Malam ni peanut nak share pasal penyelenggaraan keretaa. Haaa topik lelaki gitu. Panjang gak peanut pikir nak share ke tak memandangkan Peanut bukannya expert bab-bab ni. Tapi demi kesejahteraan pemandu-pemandu wanita di Malaysia ni, Peanut rasa terpanggil nak tulis beberapa series penjagaan kereta yang senang-senang. Contoh tips tukar tayar, isi angin, tukar bateri kereta, isi minyak. Serius lah ada tau wanita tak reti isi minyak?
Okay untuk entry kali ni Peanut nak bercerita pasal bateri kereta. Bateri kereta ni terletak di boot depan. Okay soalan serius, siapa kat sini tak pandai bukak boot depan?
Bagi Peanut, Peanut recommend untuk install bateri kering jer di kereta korang especially korang adalah wanita yang tak reti bukak boot depan. Senang dah memandangkan kita bukannya rajin nak menyelanggara, pakai jer sampai bateri tu habis. Tak perlu dah isi-isi air dalam bateri. Selalunya Peanut pakai selama dua tahun baru tukar yang baru. Selalunya habis dulu lah.
Tapi, ada jugak tapi bateri kering ni cepat habis dan lagi mahal berbanding bateri basah. Tapi kalau korang sejenis rajin jaga kereta, why not. Boleh jer pakai bateri basah.
Sedikit tips bila nak tukar bateri kereta ni, kalau korang perasan lah, kereta akan start memberikan hint- hint yang korang patut tukar bateri sebelum kereta korang tak boleh start. Yang bestnya kalau korang pakai kereta auto, walaupun bateri korang dah habis, tak derlah korang tetiba tersandai tengah jalan. Selalunya bila dah sampai destinasi , enjin dah turn off tetiba korang nak on balik barulah enjin terus tak boleh start. Tapi tak bestlah kalau korang berhenti isi minyak ke, singgah beli nasi lemak ke, tetiba kereta tak boleh start. Hampeh.
Bagi mengelakkan situasi tersebut berlaku, nah antara hints yang kereta Peanut berikan sebelum bateri habis sepenuhnya:
- Delay ketika start engine. Kalau kita biasa dengan kereta kita, kita tahu berapa saat dari kita start pulas kunci tu sehingga engine kita on. Delay yang Keksha maksudkan ni bukannya sampai berminit -minit. Delay dalam lima saat macam tu jer.
- Odometer yang kat dashboard kereta tu mula tidak berfungsi dengan betul. Isi minyak RM50 tapi tak sampai separuh meter pun diisinya. Jalan sikit cepat jer turun bar. Memula dulu bila jadi macam tu , Mati-mati peanut ingat tangki minyak rosak ke apa ke. pastu baru tahu sebenarnya tu antara hint-hint bateri nak habis . Sebabnya odometer ni berfungsi menggunakan bateri kereta. gituuu.
Sebelum Peanut akhiri post Peanut kali ni, nah Peanut sertakan sekali abang yang menyediakan service penukaran bateri kereta on the spot kat rumah korang untuk area Kelantan. 24 jam tau. Satu Kelantan cover plus area Besut pun boleh.
Khidmat Tukar Bateri Kereta Kelantan
Abang Bateri
+6017-9605161
Kawasan : Seluruh Kelantan dan Besut, Terengganu
So apa lagi, save lah nombor ni, boleh digunakan untuk kecemasan. Terima kasih kerana membaca entri panjang kali ni. Harap dapat membantu!
Till next post. Bye!~