TABUNG KECEMASAN / EMERGENCY FUND
Hai korang. Buat apa tu?
Hari pertama April 2020 ni, Keksha
nak ingatkan korang (keluarga dan kawan-kawan) serta diri keksha sendiri tentang
kepentingan untuk memulakan tabung kecemasan/ emergency fund. Keksha tahu ramai
dah share pasal tabung ni Cuma sekadar nasi tambah untuk menyokong pasal
tabungan ni.
Kenapa kena ada tabung ni?
- sekarang pun korang dah rasa susah
kan hidup dengan wabak ni, kerja pun tak boleh, meniaga pun susah kan? Ketahui
lah, banyak negera terjejas teruk, ekonomi jatuh , perniagaan tak boleh
beroperasi. Dijangkakan selepas wabak covid ni berakhir, kita akan menghadapi
kegawatan ekonomi. Yang pertama sebagai seorang dewasa. Yang baya baya keksha
lah. Rakyat akan mula rasa terbeban. Syarikat mula shut down dan ramai akan kehilangan
pekerjaan dan sebagainya. Tabung ni bukan untuk korang kekal gaya bergaya tapi
hanya untuk kelangsungan (survival) sahaja.
So, apa korang boleh buat? Mulakan
dengan tabung kecemasan melalui saranan dan insentif yang telah dibuat oleh
kerajaan. Korang ada tak satu akaun bank yang korang tak guna? gunakan akaun
tersebut sebagai tabung anda.
Berikut senarai yang korang boleh
buat tabungan.
1) Bagi yang memilih caruman 7% , anda ada lebihan gaji sebanyak 4%
daripada bulan berikutnya. Lebihan 4% ini tak perlu dibelanjakan jika tidak
perlu.
2) Bagi yang memilih auto moratorium pinjaman (rumah/peribadi/kereta),
bayaran yang sepatutnya korang bayar kat bank hendaklah dimasukkan kedalam
tabung kecemasan tersebut. Dah enam bulan dah.
3) Pengeluaran i-lestari KWSP (sekiranya korang nak) sebanyak RM500
sebulan untuk 12 bulan. total RM6k. semua campak masuk tabung.
4) Bantuan Prihatin Nasional (sekiranya layak) pun boleh dimasukkan ke
dalam tabung ni. Guna hanya untuk keperluan sahaja. Kalau yang bergaji,
masukkan semua bantuan ke dalam tabung.
5) lebihan gaji. Ye faham, bulan-bulan sebelum ni pun gaji cukup cukup
jer. Untukk bulan seterusnya, kita cuba untuk berjimat. Kalau benda tak perlu
tak payah beli. Beli barangan perlu sahaja. Ada lebih 50 60 hinggit pun takpe,
semua masuk tabung.
6) Lain-lain insentif contoh sewa yang tak perlu bayar, kawan bayar
hutang dan lain-lain.
Sampai bila kita nak menabung ni
keksha?
- Sampai korang rasa korang boleh
survive untuk hidup 6 bulan tanpa gaji. Sampai tulah korang simpan.
Eleh keksha, bergaji boleh cerita
pasal savings. Kitorang yang kais pagi makan pagi ni macam mana?- kata seorang
artis.
- menabunglah ikut kemampuan. Ada duit
lebih masuk tabung. Mcaam keksha cakap beli barang perlu sahaja. Barang perlu
ni makanan asas korang, kasut kerja yang terkoyak dah ke. Ada lebih 50 hinggit
pun jadilah. Simpan lah walaupun sedikit.
Akhir kata dari keksha, tabung ni bukan
untuk menjadikan korang kaya. No, tabung ni untuk memastikan kelangsungan hidup
korang jer bila rasa hidup ni susah pada masa hadapan. Simpanlah, walaupun
sedikit. Berbelanja hanya perlu. Cukuplah kayakan artis. Eh tiber.
0 pujian[s]:
Post a Comment