Sejak kisah 13 remaja yang terperangkap di sebuah gua di
Thailand viral, ramai yang tercari-cari movie/drama yang bercorakan trap dan
rescue mission ni. Di sini, Keksha listkan beberapa buah movie/drama yang
terbaik untuk korang tonton. Kebanyakkan adalah berdasarkan kisah sebenar dan
bila tengok movie ni, korang sendiri yang rasa berdebar dan cuak. Haa gituu.
1. 127 Hours (2010)
Movie yang berdasarkan kisah benar ini adalah mengenai
seorang jurutera yang juga pendaki canyon yang pergi mendaki tanpa sesiapa pun
tahu pada hujung minggu. Beliau terperangkap diantara dinding canyon selama 127
jam tau. 127 jam ni bersamaan 5 hari lebih tau. Bayangkan lah kau terperangkap
antara dinding canyon tu. Cuak weh. Macam-macam cara dia buat untuk selamatkan
diri. Siap delusional dan give up dah sampai cuba untuk bunuh diri.
Bayangkanlah terperangkap tak cukup makanan dan minuman sampai terpaksa minum
air urine sendiri. True story, wajib
tengok tau!
2. Buried (2010)
Movie ini mengisahkan seorang lelaki yang terjaga dan
mendapati dirnya berada di dalam wooden coffin dan ditanam hidup-hidup bersama
dengan handphone dan lighter tanpa sebarang klu macam mana beliau berada
disana. Dia mula untuk mengingati semula
bagaimana terrorist menyerangnya. Penculik mula menelefon dan demand wang
tebusan. Beliau menghubungi pihak berkuasa namun pihak berkuasa enggan membayar
wang tebusan tapi akan menghantar pasukan penyelamat. Cuak gila sebab penculik
mula demand video potong jarilah sebagai ugutan untuk tidak mencederakan
familynya. lagi cuak bila pasir mula memasuki coffinnya. fuhhh.
3. The 33 (2015)
Mengisahkan 33 pelombong yang terperangkap di dalam lombong
emas yang tak stabil. Satu-satunya jalan terkeluar juga terkambus. dahlah
terperangkap, tak cukup makanan, medical kit takde dan sebagainya, syarikat
pulak buat bodoh jer tak nak tolong sampaikan kerajaan terpaksa campur tangan
dengan drill ke lombong tersebut. Usaha menyelamat selama dua bulan tauu.
Bayangkan selama dua bulan diorang terperangkap dalam tu. Fuhh mental weh. Kisah
benar ni tauuu.
4. Sanctum (2011)
Movie yang mengisahkan pengembaraan ke sebuat underwater
cave oleh sekumpulan diver. Malangnya, rebut kuat melanda dan mengakibatkan
diorang dihanyutkan deep inside the unexplored cave. Diorang cuba cari jalan
keluar tapi dah mula hilang harapan. dengan paniknya dengan gaduh semua, ada
yang sampai mentally ill sehingga cubaan membunuh. Haaa cuak.
5. Ladder 49 (2004)
Kisah mengenai hidup seorang fire fighter dan bagaimana
beliau terperangkap dalam bangunan yang terbakar selepas menyelamatkan mangsa.
Usaha menyelamatkan beliau dibuat oleh rakan sekerja nya, namun beliau mengarahkan
untuk tidak menyelamtkan nya memandangkan tiada jalan keluar yang selamat dan
tidak mahu rakan sekerja nya tercedera dalam usaha menyelamatkannya. Sedih
tauu.
6. The last descent (2016)
Movie berdasarkan kisah sebenar ini mengisahkan mengenai
seorang pelajar medical yang terperangkan dalam Nutty Putty Cave selepas
melalui kawasan yang tidak pernah dieksplori. Beliau terjatuh ke dalam lubang
kecil secara terbalik upside down. Seorang partner yang ke gua tersebut bersama
beliau juca menarik beliau tapi gagal. Usaha menyelamat dipertingkatkan
walaupun tersangat nipis disebabkan kedudukan beliau yang terbalik boleh
menyebabkan badan lemah. meang cuak. Highly recommended tau!
7. Tunnel (Kdrama 2017)
K-Drama 16 episod ini mengisahkan seorang detektif yang
menyiasat kes pembunuhan bersiri pada tahun 1986. Daripada klu-klu yang
ditinggalkan, beliau terserempak dengan pembunuh tersebut didalam sebuah
terowong dan berusaha untuk mengejarnya. Namun, beliau pengsan dipukul dengan
batu oleh pembunuh tersebut. Beliau yang tersedar cuba mengejar pembunuh
tersebut namun beliau mendapati terperangkap di tahun 2017. Best weh! cubalah
tengok. Sedih sebab beliau baru tahu yang isterinya mengandung dan had a hard
life without him. sobs.
8. Pandora (2016)
Sebuah movie korea yang mengisahkan letupan yang berlaku di
sebuah nuclear plant yang mengakibatkan kemusnahan bandar tersebut. Hero movie
tersebut dan rakan sekerjanya terpaksa masuk semula ke dalam nuclear plant
tersebut untuk memastikan ianya tidak merebak.
9. As Above So Below (2014)
Sebuah movie American Horror yang mengisahkan sekumpulan
anak muda yang mempunyai kepercayaan kepada sebuah philosopher stone mengembara
ke dalam sebuah catacomb di Paris. bermacam dugaan dan halangan serta imaginasi
termasuk demon yang menghuni catacomb
tersebut. Suspend and horror. Sapa yang suka boleh tengok.
10. Only The Brave (2017)
Mengisahkan sekumpulan fire fighter yang berusaha untuk
menyelamatkan kawasan yang terbakar dan diri sendiri yang terperangkap dalam
granite fire hotshot tersebut. Usaha menyelamat bertukar kepada usaha untuk
menyelamtkan diri sendir yang berbahaya. Cuak dan agak sedih ceritanya
memandangkan hanya seorang sahaja terselamat dan beliau berasa bersalah kerana
terselamat dalam kejadian tersebut. Movie ini adalah berdasarkan kisah benar
yang berlaku.
0 pujian[s]:
Post a Comment