Tuesday, May 20, 2014

Prescreening Filem Animasi SuperSquad: Hapuskan Kegelapan

Alhamdunillah, sabtu yang lepas peanut telah sama-sama menyertai event anjuran blogger pemes Bro Framestone untuk Prescreening Animasi Super Squad. Ofcourse i olls nervous maklumlah baru first time nk join event2 blogger ni selama berkurun zamannya berblogging. Akhirnya ada jugak entry untuk ditulis dalam blog semi retired ini.

Kebetulan mase BroFS up status pasal invitation ni, peanut lak waktu tu macam x nak buat kerja and nk have fun. Mula2 nk bawak anah buah dua orang tu mektop and ebok tapi anak buah busy kalah mak sedara. Anak2 buah dah ade plan pergi janda baik. So, peanut pun dengan x malunya ajak kawan2 sebaya yang ada. Last2, Ain Aizah sudi nk menemani peanut ke event ini. 

Seawal pukul 12.30 tengahari peanut dah bertolak dari rumah untuk fetch ain kat shah alam. Since peanut yang ajak, peanut lah yang kene amik kan. and lagi2, dia x tahu sgt jalan kl, so dengan baik hatinya peanut ke seksyen 7 shah alam. mase otw tu dah nampak dah federal is super jammed. Tapi rilek sudah. dalam invitation cakap 1.30 daftar, so peanut mcam gamble lah kalau x sempat nk buat cam ne kan. Dah amik ain, kitorang pun bertolak ke eCurve kat Mutiara Damansara. Oh rindunya damansara. Sejak2 dah pindah jalan klang lama ni, lama betul x ke damansara, unless kalau masuk office kat Bandar Utama tu. Tp lately banyak dok office client, next week baru nk masuk office. 

Dalam 2.15 petang, peanut sampai ke kaunter pendaftaran. sampai2, abang yang jage kaunter tu cakap kaunter x bukak lagi sebab ticket belum dpat. and then datang lah abang hensem ini datang tegur, yup. Bro FS yang dikenali sejak tahun 2008, rasenya peanh ckp telefon sekali , now dah depan mata, ok tinggi peanut jer orangnya. hahha. then Bro explain lah kenapa lambat semua tu. 

Finally, dalam 2. 40 petang, kaunter pun dibuka dan ticket pun diagihkan. dapat free gift lagi uolls. untung tau. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengarah iaitu Encik Rashdan Ramlee diikuti oleh ucapan Bro Framestone. Haruslah bebrgambar dulu olls dengan maskot-maskot SuperSquad ini sebelum masuk ke panggung wayang. 


Berikut merupakan sinopsis filem animasi SuperSquad ini :

Filem Animasi SuperSquad adalah berkisarkan tentang ketabahan dan kecekalan sekumpulan lima adiwira muda iaitu Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq yang berjuang untuk mempertahankan negara dan planet bumi daripada serangan armada makhluk asing serta menyelamatkan bapa mereka dari serangan tersebut. Sebuah filem epik 'action comedy', filem ini mengandungi babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, babak cemas apabila makhluk asing ganas mendarat di Bandaraya Kuala Lumpur, pertempuran sengit di ruang angkasa KLCC dan berbagai lagi.
Antara artis yang terlibat dalam pembikinan Filem Animasi SuperSquad ialan Aaron Aziz (Laksamana Aaron), Dafi Sabri (Kapten Danny), Diana Danielle (Elly), Radhi Kalid (Blinq), Marina Tan (Alan), Elza Irdalynna (Sasha), Amarisi @ Amran Ismail (Mat & Dragon Lord), Megat Sharizal (Zeeboz) dan Maya Arissa (Ratu)

Bagi peanut, kekuatan filem animasi ini terletak pada kekuatan lima watak utama adiwira yang mana setiap seorang mempunyai watak masing2. Boleh dikatakan lima watak ini menghidupkan animasi dengan gelagat masing2. boleh dikatakan pada mulanya filem ini memfokuskan kepada Kapten Danny dan Elly namun sepanjang filem ini, peanut dapat melihat watak shasha dan mat dikembangkan dan watak Blinq dan Alan juga ditonjolkan. Watak Sasha dengan dialek kelantannya yang jatuh hati kepada Mat menyumbang kepada gelak ketawa penonton. Bahkan pengunaan dialek utara oleh Blinq dan ayat2 kelakarnya juga memecah gelak panggung. 

Namun, demikian kekuatan filem animasi ini bukan sekadar terletak kepada aksi komedi atau kelakar, namun terletak pada mesej yang hendak disampaikan. Pengarahnya, Encik Rashdan Ramlee menyifatkan filem animasi ini adalah untuk mengajak golongan kanak-kanak supaya menanamkan sifat-sifat murni dalam diri mereka. Paling utama adalah berkenaan sifat setiakawan yang dilihat kebelakangan ini semakin dilupakan oleh generasi muda kita. 


 Jom sama-sama menonton Filem Animasi SuperSquad ini yang bakal ditayang di panggung wayang tanah air kita bermula 5 June 2014 ini. Peanut pun akan membawa anak buah peanut untuk sama-sama menonton filem ini sekali lagi. Sebelum tu mari layan trailer filem ini dahulu sebelum peanut akhiri penulisan entry blog kali ini. Byeee~






Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

1 pujian[s]:

Anonymous said...

It's going to be end of mine day, however before ending I am reading this impressive article to improve my knowledge.


Here is my site ... booking golf course and Package in bali

Post a Comment