Saturday, August 13, 2016

[5 Tips Meke Up Untuk Make Up Harian]

Hai !

Kebelakangan ni peanut selalu sangat tengok traffic source ke blog peanut ni bertanya pasal make up. Apa make up basic? Cam mana nak make up for daily routine? dan so on. so entry kali ni peanut nak berkongsi sedikit tips yang mana peanut tahu untuk membantu girls outhere yang mengoogle blog peanut. hehhe. Allright. Sebenarnya, secara jujur peanut pun tak pandai sangat makeup, setakat biasa-biasa tu retilah. Tapi bak kata orang, bila kita share ilmi kita, kita akan gain more ilmu kan? Here we Go!

Wajib Pakai Tiga Lapisan Asas Untuk Muka

Okay. Mula-mula sekali bersihkan muka bersih-bersih dengan pencuci muka. Scrub muka sekali (like twice/ three times per weeks). Peanut guna Oxy Cleanser sebab muka peanut berjerawat. Lepas dah cuci, kalau ada ice, pakai ice cube tu, sapu-sapu kat muka dulu. Here is three things yang wajib sapu kat muka sebelum pakai foundation
1 - Moisturizer- yang ni pun peanut pakai moisturizer dari oxy. kalau ada aleo vera pun boleh or yang paling hot sekarang honey bee venom. yang tu best pakai . testurnya lembut dan buat makeup makin glowing. And yup fungsi pakai moisturizer before pakai makeup ni nak bagi makeup makin lama making glowing.

2- Sun Protector - Yang ni untuk tak nak bagi muka direct kene cahaya matahari, So boleh mengalang dari penumbuhan jeragat. Yang ni peanut tak pakai sebab moisturizer peanut dah ada dah.
3 - Primer - yang ni alas muka. Macam muka kita kekadang tak serata, roma bersepah , kawah-kawah semua tu so bila pakai primer, nampak smoooth jer semua. primer ni kat drug shop macam guardians, watsons semua ada. 

Foundation & Bedak Asas

Untuk foundation plak peanut pakai Foundation Vcare. Serius best. Pakai jer muka cam glowing gitu, Cam smooth jer. Harga pun tak mahal dalam Rm 28 jer . So untuk pakai foundation. There is three ways iaitu:
1- Pakai jari jer - tapi make sure jari bersih and pakai tiga jari jer dari kelingking, manis dan tengah jer tau.
2 - Span - yang ni basah kan dulu span dan pakaikan. ada teknik dia. tapi for now sapu tu jangan kuat sangat. just tekap-tekap jer sebabanya tadi kan kita dah pakai 3 lapisan. so tak nak lapisan bawah tu lari plak.
3- Brush - yang ni sesuai for liquid foundation. 
kalau cm vcare dia jenis cam cream, tak yah pakai banyak sangat, peanut suka pakai jari then guna sponge untuk ratakan. pastu pakai bedak asas pun jangan sapu-sapu, tekap-tekap jer bagi rata. 

Kening

peanut suka start ngan kening sebelum mata. Ini kerana kalau peanut start ngan mata, dah cantek-cantek, tetiba kening peanut comot lak, nk sapu concealer lagi, jadi baik peanut buat kening baru sapu eyeshadows semua. nak lukis kening plak ada 3 step yang paling senang semua orang leh buat. heheh.
1- Okay first, Eyebrow liner korang tu korang letak atas batang hidung. Buat satu titik ket eyebrow paling hujung sama dengan batang hidung.
2- titik kedua plak, batang eyebrow tu korang letak tepi hidung betul-betul tengah anak mata. then hujung eyebrow liner tu konfirm kene eyebrow korang. so buat lagi satu titik,
3- satu lagi eyebrow liner tu letak dari tepi hidung ke tepi anak mata korang. okay situ titik hujung. 
ayat macam panjang. tapi kalau buat cam senang jer. kalau peanut rajin peanut buat video. so, sambungkan titik-titik tu macam korang sambungkan titik zaman sekolah tadika dulu. dah buat yang bawah. buat lagi satu garisan kat atas. yang ni kene praktis lah sikit bagi smooth cantek lawa gitu.
Bila dah nampak bentuk, kalerkan sikit guna kaler yang x yah terang-terang sangat, yang light jer untuk penuhkan ruangan tu. pastu guna eyebrow mascara nk bagi rapi sikit okay. 

Bahagian Mata 

Before tu, pakai dulu primer untuk eyeshadow dulu. yang ni peanut suka  start dengan pakaikan eyeshadow kaler dark brown kat hujung-hujung kepopak mata sebab peanut ni sepek. so kene create ilusi cam mata besar. then blend dengan kaler jenis light sikit bahagian tengah tu. Pakai eyeliner then pakai mascara. since nak g kerja, tak sempat nk curl bagai, so pakai terus mascara. untuk eyeshadow peanut suka dari odbo manakala eyeliner atau mascara suka maybelline atau silky girl jer. Kalau korang jenis bulu kelopak mata bawah tu panjang , leh guna mascara untuk highlightkan. peanut tak reti sangat bab tu, comot. jangan lupa pakaikan eyeshadow kalaer gelap bawah kelopak mata bahagian bawah ye. 

Pipi

Sekarag suka plak buat pipi nampak pink-pink. so here is tips, korang conteng sikit muka denga lipstick kaler yang korang suka. then guna tangan gosok-gosok bagi natural. Pastu tekap-tekap kan loose powder sikit supaya tak nampak pink sangat. Selain pink peanut suka letak lip color balm silky girl kod warna poppy. Serius cantek cubalah. Then, lepas tu pakai blusher untuk naikkan lagi seri. 

Lips 

Untuk lips, peanut suka pakai Maybelline Gradiant atau Silky Girl Lipbalm color jer buat masa skerang ni. untuk pakai plak, peanut akan pakai satu lapisan, then letak loose powder, pastu bagi rata. Serius lagi menyerlah cantek. Cubalaah!


Btw, selain tu, sapa yang pandai highlight tu boleh highlightkan bahagian pipi dan dagu supaya nampak lagi kurus dari jauhhh. For work, peanut tak suka pakai highlight sebab nampak cam over nya minahhh ni. heee. Oh ya, peanut dengan rendah dirinya bukanlah expert bab makeup ni tapi cuba sedaya upaya untuk berkongsi.





Till next time. bye! 😏😏😏



Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment