Baru- baru ni peanut berkesempatan berkunjung ke Rizqi D'Cafe yang terletak di Pasir Mas untuk mencuba menu baru mereka iaitu Cendul Pulut Durian. Since peanut ni memang kaki makan, viral jer kat facebook, pasti peanut akan berkunjung untuk merasai makanan tersebut. So petang tu jugaklah peanut terus ke Pasir Mas untuk memenuhi selera perut.
Chicken grill peanut sangat sedap . Mungkin sebab peanut memang suka chicken grill. And diorang grill tak terlalu sama sehingga kering dan hangit. Sauce bbq pun sedap. Sama seperti Meggi sotong. Menurut kawan peanut, meggi sotong tersebut sedap namun portion sangat besar untuk dihabiskan oleh dia sorang. So, bawak balik tapau. Mana kala , coconut shake dinosour memang sumpah macam dinosour sangat besar. Kawan peanut bajet tak habis, last-last habis jugak.
Tapi yang mendukacitakan bab cendol pulut durian yang mana menjadi sebab mengapa peanut datang ke cafe ini. Rasa durian kurang mungkin sebab isi durian yang agak pejal , so macam tak masuk dengan cendol tu. Mungkin kalau guna isi yang lembut, rasa tu lagi sedap.
Walaubagaimanapun, peanut berpuas hati dapat makan disini dan mencuba menu yang disediakan. Next time , kalau datang lagi nak try aiskrim bboloq. Nampak sedap jer.
Okay. Bagi yang nak berkunjung ke sini dan menikmati sendiri menu-menu disini, ni ha alamatnya :
Lot 1205b, Kampung Lemal, Pasir Mas
*berhadapan dengan sekolah
kalau tak tahu kat mana and tak tahu nak ajak sapa, boleh lah ajak peanut. ehhhh
Till next time, bye!
0 pujian[s]:
Post a Comment