Wednesday, July 12, 2017

[TUTORIAL: DAFTAR KALI PERTAMA PORTAL AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (ASNB)]

Hai semua,

Hari ini peanut nak berkongsi pasal Portal Amanah Saham Nasional Berhad iaitu MyASNB yang baru jer dilancarkan pada June 2017 ini. Alang-alang peanut baru nak daftar akaun * ye tahu dah tua, terus daftar untuk portal online.

Menarik mengenai Portal ASNB ini, urusan kaunter yang berkaitan dengan penambahan pelaburan kini boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal ini. Jadi, lepas ini tak payah lah susah nak drive, cari parking, bersesak kat Pejabat ASNB semata-mata nak tambah pelaburan. Anda hanya perlukan laptop/komputer/tablet/phone dan internet yang laju.

Okay. Kali ini peanut nak berkongsi tutorial macam mana nak mendaftar Portal ASNB ini buat kali pertama. Senang jer cuma ada beberapa step yang perlu korang buat.

1) Bagi yang masih belum mendaftar pelaburan, bolehlah ke cawangan dan mengisi borang pendaftaran yang mana mengandungi maklumat-maklumat peribadi pelabur. Manakala yang sudah mempunyai akaun, boleh ke cawangan untuk mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon untuk mendapatkan nombor TAC yang akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan serta bagi mendapatkan 12 digit nombor akaun menggantikan nombor yang lama.

2) Layari Laman Web Sesawang Portal Asnb disini. 

3) Isi maklumat-maklumat berkaitan.














4) Verifikasikan email anda. 



5) Layari semula Portal MyASNB dan pilih "LOG MASUK KALI PERTAMA" dan ikuti langkah-langkah seterusnya. 













Tadaaa, dah boleh layari portal MyASNB ni. Jadi, dah tak payah nak ke cawangan lagi kalau tetiba nak menambah pelaburan. 

Next time, peanut nak share macam mana nak buat pelaburan melalui portal ini. 

Till then, bye~!


Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment