Friday, February 6, 2015

[Maharaja Lawak Mega 2014 : Kenali Finalist Anda]





Salam & Holla!~


Pejam celik pejam celik, malam ini dah merupakan malam final  Maharajalawakmega 2014. Peanut cuma sempat buat blog entry untuk Minggu pertama jer. Untuk minggu-minggu yang seterusnya Peanut bajet busy malas nk type dan sebagainya. .

Malam ni bakal menyaksikan lima finalists bakal mempersembahkan punchlines lawak yang bakal mengeletekkan hati kita. Well, some of them did make us laugh so hard kan. Harapnya malam ni, x dalah lawak-lawak ala kadar. Supposed malam ni, lawaaaak yang terbaik sahaja yang dipersembahkan.

Apa? Korang tak tahu sapa finalist Maharajalawakmega 2014 ni? Kurang asam betul. Nah, baca bawah ni.

1. Nabil

Satu-satunya peserta solo bagi tahun ni. Walaupun ramai yang cakap Nabil tak kelakar dan sebagainya, peanut rasa lawak yang dibuat nabil ni rare. Yang orang tak boleh nk jangka lawaknya. Lagi-lagi solo ni susah sikit lah nak melawak. Orang nampak dia buat standup comedy jer. Yelah dah sorang, lagipun bukan cerita sama pun 
Lawak paling best : Lawak Bersama Artis Jemputan (Hazama). Tak tahu sama ada Hazama yang lawak atau nabil yang lawak tapi pecah perut gelak. 

Lawak paling hampeh : Tak ingat minggu tu tema apa. tapi dia buat yang dia nyanyi lagi for a band tu. 4 orang dalam the band. Like seriously? And Dato' Jalal puji plak. Mungkin aku gelap hati time tu. 

2. Shiro

Shiro yang di anggotai oleh Baba Ajak dan Shahrol ni merupakan pemenang tempat kedua bagi MLM 2013. Pada minggu-mnggu awal dulu, sangat-sangatlah tak berpuas hati dengan lawak Shiro. Dimana Shiro hilang? Tersangatlah tak lawak. Tapi minggu-minggu akhir mereka bangkit dan cuba untuk membuat lawak-lawak yang best. Yang kadang-kadang best dan kadang-kadang tak best.  
Lawak paling best : Lawak bermoral. Dalam lawak tu ada mesej yang menyentuh hati nak disampaikan. Sayangilah orang tua anda 
Lawak paling hampeh: Silent comedy. Awal-awal cm lawak. Tapi bila scene shahrol sakit belakang and music background hampeh. Semua dah senyap dah. Tak faham plus tak lawak

3. Bocey.

Bocey merupakan gabungan Abam dan Fad dari Program lawak Raja Lawak manakala Achey dari Program Lawak Bintang Mencari Bintang. MLM2013 merupakan tahun Bocey menyinar. Tiap-Tiap minggu mesti lawak yang tak pernah dibuat orang and pasti mencuit hati. Tahun ini tahap kelucuan Bocey menaik dengan perlahan. Tapi mampu mengeletek hati. Dan tak salah kalau peanut cakap Abam merupakan tunggak utama kumpulan ni.  
Lawak paling best: Minggu komedi seram. Abam serius lawak. dan Minggu karot komedia pun lawak sangat. yang si Abam dok menari dangdut disebalik layar putih tu
Lawak paling hampeh: Lawak Konti Radio. 

4. Zero.


Zero : Pantang Mundur Kecuali Operasi. Zero merupakan pemenang tempat kedua  bagi pertandingan Raja Lawak Musim ke 6. Walaupun menang tempat kedua, Zero terus menyepi dan semakin dilupakan. Mereke cuba nasib di MLM2013 tapi tak kekal lama bila di singkir di minggu-minggu awal. Namun di MLM 2014, mereka telah mencuri perhatian ramai denga gelagat lawak-lawak yang lain dari yang lain. Yang pelik tapi lucu. Dari minggu Hot Seat lagi. Boleh dikatakan Zero merupakan satu-satunya kumpulan yang paling konsisten dalam membuat lawak. Walaupun ade dua minggu, lawak zero tak menjadi. Well 2 out of 11 weeks. Nah. No biggie.  
Lawak paling best: Lawak yang mereka pretending as kumpulan KRU, Lawak bersama artis jemputan stacy, karot komedia, silent comedy and many more.  
Lawak paling hampeh: Lawak Komedi Seram.

5. Sepahtu

Sepahtu merupakan Gabungn Shuib dan Jep dari kumpulan Sepah yang pernah menuari Raja lawak Musim yang ke 3. Boleh dikatakan tahun ni, lawak sepahtu biasa-biasa sahaja tapi mampu mengeletkan hati semua penonton. Peanut personally minat kumpulan Sepahtu masa MLM2013 tapi untuk tahun ini, lawak-lawak mereka tak menambat hati peanut untnuk menjadikan Sepahtu Kumpulan Favourite.  
Lawak paling best: Silent Comedy
Lawak paling hampeh: Tiru gaya artis. Yang mereka lakonkan kembali pimai tangtu.

So, korang rasa sapa yang akan menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2014 ni? Jangkaan peanut, Zero ada potensi untuk menjuarai MLM2014 tahun ni. Namun, kekurangan populariti mungkin menghalang. So , ini jangkaan peanut

Juara : Sepahtu
Naib Juara : Zero
Ketiga : Bocey
Keempat : Nabil
Kelima : Shiro





Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment