Hai koranggg!
Okay, khamis lepas, peanut telah berpeluang ke UTC Kelanyanuntuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. First and foremost, peanut memang wowww, impress. Bangunan sedia ada ditransformasikan ke sebuah bangunan yang lawa. serius, wow! So, tetiba rasa teruja siap lalu semua level semata-mata nk tulis blog entry ni.
Sebelum peanut share sebab-sebab korang wajib datang ke UTC Kelantan ini, izinkan peanut berkongsi sedikit info mengenai UTC Kelantan ni. UTC Kelantan ini mula beroperasi pada Disember 2016 dan dirasmikan pada March 2017 oleh PM Malaysia kita. Lokasi UTC Kota Bharu ini adalah di Jalan Hamzah, Kota Bharu iaitu bersebelahan dengan pusat membeli belah KB Mall. Berikut merupakan waktu operasi UTC Kelantan.
Isnin- Ahad : 8.30 pagi sehingga 10.00 malam
Tutup: Solat Maghrib (7.00 - 8.00 malam), Solat Jumaat (12.15 tenghari hingga 2.45 petang), dan pada cuti umum.
Sekarang, peanut nak berkongsi kenapa korang perlu berkunjung ke UTC Kelantan ni.
1. Pelbagai Perkhidmatan Di Satu Tempat.
Yup. Bayangkan semua agensi kerajaan dan kerajaan negeri berkumpul satu tempat. Selalunya korang yang akan gerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk selesaikan urusan masing-masing, tapi sekarang tak perlu dah. Pergi UTC jer dah boleh selesaikan dua tiga perkara dalam satu masa. Antara agensi - agensi yang ada di UTC Kelantan adalah seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Imigresen, PTPTN, Lembaga Tabung Haji dan pelbagai lagi agensi kerajaan. Selain itu, agensi di bawah kerajaan negeri juga ada seperti kaunter MPKB-BRI dan juga kaunter pembayaran bil air dibawah Air Kelantan Sdn Bhd.
2. Cepat, pantas dan menjimatkan masa.
Selain menjimatkan masa since semua agensi berada dalam satu bangunan yang sama, peanut dapat concludekan yang perkhidmatan yang diberikan juga cepat dan pantas. Dalam kes peanut, peanut berkunjung ke Jabatan Pendaftaran Negara, nak buat kad pengenalan yang baru. Mungkin disebabkan kaunter yang dibuka pun banyak, dalam masa 15 minit peanut dah siap tangkap gambar. dan dalam masa sejam, peanut dah dapat kad penganalan baru yang super cantek. Same goes to kaunter PTPTN dan Lembaga Tabung Haji, cepat dan pantas semuanya. Boleh dikatakan servis kaunter diorang pun dah baik, semua senyum. Tak tahu lah sebab UTC ni masih baru atau mereka dah improve service kaunter diorang. Macam ni lah yang kita ni.
3. Lokasi yang strategik.
Bangunan UTC Kelantan ini terletak di Jalan Hamzah bersebelahan dengan Kota Bharu. Kenapa peanut kata ianya strategik? Kb Mall sejak ditubuhkan 10 tahun plus plus yang lepas telah menjadikan jalan hamzah tersebut menjadi tempat tumpuan ramai. Kalau nak cakap pasal parking, berlambak, open space or parking dalam KB Mall. Takkan lah korang nak parking depan pintu UTC tu baru nak cakap parking banyak kan?
4. Boleh kill time dengan shopping.
Haaa, sambil-sambil dok tunggu urusan korang siap macam kad pengenalan ke, passport ke siap, tak derlah nak melangut jer dalam bangunan UTC tu, boleh berkunjung ke KB Mall. Bagi yang tak tahu Bangunan UTC Kelantan dan KB Mall dihubungkan dengan hub-link di tingkat 2. So, bolehlah pergi shopping cuci mata dulu ataupun pergi melantak dulu sebelum urusan korang siap.
5. Bangunan yang besar dan landskap yang lawa.
Peanut memang teruja lebih-lebih lagi kat Ground Floor yang mana ada tempat berehat yang best. Tak sempat nk bergambar tapi sempatlah amik gambar sekeliling tu.
Bagi peanut, usaha-usaha menambahkan infrastruktur dan pekhidmatan-perkhidmatan bergini amatlah bagus dan perlu dipertingkatkan untuk kemudahan dan keselesaaan rakyat amnya. haaa gituuu. Macam tulis esei bm plak rasanya. Eh Jom lah ke UTC. Till then, Bye~
1 pujian[s]:
Sekarang tahun 2019 'kera'jaan baru dh ubah mcm2.
Waktu operasi skrg bermula 1.00 ptg -10 mlm.
Post a Comment