Tuesday, November 18, 2014

[CLASH OF CLANS : DOs & DON'Ts]

Hi korang !



Dah install Clash of Clan kat telefon memasing? or masih tak tahu kewujudan Clash of Clans ni? Nah sedikit definisi dicopy and paste dari playstore 



Clash of Clans is an epic combat strategy game. Build your village, train your troops and battle with millions of other players online! Forge a powerful Clan with other players and crush enemy clans in clan wars.

Clash of Clans ni dah mennjadi kegilaan ramai pengemar2 games di smartphone masing-masing. Baik lelaki mahupun perempuan. Bukan setakat jadi kegilaan, malah menjadi punca gaduh, punca clash bf gf dan byk lagi sekiranya penggunaan Clash of Clans di tahap melebih-lebih. Namun demikian, yang mana single. No worries. Jum install jum!



Kat sini, peanut nk kongsi sikit tips2 buat newbies yang masih lagi era pencarian clan2 serasi yang nk di join. What should you dos and donts bila nk masuk clan orang!

What should you do!



1. Bagi salam!Hey masuk rumah orang bagilah salam! tak pun kenalkan diri. Ni tak masuk-masuk jer, mintak troops tapi senyap. Dahlah mintak troops power-power! Archer mana nak! Macam korang datang rumah orang, mintak nak nasik plus air. pastu senyap sambil tengok astro remote pegang sendiri! hek eh. haruslah perkenalkan diri sendiri. Manis-manis muka sikit. Barulah orang tak sound.  
2. Rajin bace chatbox dan mailbox
Rajin-rajinkalah diri membaca mesej-mesej email2, clan decription supaya ko tak buat apa yang tertulis kat donts. kalau dia tulis, newbies mohon jangan mtk co leader, kalau x kene kick. jangan tanya kenapa ko kene kick.  
3. Participate in war
Please pleaselah participate in war, kalau korang ni level rendah, nom 20 per 20, mohon serang awal-awal. Jangan buat alasan level korang rendah x leh nk serang. Kalau orang lain leh serang sesaat lepas war start, takkan korang xleh. effort bro effort.
4. Bagi salam bila nk keluar clan
Ko masuk cara baik, tetiba ko nk keluar ko blah camtu jer setelah beribu-beribu troops ko received. tu tak pe lagi, ni nak blah, mencarut itu ini, pastu blah. Boleh buat sakit hati taaaau
 Don'ts
1. Mintak pangkat
Ye, masuk-masuk clan, terus "Nak co boleh?" Hellllllloooooooooooooo! Yang dok lama dalam clan pun belum tentu dapat lagi, ni kan ko yang baru sesaat join. You will get that when you earned it okay? 
2. Mintak troops sepower-powernya
Mohon faham, nak train dark troops or troops power2 macam naga, healer ni take time. rajin kan diri lah memaniskan bahasa tanya, boleh x nk mintak itu ini. kalau ade yang sanggup nk train oklah. kalau x de, mohon mintak kakak archer ngan abang giant ajer ok. 
3. Jangan sailang dalam war.
Nampak? Bukan awek jer,dalam war pun jangan. Maksudnya, kalau leader ko dah bagi strategi sapa yang kene attack sape, tapi ko g attack no y lain, yang th dia kat luar, yang bg ko bonus banyak. sailang lah tu. Leader tu bagi strategi tu bukan hape, utk keadilan sesama, bagi peluang kat level bawah, dan x nak level atas2 g serang level bawah, padahal level atas tu leh jer serang. faham? jagan selfish please. 
4. Jangan left clan tengah war
Yup, especially ko tak guna lagi attack ko tu. Yang tu kalau ko buat, jgn marah bila ada orang follow ko kat clan baru, and gtau kat clan member ko perangai ko, and ko kene kick dari clan baru. Benda boleh buat gaduh tauuuuu


Actually tips peanut kreditkan kat curractor twitter clash of clan malaysia ni @twt_MYcoc . kalau x kerana layan tweet diorang petang2 waktu office hour, x de nya datang idea nk wat entry ni. Kalau nk tips ke , nk tanya soklan ke, nk show off kemewahan ke, boleh lah follow account twitter ituuu okay!




Bagi newbies x de clan lagi, boleh lah join clan peanut, Kelantan Family, jangan risau, tak semua dalam tu kelantan. Kami pun peramah jer, kecuali ko buat perangai. boleh jadi devil hell tau. As far as peanut tahu, dalam clan tu ade 2 orang jer bunga yang asyik kene buli. hahaha

Apapun, kurangkannn kontroversi, tingkatkan prestasi, mainlah secara berhemah. jangan asyik nk gems jer! kurang nikmat main coc tau! 

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

1 pujian[s]:

Husna Yusof said...

wahhhh pnut pun main COC shabas shabas.. hehehe kita singgah sini berkenalan :)

Post a Comment