Sunday, November 16, 2014

[Maharajalawak Mega 2014 :Episod 1]

Hi uools!



Hari khamis lepas bermulanya episod pertama Maharajalawak Mega 2014 ni. Ada yang sempat tengok sekali tak? Sebernarnya, secara tak rasminya Maharajalawak Mega 2014 ni telah pun bermula dua minggu yang lepas dengan Minggu Perebutan Hot Seat daripada pelawak-pelawak baru atau yang kurang menyengat. Boleh dikatakan tidak ramai yang mampu membuat lawak pada minggu tersebut, namun yang berjaya boleh dikatakan mampu membuat orang ramai gelak. Berikut merupakan peserta Maharajalawak Mega bagi tahun ini.



Bagi peanut tiga kumpulan yang membuat persembahan terbaik pada episode pertama adalah seperti berikut

1. SEPAHTU
Haruslah mereka. bias okay bias. Lawak Shuib jadi gay memang menjadi. sebenarnya tersangatlah risau bila Ilyas join Sepahtu. Takut tak serasi. Namun demikian, okay jer untuk episode 1 ni. Tapi, disebabkan Sepahtu juara tahun lepas, haruslah lawaknya lebih mengeli hati.
2. JALOR
Gabungan baru pelawak-pelawak ini merupakan gabungan yang berjaya mencuri hati. Lebih-lebih lagi bila Along jadi baby tu. Percubaan yang berani. Lawak next level sebenarnya. Kalau kita tengok lawak dari Korea, Gag Concert ke, lawak mereka memang kreatif camni. Good Job!
3. ZERO
Kumpulan baru tak baru dari program Raja Lawak ini jugak berjaya membuatkan stadium dan juga peanut ketawa tak henti dengan lawak boleh dikatakan bodoh tapi lawak itu. Mungkin disebabkan Atu memang terkenal dengan kebongokannya kat Rancangan #HavocWarna 

Persembahan yang lain-lain boleh dikatakan lawak, namun ada yang membiarkan stadium tanpa gelak ketawa. Namun, demikian berikut murapakan persembahan yang peanut rasakan terlalu hambar.

1.SAYOT
Peanut memberikan harapan tinggi bagi kumpulan tersebut disebabkan mereka merupakan pemenang-pemenang Skol of Lawak. Namun, peanut amat merasakan penggunaan lawak recycle tersebut merupakan punca penyingkiran kumpulan ini.
2. KEPOH
Peanut agak tak berapa pasti siapa Kepoh sebenarnya, namun diduga mereka merupakan Juara bagi Program Lawak Bintang Mencari Bintang. Boleh dikatakan lawak yang digunakan bukan lawak tahap baru tapi lebih kepada lawak yang dibuat untuk persembahan sekolah. Agak kasar tapi itulah sebenarnya.
3.SHAKE
Ye, ramai di stadium yang ketawa, tapi ketawakan Si Amir. Mungkin fizikal Amir yang membuatkan dia menjadi bahan untuk dibaham. Taufik Batishah pun ade komen pasal ni. kalau next week pun buat lawak cam ni, mohon singkirkan diri sendiri.

Secara keseluruhannya, episode 1 not too bad macam season-season yang lepas. Peanut masih lagi mencari chemistry kumpulan virus gabungan Zizan dan Jambu. Mohon jangnan buat lawak mcam tu lagi okay! Dan buat yang tersingkir Sayot dan Kepoh, cuba lagi tahun depan!

Tapi yang penting ada Taufik Batisah ada. Wajib tengok Maharajalawak Mega tiap-tiap minggu uools! Aawk kat mana? Awak awak kat mana?





Nak tengok video Maharajalawak 2014 Minggu 1? Nah klik sini. 
Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment