"Awak dengar tak saya cakap ni? Saya nak kahwin" aku menganguk laju. Ya. Saya dengar. Masakan aku tak dengar akan ungkapan manusia di depan ku. Cuma, aku harapkan ianya semua suatu dusta. Suatu mimpi.
"Ya saya dengar. Alhamdulillah. Tahniah" ikhlaskah aku? Ianya seakan-akan mengakui yang jodoh bukan milik kami. Seakan-akan semua doa yang ku minta tidak tertunai. Seakan-akan mengiyakan yang kami hanya ditakdirkan berkawan. Ya. Kawan. Hanya kawan.
"Saya pun tak sangka saya akan jumpa jodoh saya waktu terdekat macam ni. Saya pun tak boleh nak explain macam mana hati saya terbuka. Selama ni hati saya keras. Benarlah. Kalau dah jodoh, dengan tiba-tiba jer hati tu terbuka" aku tersenyum.
Pahit. Ya pahit. Seakan-akan makanan jepun kegemaranku yang berada di atas meja itu ditambah rasa pahit berlebihan. Dadaku sebak. Hey, jangan menangis. Tabahlah wahai hati.
"Awak, terima kasih. Awak selalu cakap awak nak jodoh yang terbaik buat saya. Nak perempuan yang boleh sabar dengan kerenah saya. Yang boleh tahan dengan ego saya. Awak, Allah S.W.T dah makbulkan doa awak. Terima kasih awak" dia memandangku.
Manis. Wajah lelaki dihadapan itu aku tatap. Awak, awak tak pernah faham kan perasaan saya? Awak tak kan pernah sedar kan yang saya ada untuk awak? Yang selama ini sokong awak dari belakang? Awak takkan nampak saya kan? siapa perempuan itu yang merampas kau dari aku? rampas? hey, sedarlah sikit dia bukan milik kau. dia cuma kawan kau. kau kena sedar yang kau bertepuk sebelah tangan.
Dadaku terasa dihimpit batu yang teramat besar. Terasa sesak nafasku. Terasa macam tiada oksigen di dalam paru-paruku. Air mataku begenang di kelopak mata. Pantas aku menarik tas tanganku dan berdiri. Lantas aku berlalu ke arah pintu keluar. Air mataku laju mengalir. Ape ni. Aku kuatlah. Apa menangis ni? Bencilah. Macam perempuan.
Sayup-sayup kedengaran suara lelaki itu memanggilnya. Namun, laju pula langkahanku. Langkah demi langkah dan tidak lagi menoleh kebelakang.
....................................................................................
Panggilannya tidak ku biarkan tidam berjawab. Mesej nya ku biarkan sepi. Aku tahu dia inginkan penjelasan. Inginkan sebab mengapa aku meninggalkan dia sebegitu sahaja. Mengapa aku keluar dari restoren tersebut dengan titisan air mata. Mengapa aku tidak gembira dengan khabar yang dia berikan. sedangkan aku kawan baiknya. aku seharusnya gembira dengan perkhabaran tersebut.
Ya. Kerana aku tidak punya jawapan. Kerana aku tidak tahu apa yang ingin diperkatakan. Tentang hati. Tentang perasaan terhadap seorang lelaki bergelar kawan. Benarlah. Tiada lelaki atau perempuan yang boleh berkawan tanpa ada sekelumit perasaan. Sama ada kedua- kedua pihak. Atau lebih malang bertepuk sebelah tangan.
Jadi, daripada berbicara mengenai perasaan. Daripada aku meluahkan perasaanku, baik aku pendam. Lagipun, dia bakal berkahwin. Siapa yang mencairkan hatinya? Siapa yang telah menawan hatinya? Secara jujur, aku cemburu. Cemburu dengan perempuan yang bertakhta di hatinya. Selama ini, dalam diam aku menaruh perasaan. Menaruh sebuah harapan untuk menjadi permaisuri hatinya.
Keluhan kecil keluar dari bibirku. Aku menatap pemandangan tasik dari balkoni bilik resort itu. Tenang. Namun tidak dapat menenangkan hatiku. Aku ingatkan kedamaian yang aku cari dapat ku temui disini. Namun hampa, hanya dia yang berada dalam ingatan dan fikiran ku. Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku tak boleh lupakan dia? Kenapa aku memikirkan dirinya?
Panggilan telefon berbunyi. Lama. Aku biarkan sepi. Kalau boleh aku tidak mahu menjawab panggilan sesiapa. Namun, apabila panggilan telefon berbunyi sekali lagi, aku cepat-cepat melihat telefonku. Nama nenek di paparan. Herm kenapa? Ada yang tidak kena ke?
"Assalamualaikum.." sapa ku.
"Waalaikumusalam. Ya tak balik rumah ke minggu ni?"
"Ya ada kerja sikit nek. Kenapa nek? Semua sihat ke?" Rungsing hatiku. Aku tahu aku membawa diri. Namun, aku tak boleh nak abaikan orang lain di sekelilingku.
"Semua sihat. Cuma teringat kat kau. Esok baliklah ye. Ada nak buat makan-makan sikit. Nak buat solat hajat sempena anak makngah dapat masuk universiti. Baliklah ya" aku mengangguk.
"Baik nek. Esok Ya balik. Assalamualaikum."
Daripada aku memikirkan mengenai hati dan perasaan, baik aku luangkan masa dengan keDaripada aku memikirkan mengenai hati dan perasaan, baik aku luangkan masa dengan keluarga. Mungkin sedikit sebanyak dapat membuatkan aku lupa dengan masalah hatiku.
..................................................................................
Melihatkan kereta memenuhi laman di hadapan rumah nenekku, aku memakirkan kereta di tepi jalan. Wah, meriah jugak kenduri kesyukuran dan solat hajat ni. Ramai juga yang di panggil. Aku mengambil buah-buahan yang sempat ku beli dalam perjalanan dan tas tangan berwarna merah hati tu menuju ke rumah nenek.
"Assalamualaikum" ujarku. Memberi salam. Aku menjenguk masuk ke ruang tamu selepas melangkah melalui pintu masuk. Kedengaran beberapa orang menyahut salamku. Aku memandang ke arah sekelompok wanita yang bersimpuh , dimana nenek ku dan beberapa sedara ku turut berada disana. Sekelompok kaum lelaki pula berada di hadapan tv . Aku hanya memandang sekilas. Tanpa menumpukan perhatian.
Aku seraya bersalam dengan tetamu wanita yang lain. Walaupun tidak kenal, dari kecil lagi aku di ajar untuk bersalam tanda hormat akan orang yang lagi berusia. Pelik. Siapa mereka ni. Nak kata orang kampung ni, tak pernah pulak nampak wajah mereka. Namun, aku tetap teruskan bersalaman dengan tetamu yang datang sehinggalaah aku bersalaman dengan nenek dan sedara-sedaraku. Aku bangun tanda undur diri untuk membawa buah buahan ke dapur.
Namun ketika itu, pandangan ku tertacap ke wajah lelaki itu. Wajah yang ku sayang. Wajah yang ku benci. Wajah yang ku rindu. Hampir terlepas gengaman plastik buah-buahan ku jika bukan mak sedaraku yang menarik tanganku untuk duduk disebelahnya. Aku kaku hanya menurut. Terkejut. Rindu. Sedih. Semua menjadi satu. Hinggakan aku rasa tiada darah yang mengalir di wajahku. Kenapa dia disini? Takkan nak hubungi aku sampai datang rumah kot.
"Inara, semua ini rombongan datang meminang Ya untuk anak lelaki mereka, Sebelum Ya sampai tadi, kami dah berbincang. Bagi pihak keluarga, kami tiada masalah. Cuma sekarang ni, kami serahkan kepada Ya untuk buat keputusan." Ujar Mak Ngah, mak sedaraku sambil menatap ke anak mataku dan menggengam tanganku.
"Maaf kalau saya bertanya, siapa anak lelaki makchik?" Tanya ku ke arah rombongan tersebut. Kurang pasti siapa makchik yang perlu aku bertanya.
"Inara, makchik datang ni untuk meminang Ya bagi pihak anak lelaki makchik, Faiz Amri. " aku terkejut mendengar penjelasan daripada wanita yang aku rasa berusia 50an yang berada di sebelah nenekku. Aku memandang Faiz yang tersenyum manis ke arahku. Kenapa Faiz? kenapa? kan kau dah nak kahwin? Kenapa kau masih nak main-mainkan perasaan aku? Kenapa masih memberi harapan? kau ingat perkara ini benda gurauan?
"Maaf kalau kurang manis. Boleh kalau saya berbicang dengan Faiz sebentar. Awak, saya ada nak cakap dengan awak. Jom. kita bercakap sekejap kat luar." aku bangun berdiri lantas berlalu keluar rumah menuju ke keretaku. Faiz mengekori ku dari belakang. sengaja aku pilih tempat tu, jauh daripada semua orang yang berada dirumah.
................................................................................
Aku menyandar pada bonet kereta myvi kuningku. Faiz masih melangkah ke arahku. bergaya dengan baju melayu hitamnya. Handsome! ah. tapi apa yang dia buat menyakitkan hati. kenapa dia perlu bermain dengan gurauan sebesar ini? bukankah dia ada pilihan hatinya. kenapa dia buat begini?
"Gurauan apa yang awak buat ni?" ujarku keras. Faiz tersenyum lebih kepada tersengih.
"Awak, saya tak bergurau." aku pula sinis memandangnya.
"Eh. tak bergurau? baru berapa hari lepas awak bagitahu saya yang awak nak kahwin. awak dah jumpa jodoh awak. awak dah jumpa pilihan hati awak"
"Awak.." panggilnya. Namun, aku masih lgi meneruskan luahan hati awak.
"Awak cakap dia ada dengan awak. waktu susah senang awak. Awak cakap dia jer yang faham awak. dia jer yang boleh layan karenah awak. yang boleh tahan dengan ego awak." ujarku masih meluahkan rasa hati.
"Awak.." kali ni panggilannya serius. aku menyeka sikit air mata yang ingin menitis. eh kenapa nak menangis ni.
" Awak cakap dia yang buatkan hati awak yang keras degil tu jadi lembut" sambungku. "Siapa perempuan tu? Siapa dia wak? Siapa yang nk rampas kawan baik saya daripada saya ni?" ujarku tanpa rasa malu. hidungku merah menahan tangisan. ah alang-alang nak buat sesi luahan perasaan kan. lepas ni tak jumpa dah kan. kau kan nak kahwin dah. ahh sakitnya hati. Aku menunduk memandang kaki. Kalau memangis, dia tak nampak sikit.
Faiz memandangku. dia menghampiriku sambil memeluk tubuhnya.
"Awak.." ujarnya perlahan namun telingaku masih dapat menangkapnya.
"Kalau boleh saya nak peluk awak sekarang. Saya ingat saya salah baca perasaan awak bila awak tak jawab panggilan dan mesej saya. Kalau boleh saya nak sapu air mata awak. Tak comellah awak memangis." aku menyapu airmataku sendiri. eh mana ada menangis lah.
"Saya nak tenangkan awak. tapi saya tahu kita tiada ikatan yang sah. Kan saya peluk kan, habis sedara mara awak belasah saya." Sambungnya lagi. Masa nilah dia nak bergurau. Dia tak nampak ke aku serius?
"Awak, dari tadi lagi saya dah jawab jawapan awak. Awak. Awak, siapa yang ada dengan saya saat saya berada pada titik paling rendah dalam hidup saya? siapa yang sama-sama meraikan kejayaan dalam hidup saya? siapa yang banyak bagi nasihat dan sokong saya dalam apa jua yang saya buat? awak, awak jer yang faham saya. yang layan karenah saya yang entah apa-apa ni. dan yang penting awak tahu ego saya tinggi dan awak jer yang leh layan ego saya tanpa awak rendahkan ego awak." aku tergaman mendengar pengakuannya. apa mamat ni cakap ni? aku tak salah dengar kan.
"Indah Inara, awaklah perempuan itu. perempuan yang berjaya cairkan hati saya. yang berjaya menawan hati saya. Jodoh yang awak doakan untuk Allah S.W.T hantar buat saya. Saya yakin awaklah kawan baik yang Allah S.W.T janjikan buat saya untuk menemani saya di dunia ini dan juga di akhirat nanti." aku terkedu. sumpah aku terkedu. aku hanya memandangnya. kelu.
"Awak, saya tahu kita tak pernah bercakap pasal perasaan kita. selama ni saya anggap awak kawan baik saya. Saya selesa dengan awak. Sumpah saya tak tahu bila saya mula ada perasaan dengan awak. Saya ego. saya ego nak mengakui yang awak lah yang saya sayang. Saya macam kucing hilang anak bila awak keluar macam tu jer hari tu. saya baru nak keluarkan cincin. saya sasau cari awak bila awak tak jawab panggilan saya. saya tanya kawan baik awak. tapi mereka marah saya. siap bagi amaran jangan cari awak. jangan lukai hati awak. sampai saya buat keputusan nak terus masuk meminang awak" aku memandangnya. kau pun sayang aku? eh kenapa rasa sebak jer ni? Air mata, janganlah nanges. tak penat ke?
"Indah Inara, sudikah awak menjadi kawan baik saya selamanya merangkap suri hati saya? " Faiz merenung ke arahku. Kali ni wajahku merah bukan kerana tangisan. tapi wajah merah menahan malu. aku mengangguk perlahan. Terima kasih Allah! terima kasih kerana mendengar doa-doaku selama ini.
"Dah jom masuk dalam bincang. Risau mak saya awak culik anak dia ni. belum apa-apa dah jadi queen control" aku ketawa geram. Ei. Annoyingnyaaalah mamat ni. Faiz Amin, semoga kau tetap annoying begini dan tahan dengan karenah aku yang annoying ini. Semoga kita jadi kawan baik selamanya dan bercinta sehingga ke syurga.
.........................The end.....................
Cerpen pendek ini hanyalah rekaan penulis dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. watak dan jalan cerita hanyalah ilusi dan jika ada yang sama, hanyalah sebuah kebetulan.
0 pujian[s]:
Post a Comment