Thursday, February 9, 2017

[10 MAKANAN WAJIB DICUBA DI KELANTAN]

Hai semuaaa!

Sejak peanut balik Kelantan ni, memang boleh dikatakan peanut dah mula adapt balik dengan pemakanan di Kelantan ni. Kalau dulu breakfast dengan sandwhich sekarang dengan nasi belauk. Kalau dulu lunch dengan subway, sekarang  lunch nasi kak wok. Haaa. Memang dah berubah 360 betul. Pasta pizza ni pandang tepi jer. Dah tak nak. So kali ni peanut nak berkongsi makanan-makanan yang wajib korang makan sekiranya berkunjung ke Kelantan. Kalau tak makan, boleh dikatakan maka tak lengkaplah kunjungan korang tu.

1. Nasi Kerabu

Nasi kerabu memang merupakan makanan terkenal di Kelantan.Bahkan boleh dikatakan ianya makanan ruji warga Kelantan pada waktu pergi. Kalau korang berkunjung ke Kelantan, korang boleh jer pergi mana-mana kedai/ warung makan , confirm akan ada nasi kerabu dijual. Nasi Kerabu Kelantan selalunya berwarna putih dan mempunyai kuah tumis dilengkapi dengan ulam-ulaman yang dipotong halus. Selain daripada bahan asas tersebut, ianya juga dimakan bersama dengan ayam bakar, daging bakar dan kambing bakar. ‘Solok’ lada dan jeruk bawang serta telor asin juga ditambah untuk menambah selera. Kalau bakal mak mertua lalu pun tak perasan kalau dapat makan. Memang sedap!

2. Nasi Dagang Kelantan


Nasi dagang Kelantan berlainan daripada Nasi Dagang Terengganu dari segi tekstur beras, cara memasak nasi, malah gulai yang dimasak juga berlainan. Nasi Dagang Kelantan selalunya campuran warna putih dan dan sedikit beras berwarna merah. Ianya ditambah dengan  sambal kelapa (mix of kelapa dan isi ikan), gulai ikan/ ayam dan telor rebus. Selain itu, ada juga ditambah acar sayur. Memang menyelerakan!

3. Laksa/Laksam Lemak


Laksa/Laksam Lemak Kelantan memang terkenal, bukan sahaja di negeri Kelantan bahkan dinegeri-negeri luar. Ramai perantau dari Kelantan yang membuka kedai makan diluar Kelantan dan menawarkan menu tersebut untuk dicuba  terutama di area Kampung Baru, Kuala Lumpur. Laksa dan Laksam ini akan dimakan bersama dengan gulai lemak, ulam-ulaman yang dihiris halus serta sambal homemade yang sure terangkat habis! Wajib cuba okay!.

4. Percik

Haaa, macam-macam percik yang ditawarkan di Kelantan escpecially bulan Ramadhan. Ada percik ikan keli, percik ikan kembung, percik ayam, pergi kaki ayam, percik perut ayam dan sebagainya. Haa, pernah makan percik perut ayam? Time nilah nak rasa. Percik-percik di Kelantan sedap dan selalunya ada rasa lemak masin manis gitu. Manis dan Kelantan memang tak dapat dipisahkan. Harus cuba!

5. Akok

Akok merupakan sejenis kuih tradititional turun temurun di negeri Kelantan. Akok ini diperbuat mostly dari telor itik dan dibakar.Rasanya sangat sedap bergantung kepada kepandaian si pembuat. Ada yang guna telor itik sedikit. Rasanya tidak selembut yang meggunakan telor yang banyak. Memang sedap! Memang tak pernah lah cukup dengan makan satu jer.

6. Etok Salai

Etok salai ni boleh dikatakan makanan yang dimakan ketika aktiviti istirehat sambal tengok tv kat rumah ataupun ketika aktiviti bergosip dijalankan. Etok salai ni ada pelbagai perisa bergantung kepada penjual otok tu sendiri. Bukan perisa oren, epal anggur ye, Prisa mcam rempah masin pedas macam tu. Sedaap. Wajib try! Etok salai pasir mas is really recommended!

7. Budu dan ulaman

Haaa, alangkah ruginya melawat Kelantan kalau tak cuba makanan ni yang teramat sinonim dengan negeri cik siti wan kembang ni. Kalau tak makan cicah budu memang tak sah ye. Selalunya budu akan dicicah bersama dengan ikan rebut, mangga cincang, cili, dan ulam-ulaman. Kalau sapa2 yang berkunjung ke Kelantan, peanut recommend untuk ke Nasi Ulam CIkgu untuk menikmasti nasi ulam yang dicicah budu. Why not try once for experience, right?
8. Ketupat Sotong


Yang ni wajib makan okay untuk pengemar sotong. Sotong ini dimasak dengan pulut yang disumbat di dalamnya. Rasanya memang sangat menyelerakan.

9. Lokceng


Haaa, pernah makan lokceng tak? Teramat rugilah kalau tak pernah. Lokceng atau nama lainnya satay ikan akan dibakar dan diserve dengan sos manis pedas berwarna pink. Ahaaaa, sedap sangat makan sambal menghadap pantai, merenung ke lautan yang luas terbentang. Semua kawan peanut yang luar Kelantan peanut akan suruh cuba. Mula-mula semua buat muka pelik. Pastu semua macam oh sedappp rupanya.

10. Aiskrim baba 

Aiskrim Baba ni walaubagaimanapun merupakan asal dari Siam tapi ada peniaga yang menjual di area Rantau Panjang/ Pengkalan Kubor. AIskrim Baba ni kombinasi aiskrim, roti, jagung , kadang , susu dan beberapa jenis hiasan dan perisa yang lain. Serius sedap makan sambal shopping area bebas cukai tersebut.

Some of the pictures are mine, and some are taken from instagram I love Kelantan. Do follow the IG for more interesting and delicious food in Kelantan! Pasti air liur korang meleleh-leleh tengok skrin telefon! Bye~!





Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment