Hai Korang! Bersambung kita kat entry untuk Day 3 bagi trip peanut ke Sabah. Bagi yang baru baca entry ni, actually peanut dah tulis dua entry lain untuk hari yang pertama dan kedua. Check out the link below:
Untuk hari yang ke tiga ni, fokus kitorang kat pulau-pulau yang ada di Sabah ni. Pagi tu awal-awal pagi lagi pakai baju dah ready untuk ke pulau. Tak kitorang tak pakai bikini. Pagi-pagi lagi kitorang dah gerak ke Jesselton Point.
JESSELTON POINT
Jesselton Point ni lebih kurang cam jeti lah untuk ke pulau-pulau korang nak. Kat situlah korang akan beli tiket tambang ferry dan kelengkapan snorkeling. Actually kelengkapan snorkeling semua ni boleh jer beli time kat pulau. You choose. whichever easier okay. Sebabkan kitorang tak biasa dengan jetty ni plus abang tu tak bagi tahu nak pergi mana-mana campur dengan tourist korean ada dalam 1k, kitorang terlepas boat nak ke pulau dan terpaksa tunggu next boat.
Okay kat sini tipsnya. If korang beli tiket kat kaunter 4 then pergi kat jetty cari nombor 4 gak untuk ambil safety jacket, snorkeling equipment dan sebagainya. dah siap pakai terus pergi ke boat or atleast tanya abang-abang kat situ boat sampai belum. ALWAYS ASK. because diorang akan lupaa uolls. Always remember nombor kaunter / ferry carrier name.
Okay selepas tunggu agak lama kitorang pun sampai ke Pulau Sapi. Yeeehaaa!
PULAU SAPI
Naik jer boat dan terus ke pulau, terus rasa kagum. Ya Allah, canteknya! Ni baru dalam boat kalau kat pulau macam manalah agaknya kan. I really love it! Sampai kat pulau lagi cantek rupanya. Air hijau, dengan ikan clear water betul. Masa dalam boat tu kitorang kenal dengan abang yang buat service-service macam zipline, parasailing, seawalking, banana boat dan sebagainya.
Peanut memang awal-awal dah niat nak zipline, nak rasa sendiri ala-ala terbang dari pulau ke pulau. Tapi bila borak dengan abang-abang kat situ, diorang cakap zipline ni, paling lama pun korang akan dok sana dalam 20 saat tapi kalau parasailing akan dibawa mengelilingi pulau dalam 10 minit. Terus ubah fikiran nak buat parasailing. Tak tetap pendirian betul.
Mula-mula nak naik tu Ya Allah, betul ke ni. Serius ke tak takut? Tapi bila dah naik dah berlagak sikit, mana ada takut pun. Serius best. best yang amat. Wajib try okay.
Lebih kurang sejam lebih kitorang parasailing, yup sejam lebih sebab kitorang kene tunggu satu boat habis, lebih kurang ada 6 pasangan. Boat pun hantar kitroang balik ke Pulau Sapi sebelum transfer ke Pulau Manukan dalam pukul 1 petang. So dalam masa sejam yang ada tu kitorang pergi snorkeling kat Pulau Sapi. Serius cantek nampak ikan-ikan semua. Dilarang bagi makan tau walaupun korang nak ikan tu datang kat korang okay. Kacau ecosystem.
PULAU MANUKAN
Pulau Manukan ni like seriously cantek dengan pasir pantai yang putih. Memang tak rugi pergi tapi sebabkan dah penat dan lapar, banyak masa kitorang habiskan kat darat dibawah pokok yang redup untuk berehat. Sempat jap masuk dalam air tapi tak nampak apa sebab keroh.
Pukul 4 kitorang dah tunggu boat untuk transfer pergi ke Jesselton, muka dah hangus gila dah, Penat semua ada. Memang nak balik sampai rumah rehat-rehat sebab malam tu nak makan and beli-beli souvenir plak. Yums!
SEAFOOD DINNER @ DATARAN TODAK
Since bajet duit untuk makan tak sentuh sangat since kitorang tapau jer kat pulau, so ada lgi balance yang banyak. Kitorang pun decide untuk makan seafood. AGAIN! Tapi hari ni dah rasa pro sikit since dah tahu dah apa nak order so terus cam order apa yang memang nak makan dah.
Untuk malam ni kitorang order Sotong Salted Egg, Sotong Celup tepung, Dry Butter Prawn, 1/2 Ikan bakar, 1/2 lagi masak 3 rasa. Memang tak habislah you olss. Tapi semua sedap dan berbaloi-baloi.
Lepas jer siap makan semua, kitorang gerak untuk cari souvenir, memang rambang mata you olls. macam -macam ada, Kalau ikut hati memang nak beli semua, seb baik ikut duit. hahaha.
Tiring day. Esoknya dah nak balik. mixed feeling. !~
Till next entry. Bye~!
1 pujian[s]:
Casino, Hotels & Casinos | Mapyro
Find Casinos 서울특별 출장샵 Near 춘천 출장마사지 Me, ranked 전라남도 출장마사지 by popularity and reviews. MapYRO is an online gambling 대전광역 출장샵 site offering real-time 경주 출장안마 driving directions to casinos and
Post a Comment