat tangan) , Jangan lupa order siap-siap lobster korang sebelum ke Timang Beach. Lobster was super delicious and super cheap too! Sambal dia perhhhhh.
4. Cave Tubing di Gua Pindul
Disebabkan cuaca panas, tak salah rasanya include aktiviti melibatkan air pulak kan? Untuk aktiviti dalam air ni, kami decide nak try cave tubing kat Gua Pindul. Kat sini, diorang akan bawa korang menyusuri sungai di dalam Gua Pindul menggunakan tube yang diikat, so, yang instructor akan tarik sambil bercerita mengenai gua tersebut. Airnya sangatlah sejuk dan nyaman. So macam rileks jerlah atas tube tu sambil dengar dia bercerita sambil menikmati keindahan alam semula jadi di dalam gua tu. Tak payah risau pasal safety, sebab korang akan dibekalkan dengan safety jacket and instructor korang tu dah mahir dengan keadaan dalam gua itu.
Lepas tu, kitorang ada aktiviti lain di sungai yang berdekatan pula. Wajib kena naik small lorry to there. Nanti kat sana diorang akan tarik kita gak menyusuri sungai tu. Lupa nama, tapi kitorang panggil Little Canyon. Haa gitu. Situ ada tempat korang nak terjun from 4 meters to 8 meters height dan ada jugak air terjun. Since peanut tak reti berenang, makan main air terjun jerlah. It was fun day. Tapi bila masuk air, confirmlah penat kan.
Since peanut ni memang jenis suka masuk gua, tengok binatang dalam gua, dan juga pelbagai jenis batu-batu kat gua, maka trip ini amatlah fun untuk peanut. Untuk orang lain, tak tahu lah pulak. Best time to visit here is at the morning.
Untuk package cave tubing and river tubing ni, ianya berharga Rp 150,000 per pax. Manakala, kalau nak guna khidmat photographer, bayaran adalah Rp 200,000 per trip. Unlimited shoot. Tak kira ada berapa ramai. Since kitorang malas nak bawak phone bagai, maka hire lah mas eddy tu. Memang hasilnya berbaloi , semua gambar kitorang dia amik tanpa jemu dan penat. Siap burn dalam CD lagi okay.
5. Merapi Lava Tour.
Okay. Merapi Lava Tour ini adalah lawatan ke Gunung Merapi yang masih lagi aktif ye kengkawan. Laca Tour ini memang ada pelbagai jenis pakej dan dikendalikan oleh syarikat(*kot) yang berbeza. Kalau kita dah lalu tu, memang nampak lah banyak pakej-pakej yang ditawrkan oleh pengendali yang berbeza. Kitorang ikut jer mana yang Pak Supir kitrorang bawak and pilih pakej paling minimun iaitu lawatan ke tiga tempat dengan harga Rp350,000 per jeep.
Melalui abang driver jeep yang bawak kitorang tu, beliau ada bercerita mengenai peristiwa-peristiwa letusan gunung berapi yang terjadi lewat 2010 yang lalu. Sepanjang lawatan tu, kita boleh tengok kesan tinggalan letusan gunung berapi ni, rumah-rumah yang terbakar dan kesan-kesan debu lava tersebut juga jelas kelihatan.
First stop yang pertama adalah melawat sebuah rumah yang betul-betul berada di bawah Gunung Merapi ni. Rumah yang dahulunya gah dan agam kini tinggal sebagai musium yang diusahakan oleh penduduk tempatan bagi memperingati peristiwa yang meragut nyawa ini.
Stop yang kedua adalah melihat batu yang berbentuk wajah manusia yang terbentuk selepas kadian letusan gunung berapi pada 2010 tersebut. Memang jelas kelihatan wajah manusia. Manakala stop yang terakhir adalah di bilik bawah tanah yang terletak beberapa kurang dari 3km dari Gunung Merapi ini. Di dalam bilik tersebut juga terdapat sebuah batu besar yang terbentuk disebabkan lava dan abu letusan tersebut yang terperangkap di dalam bilik tersebut. Nanti boleh tenguk debu tu bersinar-sinar. Bak kata abang driver tu, benda tu bahaya kerana ianya adalah sejenis kaca.
Apa yang buatkan peanut rasa sedih/terharu is bila penduduk tempatan menerima bencana dengan redha dan menganggap bencana bukan sekadar bencana, tetapi juga rahmat kepada penduduk nya. Lava Tour yang kitorang ikut itu juga sebenarnya ada membuat contribution kepada local people sekitar Gunung Merapi melalui pembinaan infrastruktur seperti sekolah dan musolla kepada penduduk setempat. Kiranya, lava tour ni pun give back to people that still suffering from the eruptions.
Actually banyak ativiti-aktiviti lain seperti hiking, skydiving, paragliding, pantai-pantai menarik di sekitar Kota Yogjakarta ini. Kalau nak comprise semua dalam trip empat hari tiga malam memang tak sempat. I really hope that this blog entry will help you discover more about Yogjakarta beside their beautiful scenery. I mean kalau beautiful scenery, its everywhere , even in Malaysia or in another country, but there are something about Yogjakarta that make it special , thus its named Special Region Of Yogjakarta. However, here is the beautiful scenery that i managed to capture before i end this entry. Good Bye you guys! Travel Like A Local!
0 pujian[s]:
Post a Comment