Friday, November 18, 2016

[SESI NGEPEK : BETUL KE ITU JODOH AWAK?]

Jodoh.

Post ini adalah untuk yang suka bertanya pasal KAHWIN.

"Bila nak kahwin? Dah umur berapa ni? Kalau zaman Makchik ni, anak dah enam dah kalau baya kau ni"

"Kau memilih sangat ni. Kau ingat kau lawa?"

"Aku dah anak nambelas, kau bila lagi?"

"Kau tak nampak ke aku tayang kebahagian aku kat fb ni. Kau tak jeles ke?.

"Kesian kau hidup sorang" ok.soklan last ni aku reka.

Aku serius kadang-kadang buat tak layan jer soalan ni. Tapi. Just so you know, this questions have so much impacts to others. Lagi-lagi yang jenis hati tisu. Kekadang soalan macam ni men"demotivate" kan sesorang malah merendahkan tahap konfiden sesorang. Not me obviously. I have high level of confident that coming out of no where. Nyanyi tak sedap pun ada hati nak layan apps smule. Eh salah topik

Bagi korang yang dah kawen setahun dua or baru seminggu dua ni. Aku ada sedikit pertanyaan yang aku nk lontarkan.

Yakinkah korang yang korang kahwin tu jodoh korang?

Yakin kah korang yang jodoh korang akan berkekalan atau jodoh hanya utk setahun dua atau seminggu dua?

Korg sendiri pun tak yakin dan aku yakin korang pun hari hari doa agar jodoh korang berpanjangan. Daripada korang dok tnya soalan menguris hati, baik korang doakan jodoh terbaik buat kawan korang . tak gitu?


Jodoh ni rahsia Allah S.W.T. tak sapa yang tahu. Pasangan kau pun tak tahu. Mak ayah kau pun tak tahu. Yang peramal jodoh tu lagilah tak tahu. Depa semua buat-buat tahu jer.  Daripada dok bercakap pasal benda menguris hati, kawan ko yang terguris hati ni dengan tak sengaja mendoakan kehancuran kau. Nak gitu.

Baik sama-sama doakan kebahagian semua. Doakan jodoh terbaik buat senua orang. Doakan jodoh semua orang berkekalan. Mungkin juga, esok aku berjodoh dengan kematian. Well who knows. Siapa kita untuk nenidakkan jodoh dan ajal maut?

Doakan terbaik untuk kita tauuu. 😘😘😘😘
Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

1 pujian[s]:

Post a Comment