Have a very good morning.
Tahu isnin yang sejuk ni memang Monday blues, tadi pun peanut bangun tido pun dah berkira-kira nk mc/ el ke. tapi kuatkan semangat. bangun mandi pergi kerja. Kais pagi makan pagi macam nilah.
Hari ni , hari pertama untuk Peperiksaan SPM 2014. Good luck and please do your very best in the exam. SPM bukanlah penentu mase hadapan anda,tapi tersangatlah penting untuk permulaan hidup anda. Faham adik-adik?
Semalam, sambil-sambil nak menghabiskan masa hujung minggu, peanut tengoklah konsert AF ni. ingat nak layan ulangan Kerusi Panas MLM2014, tapi maaf, tersangatlah tak kelakar. tukar channel.
Semalam merupakan Konsert separuh akhir bagi AF2014 ni. dah nk separuh akhir dah pun. eloklah tu. tak lama lagi tamat lah tu. 5 orang telah berjaya ke separuh akhir. Azwan, Ewal, Aman, Nuha dan jugak Firman. Peanut bukanlah penyokong tegar AF ni sampai ke tahap mengundi. sejak AF1 sampai sekarang memang x pernah nk mengundi mana-mana pelajar. Hanya mampu mengutuk dan memuji sahaja di laman sosial. terasa mahal plak caj mengundi itu.
Selain dari konsert separuh akhir, semalam juga pengumuman AFSERAP telah dibuat. Sebenarnya AFSERAP ni dah diura-urakan dari minggu lepas lagi. Biasalah AF. AFSERAP ni seakan-akan sama dengan AFMASUK. Cuma AFMASUK ni ditentukan dengan undian peminat-peminat. Manakala AFSERAP ni tenaga pengajar dan juga pengetua yang membuat keputusan.
Namun, persoalannya relevankah AFSERAP ini? setahu peanut, kalau x salah peanut lah. segala bentuk anugerah yang memerlukan undian ni sebenarnya telah di audit oleh audit luar. Sila baca external audit. pelik pulak tulis audit luar. Mana-mana anugerah pun, undian by peminat atau ada juri-juri, memang kene audit dari external audit. Ingat x kes Anugerah AIM Yuna ditarik balik hari tu? yup, yang tu pun diaudit. Kan AIM ada kuarkan audit report dari EY kalau x silap. So untuk mengatakan undian disekat, tak masuk dan semuanya tu x munasabah lah kalau dah diaudit. Please jangan ingat audit ni buat derk jer kalau masalah-masalah camtu.
Cuma yang menjadi persoalannya, adekah penilaian AFSERAP ini juga diaudit? Setahu peanut, untuk special audit cam ni, scope nya memang sangat fokus. contoh audit keputusan undian sms. yang x undi sms memang x kan diaudit. faham? Keputusan AFSERAP memang tak dinafikan memang layak diberikan kepada Adel. Namun at the first place, mengapa AFSERAP ni diwujudkan. Lebih memeranjatkan ada penyingkiran dibuat . Dan at the same time menyerap masuk pelajar lain. Mangsa keadaan yang paling malang ialah si Azwan, the #villagepeople. Yelah, dia satu-satunya pelajar terkeluar yang tidak di nilai untuk AFSERAP. Tapi x tahulah kot2 diorang dah leh predict Azwan terkeluar dan dah nilai siap-siap. Pelejar-pelajar yang lain pun mesti rasa cam terkilan. In reality, they dont actually was given a chance. patut ade battle between yang dah tersingkir ni, and at that night baru kita decide. ni awal-awal lagi dah decide.
Bagi peanut, baik kuar awal2, then nanti tunggu jer time separuh akhir, ade AFSERAP. Takdelah membazir duit keluarga dan peminat yang bersungguh-sungguh mengundi tiap-tiap minggu.
Apapun 5-1+1 pelajar telah berjaya menempah tempat ke separuh akhir. Yang paling memeranjatkan Aman telah berjaya ke final. Memang memeranjatkan lebih-lebih lagi Aman bukan perserta favourite peanut. Mungkin lepas komen dato' ramli ms yang "jujur" tu, peminat aman telah double work untuk saje menganjing dato' ramli ms
in my opinion, komen dato'ramli "Ini bukan bidang kamu" is too honest and bit too harsh. Yes, Aman tak sebagus peserta-peserta lain. Namun, komen macam tu should be keep to himself. Cuba sekali suruh dato' ramli ms ni nyanyi. nk tengok banyak x undian. I think Aman deserve a positive comment yesterday night. why? because of the effort. Takkan lah kau expect dari sorang yang x berapa berbakat terus bersinar jadi Dato' CT. Kalau camtu memang x derlah bekas pelajar-pelajar AF yang lari dari bidang nyanyian contoh jadi DJ Radio Era. Eh! Sepatutnya komen camtu was directly given to Aman without camera's on. and was given masa audition dulu-dulu tu. Nah, sekarag padan muka aman dapat pergi final dah. Well, serve you right sir.
Apepun tahniah buat Ewal, Firman, Aman, Nuha dan Adel yang berjaya melangkah separuh akhir. Semoga korang tabah menghadapi dunia seni yang berliku dan masih lagi stay dalam bidang nyanyian kamu. Jangan sekadar melukut di pinggiran sahaja. eh!
p/s: baru pulang dari outstation from Sarawak. Officially homesick. Eh, outstation sick! haha
0 pujian[s]:
Post a Comment