"Kenapa awak tolak pinangan saya?" tanyanya seraya melihat wajah wanita dihadapannya. Tergopoh-gopoh dia memandu, ingin berjumpa dengan wanita itu setelah menerima perkhabaran penolakan pinangannya oleh keluarga wanita itu. Mana mungkin wanita itu menolaknya. Wanita itu pernah menyukainya, mengilai dirinya. Mana mungkin wanita itu berubah hati walaupun paras fizikalnya berubah. Dia yakin hati wanita itu masih miliknya. Dia yakin sehingga dia meminta keluarganya meminang wanita itu tanpa bertanya wanita tersebut terlebih dahulu. Dia teramat yakin yang pinangannya tidak akan ditolak. Mungkinkah keluarga wanita itu telah mempunyai pilihan jodoh buat anaknya?
"Sakit kan? Sakitkan bila awak ditolak?" Tenang suara wanita itu menuturkan kata-kata. Lelaki itu tersentak. Adakah wanita dihadapanya masih lagi berdendam dengan dirinya lantaran cinta wanita itu pernah ditolak. Dia akui dia pernah menolak cinta wanita itu yang hadir sebelum ini. Tapi bukan salahnya. Dirinya masih belum bersedia. Dirinya merasakan dia tidak bersedia untuk bercinta. Dia merasa selesa dengan wanita itu namun perasaan itu masih belum berputik. Masih belum mekar.
"Awak ... awak tolak saya sebab dendam?" gugup kata-katanya. Mana mungkin wanita itu masih berdendam. Layanan wanita itu terhadapnya, dia teramat pasti itu adalah cinta, bukan dendam. Dia masih ingat ketika itu. Wanita itu mendiamkan diri setelah memberanikan diri untuk meluahkan rasa hati terhadap dirinya. Namun, ditolak mentah dengan alasan dia tidak berperasaan terhadap diri wanita itu. Wanita itu bukan pilihan nya. Malah tiada langsung ciri-ciri wanita idamanya. Cantik, ramping, manja, sopan, ayu, bergaya. Wanita yang meluahkan perasaan terhadapnya pula mempunyai ciri yang sebaliknya, wajah biasa-biasa, tidak pandai menghias rupa, tiada potongan badan yang menarik, gemuk. Gaya bahasanya pula kasar, tidak pernah bersopan. Mana mungkin dia berpasangan dengan wanita yang tidak mempunyai ciri-ciri idaman yang menarik. Walaupun dia selasa dengan wanita itu, tapi tidak mungkin. Egonya , maruah dirinya perlu dijaga. Dia mahu seorang yang cantik yang boleh dipamerkan di media sosial. Dia mahu berbangga tatkala pasangannya dipuji teman-teman.
Lama wanita itu menghilangkan diri. Lama kelamaan timbul rasa bersalah. Timbul rasa zalim menolak wanita itu mentah-mentah. Makin lama makin dia sedar. Wanita itu sentiasa ada untuk dirinya. Waktu susah senangnya. Wanita itu selalu memberi sokongan moral terhadap dirinya sehinggakan dia rasa selesa untuk bercerita mengenai hal peribadi dan keluarga kepada wanita itu. Wanita itu jujur dengan kata-kata. Yang penting wanita itu faham dengan dirinya. Faham dengan egonya sebagai lelaki. Ramai wanita lain yang berpasangan dengannya, yang ramping yang pandai menghias rupa, namun seorang pun tidak pernah sama dengan wanita itu. Wanita yang ditolak mentah-mentah hanya kerana paras rupa.
Beberapa bulan kemudian, dia tergaman melihat gambar yang dimuatnaik wanita itu di laman sosial media miliknya. Siapakah wanita cantik itu? Hanya satu nama yang keluar dari bibirnya. Aisha Amani. Dia menghubungi wanita tersebut melalui media sosialnya yang telah sekian lama tidak dihubungi. Salamnya disambut mesra. Tidak diduga sapaannya dibalas, sangkanya wanita itu akan memaki hamunnya, akan mengetawakannya. Namun tidak sesekali, wanita itu membalas sapaannya. Wanita itu masih seperti dulu. Masih mengingatinya. Masih bergurau kasar dengannya. Seakan-akan tiada sengketa antara mereka. Adakah wanita itu telah memaafkannya lantas melupakan perkara lalu?
Lama kelamaan setelah berbalas sapaan di media sosial, dia memberanikan diri mengajak wanita itu bertentang mata. Wanita itu bersetuju membuatkan dia yakin wanita itu telah memaafkannya. Dia juga tidak pernah menanyakan hal tersebut kerana tidak mahu mengingati peristiwa lalu. Dia tergaman tatkala melihat wanita itu buat kali pertama. Tiada lagi wanita yang gemuk, yang tidak cantik, yang kasar. Dihadapanya seorang wanita yang mempunyai susuk tubuh menawan, pandai menghias diri, bercakap lemah lembut. Bahkan berpakaian sopan dan ayu. Lain dengan Aisha Amani yang dia kenal. Namun, sikap dalamannya tidak berubah, Masih mempunyai hati yang baik, hati yang mengambil berat. Hati yang sama yang mempunyai perasaan terhadapnya. Yakinlah dia yang Aisha Amani masih menyayanginya. Lantas perasaan cinta mula berputik terhadap wanita itu bahkan semakin menebal hari demi hari sehinggalah dia menghantar rombongan pinangan tanpa bertanya kepada empunya diri.
"Awak sayang saya?" tanya wanita dihadapannya. Dia mengangguk laju. Kasih sayangnya terhadap wanita itu tidak berbelah bahagi. Sayangnya bukan kepalang.
"Awak masih akan sayang saya kalau fizikal saya, rupa paras saya kembali seperti dulu?" Tanya wanita itu lagi. Lelaki itu tergaman seketika. Wanita itu masih berdendam! Cepat-cepat dia menggangguk setelah sedar soalan wanita itu tidak berjawab.
"Saya sayang awak. Saya jatuh cinta dengan diri awak. Saya selesa dengan awak. Bukan paras rupa yang saya cari." tuturnya walaupun dia sedar dia pernah menolak wanita itu sebab paras rupa, Namun dia yakin yang dia jatuh cinta terhadap wanita itu bukan kerana rupanya yang cantik. Tapi budi pekertinya yang menambat hati. Cantik adalah bonus buatnya. Dia yakin dia jatuh cinta semenjak fizikal wanita itu masih belum berubah, namun ketika itu dia buta, buta untuk mengenal perasaan dirinya sendiri.
"Saya sayang awak sebelum awak berubah fizikal lagi. Sayangnya ketika itu saya tidak sedar perasaan saya sendiri. Bila saya dah sedar, semuanya dah terlambat, awak telah menghilangkan diri. Saya sayang awak Aisha. Wanita lain yang hadir tidak sama, tidak akan dapat menggantikan tempat awak. Awaklah Aisha, wanita yang saya cari, untuk menemani hidup saya, dikala senang dan susah. Saya yakin awaklah orangnya."
"Saya tahu awak sayang saya. Saya yang sekarang. Saya yang dahulu. Tapi awak dah lupa, awak dah lupa yang awak malu nak berpasangan dengan saya. Hey, come onlah. Takkan lelaki gilaan ramai nak berpasangan dengan wanita gemuk yang hodoh. Takkanlah aku nak couple ngan Aisha, malulah sikit" ajuk wanita itu. Ya Allah, dia ingat kata-kata itu. Kata-kata yang dia balas tatkala kawan-kawan lelaki bertanya mengenai hubungannya dengan Aisha ketika dulu. Ya Allah, lancangnya mulutku.
"Aisha, saya... Saya,, maafkan saya Aisha. Saya tiada niat." Wanita itu tunduk. Seakan-akan mengetap bibir, mengingati peristiwa lalu. Ya Allah, sangkanya wanita itu telah memaafkannya seraya melupakan peristiwa itu. Tidak dirinya sangka yang luka yang dia toreh pada hati wanita itu teramat dalam sehinggakan masih berdarah sampai ke hari ini.
"Saya sayangkan awak Aisha. Saya bodoh. Saya tak matang waktu itu. Saya yakin saya sayangkan awak sejak dulu. Awak ada dengan saya sejak dulu. Percayalah Aisha. Dulu saya cuma... saya cuma ego. Ego saya tinggi. Aisha, maafkan saya. Saya sayangkan awak." pujuk rayu lelaki itu. Wanita itu menyengka air mata dengan jarinya.
Lelaki itu. Yang dikenalinya sejak berkurun lama. Dari kawan sehingga sahabat kepada rakan karib. Mana mungkin lelaki dan perempuan berkawan tanpa salah seorang darinya mempunyai perasaan. Lelaki itu ada dengan dirinya. Sentiasa bercerita hal peribadi dan masalah terhadap dirinya. Dia yakin lelaki itu percayakannya. Setiap kali berjumpa, lelaki itu teruja untuk bercerita. Dari rahsia besar sehingga sekecil-kecil perkara. Hubungan yang rapat diantara mereka menyebabkan timbul perasaan di hatinya, apatah lagi lelaki itu selalu mengambil berat sehingga hati-hatinya berbunga. Lantas suatu hari dia memberanikan diri meluahkan perasaan hati. Namun ditolak dengan alasan dia tidak berperasaan yang sama. Wanita itu terluka lantas mendiamkan diri. Secara tetiba kenalan lelaki itu menghubungi bercerita mengenai lelaki itu yang menolaknya kerana paras rupa. Bukan ingin menghasut, tapi kenalannya itu tidak mahu wanita itu menyintai orang yang memandang paras rupa. Wanita itu terlalu terluka lantas menghilangkan diri. Dia nekad untuk mengubah fizikalnya. Menahan nafsu makan. Bahkan menghabiskan ratusan duit untuk mencantikan rupanya. Setalah fizikal nya berubah, wajahnya turut secara tidak langsung berubah, mungkin kesan diet yang betul. Betul sangkaanya. Lelaki itu kembali tatkala menatap wajahnya yang berubah. Benarlah cinta lelaki itu padanya hanya pada paras rupa. Lakonannya berjaya . Dia berjaya menutup luka dalam yang ditoreh sendiri oleh lelaki yang kini berjanjikan bintang dan bulan, sumpah dan setia. Benar perasaannya terhadap lelaki itu tidak berubah. Mana mungkin sekelip mata dia hilangkan perasaan sayang terhadap lelaki itu. Mana mungkin sesenang itu dia berubah hati. Lelaki itu lelaki terbaik pernah dia temui. Namun sayang, ego lelakinya tinggi sehingga tidak nampak perasaan dihati.
"Saya maafkan awak. Namun, maafkan saya. Saya tidak mungkin dapat menerima awak dalam hidup saya. Saya sukakan diri saya yang dahulu dan sekarang. Sekelip mata saya akan berubah menjadi Aisha yang dahulu. Namun saya tak yakin yang perasaan awak tetap akan sama. Maafkan saya Faris. Maafkan saya sebab jatuh cinta dengan awak dulu." air mata wanita itu yang ditahan tadi berguguran. Dia lantas mengatur langkah pergi. Lelaki itu tergaman namun sempat dia menyekat wanita itu.
"Awak dah tak sayang saya lagi?" tanyanya. Wanita itu berpaling. Wajahnya merah dengan air mata. Lelaki itu menahan sebak. Salah dirinya. Ego dirinya tinggi. Ego dirinya yang melukakan hati wanita itu.
"Sumpah saya sayang awak. Saya sayang awak dari dulu ketika kita masih bersahabat. Saya pun pelik kenapa saya masih sayang awak walaupun awak pernah tolak saya. Saya masih lagi sayangkan awak. Namun, perasaan kasih sayang ini tak dapat menandingi tingginya ego awak. Ego awak telah melukakan hati saya. Terlalu dalam. Sehinggakan kasih sayang awak sekarang ni tak mampu nak rawat luka di hati saya." ujarnya hiba.
"Faris, saya harap awak akan jumpa wanita yang mana awak jujur sayangkan dia tanpa memandang paras rupa. Tanpa awak lukai hatinya dengan ego awak. Trust me, once you hurt her with your ego, she will never heal." ujar wanita itu lagi, menarik tanganya lantas berlalu pergi.
Lelaki itu meraup wajahnya. Menyesal bukan kepalang dengan ego dirinya serta tahap kematangannya sewaktu ketika dulu. Benarlah, ego adalah suatu alat yang tajam. Boleh menghiris hati, meninggalkan luka yang dalam. yang mengambil masa untuk sembuh. yang juga mungkin tidak akan sembuh sehingga bila-bila.
Aisha..lukamu terlalu dalam. Maafkan aku. Maafkan egoku. Ambillah masamu untuk merawat hatimu. Akan ku tunggu mu disini, walaupun tanpa janji yang pasti. Aku yakin kasih sayangmu terlalu ikhlas namun lukamu terlalu dalam untuk bersama sehidup semati denganku. Akan ku buktikan yang kasih sayangku kini ikhlas hanya untukmu.