Monday, February 29, 2016

[Jalan Cari Makan (Edisi Kelate): Teh Tarik Madu Buih Warung Pak Mat PCB]

Hi Salam!

Haaa. Kali ni peanut nak berkongsi tempat makan best kat kelantan ni iaitu
Warung Pak Mat di Kuala Besar, PCB.

Yang menariknya pasal Warung Pak Mat ni adalah mereka merupakan pelapor Teh Tarik buih yang kaww punya. Sekarang dah berlambak orang tiru buat. Peanut dah cuba tapi rasanya tak sesedap Teh Tarik Buih Pak Mat ni.

Selain itu, Warung Pak Mat ni menghidangkan makanan tengahri yang mana menu tetapnya adalah aneka sup daging, sup ikan, daging goreng, ayam goreng, gulai, kari dan sebagainya. Yang paling best haruslah supnya. Tetapi berhati- hati. Sediakan duit extra jika ingin memilih sup kepala ikan. Boleh dikatakan harganya berbaloi dengan harga.

Peanut bagi 9/10 utk Warung Pak Mat ni. 1/10 lagi tu supaya peanut boleh datang lagi. Heee. Terbaik.

Suasana best ala-ala mendamaikan since warung pak mat ni terletak di jetty kuala besar. Selain tu kalau tak nak makan hidangan berat, bolehlah makan aiskrim kelapa, dimsum dan lain lain di gerai-gerai berdekatan. Yang tu peanut tak rasa. Tak leh nak bagi review sedap ke tak.
Haa. Bagi yang nak buat trip ke Kelantan ni bolehlah masukkan Warung Pak Mat dalam list jalan-jalan cari makan anda! Selamat Menjamu Selera.

Eh btw kalau nak pergi ke sana boleh waze Warung Pak Mat ni. Senang jer nak jumpa. Cari signs Jeti Kuala besar PCB jer. Warung Pak mat memang terletak disitu. 

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

3 pujian[s]:

alyachan said...

wahh, menariknya. terkenal jgk kedai pak mat ni..

Belog Cik Peanut said...

alya chan: haah terkenal gak ngan teh tarik buihnya. dah try ke?

Belog Cik Peanut said...

alya chan: haah terkenal gak ngan teh tarik buihnya. dah try ke?

Post a Comment