Salam.
Hai sihat. Ye. Tahu. Dah lama tak update blog walaupun hari tu kengkonon nak update frequently tapi disebabkan kekangan masa plus kemalasan terus tak sempat nak update.
Well. Bercakap pasal drama ni. Ape istimewanya drama ni sampai dapat review dari peanut? Well ofcourse sebab tempat shoot adalah tempat peanut belajar dulu iaitu UUM. Untuk manusia yang dah lama tinggalkan UUM tiga empat tahun yang lepas, ofcourse rasa rindu memuncak. Tapi yang kenal peanut zaman blogging mesti tahu betapa terpaksa nya feeling kene balik UUM after semester break. Now, rindu plak . Ehhh.
Btw. Drama ni tersangatlah mengamit memory zaman dahulu kala. Dari pintu pagar masuk sampai ke pintu pagar belakang. Serius. Sangat mengamit kenangan zaman dahulu kala.
Review untuk drama plak so so jer . X da y menarik since few episodes ni. Mungkin akan menarik lepas ni. Sedikit sedutan sinopsis drama Inikah Cinta ni.
Drama Inikah Cinta mengisahkan tentang Muammar yang begitu gembira menyertai kelab fotografi di UUM setelah membeli kamera DSLR dengan duit simpanannya. Rose Adeline yang merupakan anak kepada pensyarah di fakulti undang-undang telah terpilih untuk menjadi pengerusi kelab fotografi. Namun pemilihan itu mengecewakan beberapa orang pelajar lain termasuk rakan baik Muammar yang bernama Aizat.
Muammar pula tertarik kepada kecantikan Rose dan mula jatuh cinta kepadanya. Namun Rose telah menetapkan syarat, Muammar terlebih dahulu perlu mencari 3000 kuntum bunga.
Aktiviti pertama kelab fotografi itu adalah sesi fotoshoot di Gunung Jerai. Aizat pula mencadangkan agar mereka bermalam di sana.
Apa akan terjadi selepas itu? Dapatkah Muammar memenuhi permintaan Rose? Untuk mengetahui kesudahan drama bergenre romantik komedi ini jangan lupa saksikan Drama Inikah Cinta di slot Dahlia TV3.
0 pujian[s]:
Post a Comment