Tuesday, March 7, 2017

[ADAB MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM]


Adab (Common courtesy) menaiki pengangkutan awam (public transport).

Okay. Kali ni rasa macam nak berkongsi adab-adab menaiki public transport. Korang tahu tak nak naik public transport ni ada adab,-adabnya. Tak kisahlah naik bas ke ktm ke lrt ke. Semua ada adab-adab.

1. Berjalan mengikut laluan yang betul.
Kalau korang perasan kat stesyen2 ni ada laluan keluar dan masuk untuak pejalan kaki pergi ke pintu masuk. Kadang-kadang ada ank panah kat jalan. Tapi kadang-kadang x da. So rule dia sama mcam kat jalan raya. Kalau korang main ikut suka jer jalan, terjadilah kesesakan. Lagi- lagi tengah peak. Kalau tak peak tak pe. Korang potong lah ikut suka lalu lane mana pun rak ada sapa kisah.

2. Jalan kaki dengan kadar laju dan sederhana sahaja.

Haa. Kadar kelajuan perlahan amatlah tidak digalakkan. Sebab apa? Sebab kaulah yang buat jalan sesak. Kau tak tahu betapa urgentnya orang kat belakang kau nak sampai kat destinasi . Kau boleh plak buat macam nak bersiar-siar kat tepi pantai.

3. Dilarang berhenti mengejut ketika berjalan atau tetiba buat group discussion.

Bukan sehaja menyebabkan kesesakan. Worse scenario korang akan menyebabkan berlakunya kecederaan ringan. Kalau korng rasa kena stop. Korng jalan paling tepi. Same goes bila korng nak buat group discussion. Pergi tepi, korang nak bukak meja pun tak kisah. Korang tak nampak ke orang pandang kau sinis jer. Ke korang memang jenis x de adab.

4. Coach wanita hanya untuk wanita.

Diulangi. Coach wanita hanya untuk wanita, perempuan dan gadis sahaja. Okay, macam mana kalau kes korang dengan pakwe korang. Yelah korang wanita, pakwe korang lelaki. Takkan nk seperate kan. Tak sweet lah. Okay senang jer. Korang tak yah nk buat drama " cintaku terpisah di coach wanita" or "cinta antara dua coach". Tak payah. Solution dia senang jer. Korang and pakwe korang boleh lah naik next train.tapi ada exceptin kes kalau partner korang tu pengkid. Dua dua boleh naik. Tadaaa. Takkan ni pub aku yang kene selesaikan.

5. Bagi laluan kepada mereka yang nak keluar dari coach dulu.

Ni tak. Orang dalam coach tak keluar lgi korang dah over excited nak masuk. Padahal korang boleh tunggu sekejap. Bagi laluan kat orang nak keluar then korang boleh masuk. Eh tak susahlah. Tak sampai seminit pun.

6. Bagilah seat korang kepada yang lebih memerlukan
Memanglah bukan priority seat pun tapi tak salah kalau kornag bagi seat korang tu keada warga emas, perempuan mengandung, kurang upaya dan yang lebih memerlukan. Ni tak korang conquer dua seats untuk your assess. Pastu beg nak seat jugak. lain ah kalau beg korang tu beli tiket jugaaak.

Okaylah. Tu jerlah kot adab-adab menaiki pengangkutan awam. Nanti kalau ada lagi peanut tambah. 
Selamaat beramaaal dan jom jadi orang yang beradab.



Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment