Thursday, February 18, 2016

[Jalan Jalan Cari Makan (Edisi Kelate): Nasi Kerabu Yati Ayam Percik]

Assalamualaikum. Hi korg! * lambai-lambai.

Direct to the point. Memang nasi kerabu terkenal sebagai makanan kelantan yang sedap. Kalau orang luar kelantan datang kelantan, wajib mintak bawak pergi makan nasi kerabu.

To be honest, bagi cik peanut. Kalau jumpa gerai mana-mana tepi jalan, konfirm ada nasi kerabu. And peanut leh guarantee nasi kerabu tu lagi sedap dari nasi kerabu kat kl.

Okay kali ni peanut nak share satu tempat nasi kerabu yang sedap di kota bharu ni iaitu Nasi Kerabu Ayam Percik Yati.

Nasi Kerabu Ayam Percik ni terletak di Jalan Long Yunus di Kota bharu. Kalau nak senang, cari jer di waze. Restoran ini terletak di sebelah jalan jer.

Menu utama harus lah nasi kerabu. Ade biru dan putih. Normally kalau pergi waktu malam yang tinggal cuma nasi kerabu putih. Yang istimewanya di restoren ni adalah ayam percik dan daging bakarnya. Memang sedap yang anat terutama daging bakarnya yang ada sedikit lemak.

Kalau datang beramai, jangan pulak order satu portion sorg ayam tu. Nanti tak habis. Kalau daging tu memang tak cukup satu pinggan. Sedap sangat.

Hari tu sempat lah peanut bawak kawan-kawan KPMG datang merasa nasi kerabu ayam percik ni. Kitorang order dua pinggan ayam percik dan satu pinggan daging bakar . Memang sedap. Recommended untuk datang lagi.

Okay. Lapaar. Jom cari makan. Ngeh.


Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment