Tuesday, April 18, 2017

[TUESDAY LOVE SONG: HAQIEM RUSLI - SEGALANYA]


Hampir pernah ku cuba sesali,
kerna telah memberikan segalanya,
siapakah diriku sebenarnya di hatimu,
atau sekadar sandaranmu.

Saat ku mulai menyedari,
perasaanku tak pernah dipeduli,
salahkah diriku mengemis cinta darimu,
apa ku tak punya harga.

Segala apa yang telah ku berikan,
masih lagi tak memadai,
hampir ku tersungkur menuntut janji,
darimu.

Saat ku mulai menyedari,
perasaanku tak di peduli,
salahkah diriku mengemis cinta darimu,
apa ku tak punya harga.

Segala apa yang telah ku berikan,
masih lagi tak memadai,
hampir ku tersungkur menuntut janji,
darimu.

Segala rasa yang telah kau berikan,
masih tak mampu mengubati,
perasaan yang telah kau nodai,
padaku.

Segala rasa yang telah kau berikan,
masih tak mampu mengubati,
perasaan yang telah kau nodai,

padaku,  padaku.

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

Saturday, April 15, 2017

[FACIAL REVIEW: HERBA LINE BEAUTY HOUSE KOTA BHARU]

Hai,

Kali ni peanut nak berkongsi pengalaman peanut berkunjung ke Herba Line Beauty House yang terletak di Kota Bharu.Kebelakangan ni jerawat peanut dah mula menyerang kembali setelah senyap seketika. So, terdetik lah hati untuk buat facial treatement. Since kulit peanut jenis sensitif eloklah pergi facial yang herb base.

Peanut jenis tengok landscape semua tu. normally kalau landscape lawa, mesti layanan best. Memula masuk jer, terus memang rasa macam kat facial and spa you olls. Garden theme sangat. Memula masuk tu, Beautician diorang *main panggil jer akan concult dengan korang jenis-jenis treatment yang sesuai.Untuk peanut, treatement yang sesuai is Pimple Skin And Scar Shallow Treatment. Masa the beautician dok explain tu, dia bagi minum teh kurma merah. Sedap! boleh g cari buat sendiri lepas ni.



Lepas dah consult tu, the beautician akan bawak pergi ke cuci kaki dan buat fish spa. Kalau ikutkan hati nak fish spa lama sedap pulak tengok ikan-ikan tu menjamu selera. hahah. Siap berfish spa tu the beautician akan bagi korang inhale sejenis wap herba pastu bawak korang ke treatement room pulak. Dia akan suruh kita change our cloth and wear macam kain batik yang disediakan. The Pimple Skin And Scar Shallow comprise below treatment:


Face MassageLight & Heat Treatment (Full Face)Anti Sensitive AmpouleNano Herbal Mask Facial TreatmentOriental & Western Shoulder Massage


Basically, the beautician akan massage muka, cuci muka bagi bersih pastu dia akan stimkan muka jap. then the beutician pun picit semua jenis keturunan blackhead whitehead di muka korang. Memula macam bajet tough tapi bila picit kat pipi dan hidung terus macammm uwaaa sakitnya. Menitis gaklah air mata. tapi tahan jer demi cantik. Bila dia tunjuk perhhh banyak betul. Ni nak kene buat sebulan sekali lah ni. Lepas tu dia akan guna light ape entah untuk matikan kuman. Pastu dia akan letak mask yang sejuk sedap gila rasa muka. Sambil-sambil tu the beautician tu akan massage our shoulders, hands and head. Lebih kurang lepas 30 minute tu dia akan bersihkan mask. Tadaaa siap . Dah siap dia bagi minum air serai panas. Segar rasa tapi biasalah air serai mana lah sesedap air milo tabur kan. Then the beautician akan bawak korang pergi inhale sejenis wap herb lain pulak and nicely treat korang dengan minuman dan biskut. 


Overall, i love it! Rasa macam motivate terus nak jaga elok-elok. Nak pergi wat facial tiap-tiap bulann. Haaa gitu. Jomlah korang, jom jaga muka sesama. Yelah, muka ni nak pakai lama kan? ehh. 

Jommm pergi dengan peaaanut jom! 

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

Tuesday, April 4, 2017

[TIPS : 5 CARA ELAK NAMA DISENARAI HITAM PTPTN]

Hai and salam!

Viral pasal pasangan suami isteri yang termiss flight disebabkan PTPTN telah menyenaraihitamkan nama mereka untuk keluar negara. Bukan setakat miss flight, tapi turut menyalahkan PTPTN dan airline company indirectly walaupun terang-terangan merupakan salah sendiri.
So kali ni peanut nak berkongsi cara-cara nak elak nama korang di blacklist PTPTN. okay, untuk maklumam peminjam-peminjam tegar PTPTN, terdapat beberapa cara untuk mengelakkan nama anda disenaraihitamkan. antaranya:

1) Membuat pembayaran minima secara konsisten setiap bulan.
Yelah, dizaman ekonomi mencabar ni, agak mustahil tapi tak mustahil untuk kita menyelasaikan pinjaman sekaligus, untuk mencapai financial freedom. Jadi untuk me-reducekan financial burden kita, maka cuba buat monthly payment secara konsisten setiap bulan. Nampaklah jugak effort tu kan.

2) Pastikan tiada tunggakan PTPTN.
Okay. untuk peminjam yang convensional ke sistem ujrah, take note ye yang tunggakan ikut perjanjian lama tidak diselasaikan bila sign perjanjian baru. still ada tunggakan and korang kene pergi bayar sendiri. Haa yang ni ramai tak tahu. tengok-tengok nama dah kena blacklist padahal bulan-bulan payment cantik jer. Start jer korang ada tunggakan, kalau nasib tak baik terus kene blacklist. 

3) Bayar guna akaun KWSP.
KWSP dengan kerjasama PTPTN telah mewujudkan satu medium pembayaran pinjaman menggunakan akaun KWSP. If diberikan kemudahan, why not kita tak guna kan? Cara-cara nak bayar PTPTN guna KWSP boleh lihat di link ini.


4) Membuat potongan gaji
Bila korang nampak cash or transfer by bank, korang akan terasa sangat keluarkan duit tu. So alternative way, korang boleh buat potongan gaji terus. So duit gaji korang dah nett daripada pembayaran PTPTN. Takderlah kes termiss bayaran dan sebagaiya. 

5) Sedarlah diri. 
Nasihat saya kepada peminjam-peminjam tegar PTPTN sebelum keluar negara is memula sekali muhasabah diri layakkah aku ke luar negara sedangkan aku masih mempunyai hutang yang tertunggak? Bagilah dalam sehari dua pikir. Jangan dah terblacklist pastu nak riuh rendah sekampung. Mohon sedar diri. 


Nasihat peanut is rajin-rajinkan lah diri anda untuk check semakan status perjalanan semasa anda. and jangan lupa juga semak sama ada nama ada dalam senarai waiting untuk diblacklist jugak. Step by step telah saya detailskan dalam entry dibawah:
Till then. Good bye!

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

Sunday, April 2, 2017

[5 SEBAB KENAPA KORANG PERLU GUNA PERKHIDMATAN DI UTC KELANTAN]

Salam,

Hai koranggg!

Okay, khamis lepas, peanut telah berpeluang ke UTC Kelanyanuntuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. First and foremost, peanut memang wowww, impress. Bangunan sedia ada ditransformasikan ke sebuah bangunan yang lawa. serius, wow! So, tetiba rasa teruja siap lalu semua level semata-mata nk tulis blog entry ni.

Sebelum peanut share sebab-sebab korang wajib datang ke UTC Kelantan ini, izinkan peanut berkongsi sedikit info mengenai UTC Kelantan ni. UTC Kelantan ini mula beroperasi pada Disember 2016 dan dirasmikan pada March 2017 oleh PM Malaysia kita. Lokasi UTC Kota Bharu ini adalah di Jalan Hamzah, Kota Bharu iaitu bersebelahan dengan pusat membeli belah KB Mall. Berikut merupakan waktu operasi UTC Kelantan.

Isnin- Ahad : 8.30 pagi sehingga 10.00 malam
Tutup: Solat Maghrib (7.00 - 8.00 malam), Solat Jumaat (12.15 tenghari hingga 2.45 petang), dan pada cuti umum. 

Sekarang, peanut nak berkongsi kenapa korang perlu berkunjung ke UTC Kelantan ni.

1. Pelbagai Perkhidmatan Di Satu Tempat.


Yup. Bayangkan semua agensi kerajaan dan kerajaan negeri berkumpul satu tempat. Selalunya korang yang akan gerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk selesaikan urusan masing-masing, tapi sekarang tak perlu dah. Pergi UTC jer dah boleh selesaikan dua tiga perkara dalam satu masa. Antara agensi - agensi yang ada di UTC Kelantan adalah seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Imigresen, PTPTN, Lembaga Tabung Haji dan pelbagai lagi agensi kerajaan. Selain itu, agensi di bawah kerajaan negeri juga ada seperti kaunter MPKB-BRI dan juga kaunter pembayaran bil air dibawah Air Kelantan Sdn Bhd. 

2. Cepat, pantas dan menjimatkan masa. 



Selain menjimatkan masa since semua agensi berada dalam satu bangunan yang sama, peanut dapat concludekan yang perkhidmatan yang diberikan juga cepat dan pantas. Dalam kes peanut, peanut berkunjung ke Jabatan Pendaftaran Negara, nak buat kad pengenalan yang baru. Mungkin disebabkan kaunter yang dibuka pun banyak, dalam masa 15 minit peanut dah siap tangkap gambar. dan dalam masa sejam, peanut dah dapat kad penganalan baru yang super cantek. Same goes to kaunter PTPTN dan Lembaga Tabung Haji, cepat dan pantas semuanya. Boleh dikatakan servis kaunter diorang pun dah baik, semua senyum. Tak tahu lah sebab UTC ni masih baru atau mereka dah improve service kaunter diorang. Macam ni lah yang kita ni. 




3. Lokasi yang strategik. 

Bangunan UTC Kelantan ini terletak di Jalan Hamzah bersebelahan dengan Kota Bharu. Kenapa peanut kata ianya strategik? Kb Mall sejak ditubuhkan 10 tahun plus plus yang lepas telah menjadikan jalan hamzah tersebut menjadi tempat tumpuan ramai. Kalau nak cakap pasal parking, berlambak, open space or parking dalam KB Mall. Takkan lah korang nak parking depan pintu UTC tu baru nak cakap parking banyak kan?

4. Boleh kill time dengan shopping. 

Haaa, sambil-sambil dok tunggu urusan korang siap macam kad pengenalan ke, passport ke siap, tak derlah nak melangut jer dalam bangunan UTC tu, boleh berkunjung ke KB Mall. Bagi yang tak tahu Bangunan UTC Kelantan dan KB Mall dihubungkan dengan hub-link di tingkat 2. So, bolehlah pergi shopping cuci mata dulu ataupun pergi melantak dulu sebelum urusan korang siap. 

5. Bangunan yang besar dan landskap yang lawa. 

Peanut memang teruja lebih-lebih lagi kat Ground Floor yang mana ada tempat berehat yang best. Tak sempat nk bergambar tapi sempatlah amik gambar sekeliling tu. 


Bagi peanut, usaha-usaha menambahkan infrastruktur dan pekhidmatan-perkhidmatan bergini amatlah bagus dan perlu dipertingkatkan untuk kemudahan dan keselesaaan rakyat amnya. haaa gituuu. Macam tulis esei bm plak rasanya. Eh Jom lah ke UTC. Till then, Bye~




Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!