Tuesday, April 4, 2017

[TIPS : 5 CARA ELAK NAMA DISENARAI HITAM PTPTN]

Hai and salam!

Viral pasal pasangan suami isteri yang termiss flight disebabkan PTPTN telah menyenaraihitamkan nama mereka untuk keluar negara. Bukan setakat miss flight, tapi turut menyalahkan PTPTN dan airline company indirectly walaupun terang-terangan merupakan salah sendiri.
So kali ni peanut nak berkongsi cara-cara nak elak nama korang di blacklist PTPTN. okay, untuk maklumam peminjam-peminjam tegar PTPTN, terdapat beberapa cara untuk mengelakkan nama anda disenaraihitamkan. antaranya:

1) Membuat pembayaran minima secara konsisten setiap bulan.
Yelah, dizaman ekonomi mencabar ni, agak mustahil tapi tak mustahil untuk kita menyelasaikan pinjaman sekaligus, untuk mencapai financial freedom. Jadi untuk me-reducekan financial burden kita, maka cuba buat monthly payment secara konsisten setiap bulan. Nampaklah jugak effort tu kan.

2) Pastikan tiada tunggakan PTPTN.
Okay. untuk peminjam yang convensional ke sistem ujrah, take note ye yang tunggakan ikut perjanjian lama tidak diselasaikan bila sign perjanjian baru. still ada tunggakan and korang kene pergi bayar sendiri. Haa yang ni ramai tak tahu. tengok-tengok nama dah kena blacklist padahal bulan-bulan payment cantik jer. Start jer korang ada tunggakan, kalau nasib tak baik terus kene blacklist. 

3) Bayar guna akaun KWSP.
KWSP dengan kerjasama PTPTN telah mewujudkan satu medium pembayaran pinjaman menggunakan akaun KWSP. If diberikan kemudahan, why not kita tak guna kan? Cara-cara nak bayar PTPTN guna KWSP boleh lihat di link ini.


4) Membuat potongan gaji
Bila korang nampak cash or transfer by bank, korang akan terasa sangat keluarkan duit tu. So alternative way, korang boleh buat potongan gaji terus. So duit gaji korang dah nett daripada pembayaran PTPTN. Takderlah kes termiss bayaran dan sebagaiya. 

5) Sedarlah diri. 
Nasihat saya kepada peminjam-peminjam tegar PTPTN sebelum keluar negara is memula sekali muhasabah diri layakkah aku ke luar negara sedangkan aku masih mempunyai hutang yang tertunggak? Bagilah dalam sehari dua pikir. Jangan dah terblacklist pastu nak riuh rendah sekampung. Mohon sedar diri. 


Nasihat peanut is rajin-rajinkan lah diri anda untuk check semakan status perjalanan semasa anda. and jangan lupa juga semak sama ada nama ada dalam senarai waiting untuk diblacklist jugak. Step by step telah saya detailskan dalam entry dibawah:
Till then. Good bye!

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment