Bali With Keksha
Kali ni Keksha tak naklah share itinerary since Keksha tahu bersepah itinerary. And most Malaysian memang akan do same activities lah kan. Tapi kali ni Keksha nak tips yang hopefully berguna kalau korang nak g Bali nanti.
1. Kalau korang perlukan simcard, boleh usha awal-awal kat airport. Basically, bila Keksha tengok kat airport sebenarnya lagi murah dari kat bulatan sana. Harga simcard kt sana macam ikut suka letak harga jer. Kecuali korang pandai manipulate seller sana lah untuk bagi korang harga murah.
2. Jarak antara satu tmpt ke satu tempat tu agak jauh. So be wise bila tentukan tempat utk korang nak pergi bila plan itinerary ni. Habit Malaysian, semua tempat nak pergi. Pastu tak sempat nak hargai keindahan alam langsung.
3.Please pleaselah spend duit stay kat villa ada private pool. Atleast satu malam pun jadilah. Villa kat bali ni semua lawa-lawa. Kalau tak tahu nk cari kt mana , boleh usha kat Airbnb. Memang berbaloi dengan hargaaa weh.
4. Bali Swing tu bagi keksha wajib trylah wehhh. Serius. Once for lifetime. View dari mat korang masa dibuai tu is very preciouslah. Bila dah bayar for swing tu, korang boleh ambil gambar free kt mana tempat-tempat wisata dalam tu.
5. Kopi luwak tu beli satu/ dua cawan jer kalau korang datang in group. Enjoying the free mini cups of tea and coffee. Keksha suka yang mini cups lagi. Coffee luwaak tu for me, tak suit my taste lh. So takdelah membazir beli sorang satu coffee luwak.
6. Kat nusa penida tu, banyak tempat yang korang turun kereta kt parking, korang kena jalan turun naik bukit, tangga dan sebagainya. So penat sikit yang ni. Kalau korang rajin, sebelum g bali tu, eloklah g jogging jogging sikit biasakan diri berjalan lama.
7. Kat Nusa Penida tu beli/bawak topi. Panas wehhh. Peluh peluh dah. Makanan pun bawaklah sikit like biskut or roti. Dah jalan jauh turun naik tangga confirm lapar.
8. Kat nusa penida actually ada more than 30 attractions place tau. Tapi malaysian selalunya pergi angel billabong dan pantai keliking. Kalah korang tanya pakej yang supir bagi, cuba tanya option mana lagi dia bawak. Tempat lain pun best actually. Kalau korang g lama try spend two or three days here untk cover semua tempat. Pastu kalau korang bertuah, dapatlah supir pandai amik gmbar dan sporting. Fuh terus lawaa gambar korang.
9. Banana cakes wajib beli weh! Sedap! Tapi dia x tahan lama. Make sure beli yang bru dibuat. Yang cheese paling Keksha suka.
10. Yang ni keksha paling regret, beg rotan bali tu kalau harga bawah IDR150k , beli jerlah. Nanti supir kau bawak tempat souvenir, situ triple weh harga beg tu. Sedihh makkk.
11. Kat indonesia ada goverment tax mostly at 12%. Yang ni keksha tengok ramai yang share itineraries tpi tak include bajet for taxes ni.
12. Please be respectful when visiting Bali. Bukan setakat bali lah, mana-mana tempat actually. Bali ni 95% is Hindu and they are very religious. For muslim, especially tolonglah jangan be disrespectful /demanding things for muslim. Just appreciate the culture and respect the differences. Ahh yang ni korang faham kan. Malas lah explain panjang-panjang.
0 pujian[s]:
Post a Comment