Sunday, January 15, 2012

[Drama Review : Gemersik Kalbu]


salam.

sejak2 dah habis degree ni, rajin lah plak tengok drama-drama kat tv. macam2 ada. sangat heaven dok di rumah. kalau yang lepas peanut wat review pasal drama ashiteru, hari ni peanut nk buat review pasal drama Gemersik Kalbu.

Drama Gemersik kalbu luvni mengantikan drama Tentang Dhia yang habis awal tahun hari tu. drama ini adalah merupakan adaptasi daripada noverl Germersik Kalbu garapan Anis Ayuni. peanut suka betul bace novel ni mase zaman2 innocent peanuut dulukeciwa . meh bace sinopsis drama ni dulu.

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis n...amamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.
Di manakah titik pertemuan mereka?


peanut yakin drama ini boleh jadi sebest yang peanut bace dalam novel. harap2 lah. yelah, kalau adaptasi semua mesti jadi x best. tapi harap2 yang ni best lah. pelakon2 pun boleh tahan best lah. walaupun ayu raudhah dah kawin tapi peanut suka, dia cantik sangat. and aqasha ofcourse lah semmua orang tahu lakonan jiwang dia cam mane kan.

mase mula2 wan propose ana suh jadi awek kan time wan main kompang lagu untuk ana kan. ok. peanut asa poyonya mamat ni. tapi bila wan dah meninggal dah dunia, sedih lah plak bila budak2 ni main kompang lagu tu.

btw, jangan lupa sama2 tengok drama "Gemersik Kalbu" setiap hari isnin sehingga khamis, di slot Akasia tv3. peanut dah tengok sampai ep 6, panjang lagi perjalannya.
Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment