Hai koranggg!
Peanut akan sambung untuk entry Day 2 iaitu hari untuk explore kawasan Kundasang ni. Btw, peanut nak share dulu view lawaaa sunrise pagi-pagi lagi ni hah. Cantek kannn! Lepas dah sunrise, siap-siap kitorang pun check out siap-siap untuk ke next destination.
DESA DAIRY FARM
Peanut suggest korang datang awal- awal. WHY? okay. satu parking. limited. so nanti kena jalan jauh. dua nak beli makan beratur panjang. ketiga, nanti dah hilang kabus-kabus. Tak leh ah bebajet New Zealand nanti. Kat sini selain dari korang beli susu, aiskrim, pudding dan sebagainya, korang juga berpeluang untuk lihat sendiri cam mana nak mandikan lembu-lembu, nak feeding, nursing dan sebagainya.
PORING HOT SPRINGS
Dari Desa Dairy Farm pula, lebih kurang dalam 45 minit perjalanan ke Poring Hot Springs. Peanut suggest untuk beli makanan siap-siap kang lapar lak dalam perjalanan tu. Apa yang menarik kat Poring Hot Springs ni, terdapat banyak kolam-kolam yang size muat-muat dua tiga orang manusia untuk korang rasai sendiri natural hot springs ni. Peanut dan kengkawan hanya rendam kaki jer. Actually, bukan setakat kolam air panas jer, ada juga waterfall, taman rama-rama, canopy walkway, gua dan sebagainya tapi kene jalan/hiking sikit. So since kitorang kene turun dari kundasang awal and ada lagi tempat nak pergi, so kitorang tak pergi ke tempat lain-lain kat Poring Hot Spring ni.
SUNGAI MOROLI FISH SPA
30 minut dari Poring Hot Spring pula ialah Sungai Moroli Fish Spa. Sungai Moroli Fish Spa ni kalau tak silap peanut adalah kerjasama dengan Jabatan Perikanan Negeri Sabah. Diorang memang ternak ikan-ikan ni untuk makan korang. Eh untuk makan sel-sel mati kat kaki korang. Tapi kalau korang tengok size ikan-ikan tu, memang confirm korang rasa sayang nak bagi kaki korang. Harga masuk adalah RM 5 untuk 15 minutes. Nanti beli lah makanan ikan tu sekali baru diorang datang dekat dengan kaki.
MARINA COURT CONDO KK
Untuk penginapan di Kota Kinabalu pula kitorang sewa sebuah condo since kitorang berlima so memang comfortable enough yang berharga RM170 per malam. Condo 3 bilik ni dapat memuatkan minimun 7 orang . ye minimun 7 orang ye kengkawan kalau tido himpit , sofa semua mahu sampai 12 orang. Condo ini lengkap dengan tv, wifi, katil, dapur, mesin basuh, Boleh katakan fully furnish lah. Paling best dekat dengan mall-mall and pasar-pasar yang wajib korang pergi macam Pasar Filipino, Pasar Air Tawar, Pasar Besar dan Dataran Todak. Yang ni peanut booking jer kat Booking.com.
SEAFOOD DINNER @ DATARAN TODAK/ KK WATERFRONT
Rasanya kalau tak ke Sabah dan dan tak makan seafood maka tak lengkap lah perjalanan ke Sabah korang. Peanut sebenarnya seorang yang allergik terhadap seafood tapi sebab macam ruginya tak makan peanut awal-awal dah mintak doktor prescribe steroid untuk peanut. Malam pertama ni peanut google dulu and jumpa review best pasal kedai masakan jawa ni dan terbukti berbaloi. Untuk malam pertama kitorang habiskan RM200.00 untuk 5 orang makan which is Lobster salted egg, Ketam Masak Merah, Sotong Celup Tepung, Ikan Stim Lemon, Scallop, Kailam Ikan Masin dan minuman yng mana semua amik dua.
Lepas jer semua kekenyangan, maka kitorang pun berjalan pulang ke Marina Court sambil ambil angin malam. Kenyanggg. Sampai rumah jer layan Jamunji plak sampai tertido. Well, esok gonna be the excited day sebab kitorang semua akan ke pulau. yeay!
Till we meet again on the Day 3 post! Bye~!
0 pujian[s]:
Post a Comment