Friday, February 17, 2017

[Warkah Buatmu Teman]


Hai Mulan,

Macam tak percaya kan? Macam tak percaya jer kau dah nak kahwin? Macam baru semalam jer kita dok pusing satu sekolah, tup tup hari ni kau bakal bergelar seorang isteri kepada seorang suami? Eh dah 11 tahun dah rupanya. Kelakar kan? * Okay, tertiru Fattah Amin jap.

Teman,
Tahun ni, ulang tahun kau ni paling special berbanding ulang tahun kelahiran yang lepas-lepas. Kenapa kau tanya? Tahun kau bukan saja menambahkan angka untuk setiap ruangan umur kat mana-mana borang yang isi. Bahkan kau akan menulis “Berkahwin” pada ruangan Status Perkahwinan. And on top of that, ko kene isi banyak details mengenai pasangan yang mana masa kau bujang kau boleh ignore. Kelakar kan? * Okay tiru Fattah Amin lagi, Yang ni aku ngaku aku sengaja.

Mun, aku bukanlah manusia yang paling layak untuk memberi nasihat dalam perkahwinan. Aku tak layak nak bagi nasihat mengenai tanggungjawab seorang isteri. Aku tak layak untuk memberi nasihat tentang “do” and “donts” dalam perkahwinan. Cuma satu yang aku mahu, Aku Cuma mahu melihat kau bahagia. Percayalah, aku gembira dengan perkahwinan kau ni.

Kawan,
Selepas ini, kau akan bergelar seorang isteri, kemudian bergelar seorang ibu, seterusnya seorang nenek. Masa kau akan terisi perlahan-lahan dengan kahadiran warga keluarga yang baru. Secara mental, mungkin aku masih dalam fikiran kau, namun secara fizikal mungkin kita tidak akan berhubung lagi. Percayalah kawan, aku akan faham akan keadaan mu. Percayalah kawan, aku akan sentiasa ada saat kau mencari ku.

Munirah,
Di hari kelahiran mu ini, di hari bahagia mu ini, aku ingin ucapkan semoga dengan pertambahan usia ini akan meningkatkan kematangan mu, keimananmu, kebahagianmu, rezekimu dan kesihatan mu. Usah kau risau akan dirimu, Yakinlah dirimu, aku juga turut bahagia seperti mu.

Selamat ulangtahun dan selamat pengantin baru kawan. 

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment