Monday, July 10, 2017

[5 PENGAJARAN DARIPADA FACEBOOK PAGE "KISAH RUMAH TANGGA"]

Hai , salam everyone.

Hari ini peanut nak bercerita sikit pasal confessions. Lately, since end of last year, peanut nampak Facebook page pasal confessions ini tumbuh bak cendawan. you named it. pasal study, pasal cinta, kisah rumah tangga, tips, petua macam-macam. Kalau kat Malaysia ni, sebenarnya bermula dengan budak-budak student cedok idea budak-budak barat buat confessions pasal belajar seperti Facebook Page IIUM confessions, UUM confessions, UITM confessions dan sebagainya. Contoh, pasal lecturer yang tak best, crush, dan sebagainya. Mula-mula student jer confess tp lama-lama orang luar lak mula confess menyebabkan benda yang diconfesskan tu dah tak makan confessions. Seperti satu medium untuk orang meluahkan perasaan, bercerita, berdrama secara anonymous.

Lately, peanut adalah like satu Facebook Page iaitu "Kisah Rumah Tangga" atau nama pendeknya KRT. Facebook page KRT ini pun salah satu confessions tapi hanya berkaitan dengan hal-hal rumah tangga. Walaupun peanut masih belum ada rumah tangga sendiri, namun tak salah rasanya nak baca dan ambil pengajaran daripada facebook page tersebut. Mula-mula sebelum like facebook page tu, peanut cuma baca bila ada yang share di facebook, pastu terus like lepas rasa macam banyak confessions menarik yang peanut leh kembangkan idea untuk menulis cerpen pendek. Sambil baca tu, sambillah kita amik pengajaran daripada cerita yang disampaikan. And tak salah rasanya kalau peanut nak share dengan you olss kan. Hee.

1. Lelaki/Wanita Sebelum Kahwin VS Lelaki/Wanita Selepas Kahwin

Majoriti confessions yang dibuat kat facebook page KRT bercerita mengenai perangai suami or isteri yang jauh berbeza selepas berkahwin. Ada isteri yang confess pasal suami masa bercinta penyayang yang amat, caring terlebih tapi bila dah kahwin kaki pukul, panas baran dan sebagainya. Manakala, suami pulak confess pasal isteri yang dikahwin tu macam dah macam completely orang lain, tak pandai masak, bangun lewat tengahari, muka sememeh, tak pandai layan suami , dulu suka keluarga pastu cari gaduh dan sebagainya. 

Apa yang peanut leh amik pengajaran is orang pandai berlakon. Yup, bukan artis-artis jer pandai berlakon. Percayalah rakyat jelata macam kita pun pandai berlakon lagi-lagi bila kita nak sesuatu. Tak cakap lelaki jer, perempuan pun pandai berlakon. Yang berlakon tu, memang tak leh nak cakap apalah, salah korang lah tak selidik betul-betul nak kahwin. Tapi kalau pasal tak perfect tu, peanut rasa masalah tu datang dari korang. 

Bila kahwin ni, tak bolehlah nak ada high expectation. Hidup macam fairy tales. Pasangan perfect. Kena ingat yang manusia ni tak perfect. Mesti ada kekurangan masing-masing. Yang penting saling menerima dan melengkapi masing-masing. Bukannya nampak laki/bini korang tak perfect terus korang terus cari lain untuk yang ganti. Ni tak laki tak romantik, terus nk cari skandal. Bini tak pandai masak terus cari perempuan lain.
It is not about replace it, its about fixing it. Two broken pieces can make a whole" - anonymous. 


2. Wanita Tak  Suka Memilih

Yup. Rata-rata perempuan tak memilih. Yup, terbukti kat Facebook page KRT ni. Peanut bukan maksudkan kena memilih yang handsome, yang kaya raya tau. Bukan memilih ke arah itu, tapi memilih yang terbaik untuk dijadikan suami, yang bakal jadi pemimpin rumah tangga, ketua yang bawa ke syurga, ayah kepada anak-anak.

Tapi, tak. Perempuan berpegang kepada prinsip
"People can change. You can give them second chance. Or maybe third. Fourth, Fifth. Just be patient about it."

Yup. Peanut maksudkan kes-kes rumahtangga yang mana ko dah kenal perangai seseorang tu sebelum kahwin tapi tetap nak kahwin jugak. Lelaki/wanita dah tunjuk taring dah sebelum kahwin, tapi kau tetap kahwin jugak, atas dasar cinta, sebab dah sayang. Dah tak leh buat apa. 

Kau tipu diri sendiri. Yup. Kau tak sayang pun, sebab years after kau pun confess kat facebook page, mintak nasihat nak bercerai. Selepas bertahun-bertahun ko hadap lelaki yang panas barang, yang playboy suka berskandal yang mana semua tu kau dah tahu sebelum kahwin lagi. 

So, pengajarannya, perkahwinan ini bukan benda main-main. nama pun institusi perkahwinan. Sesuatu yang dipandang serius. Kita bukan nya nak galakkan memilih kebendaan tapi memilih sebagaimana yang Islam sarankan. Yang beragama barulah faktor-faktor lain. Yang beragama ya bukannya yang menunggang agama. 

3. Bercinta Seabad Tak Semestinya Kekal Berabad-Abad

Kau bercinta nak rak. 10 tahun bercinta. Semuanya manis. Semuanya romantik. Surprise anniversary yang tak berapa nak surprise, romantik gateway,travel sana sini. Family kedua-keduanya merestui. Ulang tahun bercinta ke 10, update kat facebook berkahwin. Tapi tup-tup tak sampai setahun kedua-duanya bercerai. Salah siapa? Okay, gaya pengacara 999 pulak. 

Peanut tahu jodoh ketentuan Allah S.W.T, tapi yang peanut nak highlightkan pasal bercinta berabad-abad tu. Bercinta bagai nak rak. Kebahagian nak ditunjuk. Kita tak tahu isi hati orang. Kekadang ada yang meluat, kekadang ada yang doa mintak yang tak elok-elok. Daripada beria-ria lagi elok rasanya kalau berselindung sikit. Lagi manis kalau bila bahagia, biarlah kita yang tahu, biarlah kita yang rasa. 

Yelah, tunjuk bahagia-bahagia, kang ada yang ketiga nak menumpang bahagia. Nak?


4. Lelaki Mudah Dimaafkan ke Wanita Pemaaf?

Daripada pemerhatian peanut ke atas confessions yang ditulis, peanut amat yakin yang wanita adalah seorang yang pemaaf. Ya, wanita memang dilahirkan dengan hati yang lembut, selari dengan sifat keibuan. Namun, sifat pemaaf wanita ini memang tiada tandingan. 

Ada kes yang mana, lelaki panas baran yang suka pukul isteri ketika marah. Isteri masih setia disisi, rela dipukul, bahkan sanggup menipu sekiranya ditanya hanya kerana sayangkan suami. Suami pujuk sikit, cakap sayang-sayang. Okay dah cair. Esok repeat balik pukul-pukul, pastu mintak maaf. Okay. Dan drama ini berulang-ulang hingga ke akhir hayat. 

Ada jugak kes, yang kantoi berskandal. Tak kira lelaki ke perempuan.Bila kantoi, yang suami/isteri sound orang ketiga, padahal yang turut bersalah ada pasangan sendiri. Namun, pasangan dimaafkan dan diberi peluang kedua. Namun, peluang kedua disia-siakan, masih ada skandal lain yang dicari. Tapi tak pa, manusia kan pemaaf. Ulang balik drama ni sampai berendam air mata. 

Orang ketiga ni subjektif. Ada yang dah tahu bersuami, tapi still nak going-on. Ada yang tak tahu, dan ditipu hidup-hidup. Kalau nak tahu tanda-tanda suami orang boleh klik sini, peanut dah upas isu ini dulu. Ada yang tak tahu bila tahu rasa ditipu tapi dah kena pujuk terus cair meleleh. 

Pengajaran yang peanut dapat, walaupun wanita ini dilahirkan lembut dengan sifat-sifat kewanitaan, namun tak salah sekiranya wanita bersifat tegas dalam keibuan. Jangan biarkan diri anda dipijak. Ya, manusia boleh berubah. Tapi, janganlah biarkan orang mengambil kesempatan atas prinsip kita. 

Memaafkan itu mudah, tapi untuk melupakan itu susah. 


5. Wanita Takut Dengan Title Janda

JANDA. Apa yang terbayang difikiran saat berkata JANDA. Wanita paling takut dengan title ni, tak kira yang dah berkahwin atau belum berkahwin. Semua wanita tak nak jadi janda. Bila janda, terus musnah masa hadapan. Orang berkampung bercakap, pandang serong, tak pandai jaga suami. Masyarat kita terutama Melayu memang memandang rendah perempuan yang bergelar janda. Mungkin disebabkan perangai segelintir janda-janda yang merosakan imej dan persepsi. 

Siapa sebenarnya janda?

 Put aside orang yang jadi janda disebabkan perangai mereka sendiri. Mereka ini minoriti. Janda adalah sebenarnya insan yang kuat. Yang tabah. Yang berani membuat keputusan. Yang berani bangkit daripada ditindas.Yang tak rela hidup dalam kepura-puraan. Ya, mereka sebenarnya seorang winner dalam hidup rumah tangga. 

Ramai yang takut untuk bercerai disebabkan takut akan musnah masa depan, hilang tempat bergantung. Takut anak-anak menderita. Banyak possibilities menyebabkan ramai isteri-isteri di Malaysia ni menjadi mangsa Marriage Abuse. 

This is something that we need to educate them.
That, it is okay to be single mother. 

Rasa-rasanya banyak lagi kisah yang peanut rasa banyak pengajaran yang peanut dapat, tapi rasanya cukuplah lima pengajaran ini sahaja. Mungkin ada yang tak cakap, ala kau tak kahwin lagi bolehlah, cuba kahwin tengok. 

Kalau itu takdirnya, aku terima. Eh eh. 

Menjawab persoalan di atas, sebab tulah page-page ini diwujudkan. Untuk kita ambil pengajaran, yang belum kahwin dengan pengajaran seiring dengannnya, yang dah kahwin ada problem dengan cara pengajarannya. Ambillah pengajaran daripada kisah yang dipaparkan, supaya when there will be issues in our life, we know hour to manage it. Ambil pengajaran. Bukannya amik keyboard, tulis komen-komen mean, komen-komen yang mana kalu confessor baca, boleh down trauma teruk. 


Marriage, in its truest sense, is a partnership of equals, with neither exercising dominion over the other, but, rather, with each encouraging and assisting the other in whatever responsibilities and aspirations he or she might have.- Gordon B. Hinckley

So, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. 

Till then. Bye~

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment