Saturday, May 20, 2017

[DAY 3: TRIP TO SABAH 2017]

Hai Korang! Bersambung kita kat entry untuk Day 3 bagi trip peanut ke Sabah. Bagi yang baru baca entry ni, actually peanut dah tulis dua entry lain untuk hari yang pertama dan kedua. Check out the link below: 


Untuk hari yang ke tiga ni, fokus kitorang kat pulau-pulau yang ada di Sabah ni. Pagi tu awal-awal pagi lagi pakai baju dah ready untuk ke pulau. Tak kitorang tak pakai bikini. Pagi-pagi lagi kitorang dah gerak ke Jesselton Point. 

JESSELTON POINT 

Jesselton Point ni lebih kurang cam jeti lah untuk ke pulau-pulau korang nak. Kat situlah korang akan beli tiket tambang ferry dan kelengkapan snorkeling. Actually kelengkapan snorkeling semua ni boleh jer beli time kat pulau. You choose. whichever easier okay. Sebabkan kitorang tak biasa dengan jetty ni plus abang tu tak bagi tahu nak pergi mana-mana campur dengan tourist korean ada dalam 1k, kitorang terlepas boat nak ke pulau dan terpaksa tunggu next boat. 

Okay kat sini tipsnya. If korang beli tiket kat kaunter 4 then pergi kat jetty cari nombor 4 gak untuk ambil safety jacket, snorkeling equipment dan sebagainya. dah siap pakai terus pergi ke boat or atleast tanya abang-abang kat situ boat sampai belum. ALWAYS ASK. because diorang akan lupaa uolls. Always remember nombor kaunter / ferry carrier name. 

Okay selepas tunggu agak lama kitorang pun sampai ke Pulau Sapi. Yeeehaaa! 

PULAU SAPI

Naik jer boat dan terus ke pulau, terus rasa kagum. Ya Allah, canteknya! Ni baru dalam boat kalau kat pulau macam manalah agaknya kan. I really love it! Sampai kat pulau lagi cantek rupanya. Air hijau, dengan ikan clear water betul. Masa dalam boat tu kitorang kenal dengan abang yang buat service-service macam zipline, parasailing, seawalking, banana boat dan sebagainya. 


Peanut memang awal-awal dah niat nak zipline, nak rasa sendiri ala-ala terbang dari pulau ke pulau. Tapi bila borak dengan abang-abang kat situ, diorang cakap zipline ni, paling lama pun korang akan dok sana dalam 20 saat tapi kalau parasailing akan dibawa mengelilingi pulau dalam 10 minit. Terus ubah fikiran nak buat parasailing. Tak tetap pendirian betul. 

Mula-mula nak naik tu Ya Allah, betul ke ni. Serius ke tak takut? Tapi bila dah naik dah berlagak sikit, mana ada takut pun. Serius best. best yang amat. Wajib try okay. 





Lebih kurang sejam lebih kitorang parasailing, yup sejam lebih sebab kitorang kene tunggu satu boat habis, lebih kurang ada 6 pasangan. Boat pun hantar kitroang balik ke Pulau Sapi sebelum transfer ke Pulau Manukan dalam pukul 1 petang. So dalam masa sejam yang ada tu kitorang pergi snorkeling kat Pulau Sapi. Serius cantek nampak ikan-ikan semua. Dilarang bagi makan tau walaupun korang nak ikan tu datang kat korang okay. Kacau ecosystem. 

PULAU MANUKAN
Pulau Manukan ni like seriously cantek dengan pasir pantai yang putih. Memang tak rugi pergi tapi sebabkan dah penat dan lapar, banyak masa kitorang habiskan kat darat dibawah pokok yang redup untuk berehat. Sempat jap masuk dalam air tapi tak nampak apa sebab keroh. 

















Pukul 4 kitorang dah tunggu boat untuk transfer pergi ke Jesselton, muka dah hangus gila dah, Penat semua ada. Memang nak balik sampai rumah rehat-rehat sebab malam tu nak makan and beli-beli souvenir plak. Yums!

SEAFOOD DINNER @ DATARAN TODAK

Since bajet duit untuk makan tak sentuh sangat since kitorang tapau jer kat pulau, so ada lgi balance yang banyak. Kitorang pun decide untuk makan seafood. AGAIN! Tapi hari ni dah rasa pro sikit since dah tahu dah apa nak order so terus cam order apa yang memang nak makan dah. 

Untuk malam ni kitorang order Sotong Salted Egg, Sotong Celup tepung, Dry Butter Prawn, 1/2 Ikan bakar, 1/2 lagi masak 3 rasa. Memang tak habislah you olss. Tapi semua sedap dan berbaloi-baloi. 

















Lepas jer siap makan semua, kitorang gerak untuk cari souvenir, memang rambang mata you olls. macam -macam ada, Kalau ikut hati memang nak beli semua, seb baik ikut duit. hahaha.

Tiring day. Esoknya dah nak balik. mixed feeling. !~

Till next entry. Bye~!
Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

[DAY 2: TRIP TO SABAH 2017]

Hai koranggg!

Peanut akan sambung untuk entry Day 2 iaitu hari untuk explore kawasan Kundasang ni. Btw, peanut nak share dulu view lawaaa sunrise pagi-pagi lagi ni hah. Cantek kannn! Lepas dah sunrise, siap-siap kitorang pun check out siap-siap untuk ke next destination.
















DESA DAIRY FARM 

Peanut suggest korang datang awal- awal. WHY? okay. satu parking. limited. so nanti kena jalan jauh. dua nak beli makan beratur panjang. ketiga, nanti dah hilang kabus-kabus. Tak leh ah bebajet New Zealand nanti. Kat sini selain dari korang beli susu, aiskrim, pudding dan sebagainya, korang juga berpeluang untuk lihat sendiri cam mana nak mandikan lembu-lembu, nak feeding, nursing dan sebagainya.






























PORING HOT SPRINGS 

Dari Desa Dairy Farm pula, lebih kurang dalam 45 minit perjalanan ke Poring Hot Springs. Peanut suggest untuk beli makanan siap-siap kang lapar lak dalam perjalanan tu. Apa yang menarik kat Poring Hot Springs ni, terdapat banyak kolam-kolam yang size muat-muat dua tiga orang manusia untuk korang rasai sendiri natural hot springs ni. Peanut dan kengkawan hanya rendam kaki jer. Actually, bukan setakat kolam air panas jer, ada juga waterfall, taman rama-rama, canopy walkway, gua dan sebagainya tapi kene jalan/hiking sikit. So since kitorang kene turun dari kundasang awal and ada lagi tempat nak pergi, so kitorang tak pergi ke tempat lain-lain kat Poring Hot Spring ni.





SUNGAI MOROLI FISH SPA 

30 minut dari Poring Hot Spring pula ialah Sungai Moroli Fish Spa. Sungai Moroli Fish Spa ni kalau tak silap peanut adalah kerjasama dengan Jabatan Perikanan Negeri Sabah. Diorang memang ternak ikan-ikan ni untuk makan korang. Eh untuk makan sel-sel mati kat kaki korang. Tapi kalau korang tengok size ikan-ikan tu, memang confirm korang rasa sayang nak bagi kaki korang. Harga masuk adalah RM 5 untuk 15 minutes. Nanti beli lah makanan ikan tu sekali baru diorang datang dekat dengan kaki.


















MARINA COURT CONDO KK 

Untuk penginapan di Kota Kinabalu pula kitorang sewa sebuah condo since kitorang berlima so memang comfortable enough yang berharga RM170 per malam. Condo 3 bilik ni dapat memuatkan minimun 7 orang . ye minimun 7 orang ye kengkawan kalau tido himpit , sofa semua mahu sampai 12 orang. Condo ini lengkap dengan tv, wifi, katil, dapur, mesin basuh, Boleh katakan fully furnish lah. Paling best dekat dengan mall-mall and pasar-pasar yang wajib korang pergi macam Pasar Filipino, Pasar Air Tawar, Pasar Besar dan Dataran Todak. Yang ni peanut booking jer kat Booking.com.


SEAFOOD DINNER @ DATARAN TODAK/ KK WATERFRONT 

Rasanya kalau tak ke Sabah dan dan tak makan seafood maka tak lengkap lah perjalanan ke Sabah korang. Peanut sebenarnya seorang yang allergik terhadap seafood tapi sebab macam ruginya tak makan peanut awal-awal dah mintak doktor prescribe steroid untuk peanut. Malam pertama ni peanut google dulu and jumpa review best pasal kedai masakan jawa ni dan terbukti berbaloi. Untuk malam pertama kitorang habiskan RM200.00 untuk 5 orang makan which is Lobster salted egg, Ketam Masak Merah, Sotong Celup Tepung, Ikan Stim Lemon, Scallop, Kailam Ikan Masin dan minuman yng mana semua amik dua.




























Lepas jer semua kekenyangan, maka kitorang pun berjalan pulang ke Marina Court sambil ambil angin malam. Kenyanggg. Sampai rumah jer layan Jamunji plak sampai tertido. Well, esok gonna be the excited day sebab kitorang semua akan ke pulau. yeay!

Till we meet again on the Day 3 post! Bye~!



Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

Friday, May 19, 2017

[DAY 1: TRIP TO SABAH 2017]

Hai Assalamualaikumm semua!

Okay. Semua. Macam ramai sangat yang baca. But many thanks to everyone who still visiting and reading the old entries on my blog ! Thank you!

Peanut sebenarnya nak share my trip to Sabah awal bulan hari tu. Dok pending-pending sampailah malam ni sampai seru nak tulis everything about the trip. Actually ni dah kali ketiga peanut ke Sabah, but this is my first time came here for holiday. Yang first datang for estate visit at Sandakan . Patutnya pergi konvo tapi sebab gila kerja pedehal kan. Yang second for internal audit work kat Kota Kinabalu, hari last tu baru jalan-jalan tu pun sekitar KK jer. So the third trip nilah yang peanut explore habis-habis Sabah. But yeah, its like infinite, more reason to came again.

KBR-KL-KK


Perjalanan peanut bermula dari hari sebelumnya iaitu lepas jer balik kerja kemas-kemas then pergi airport flight ke KL. Mesti pelik kan, nape tak amik direct flight jer dari KB to KK? Well, ofcourse sebab I planned the trip with my KL's friends so yeah its better start the journey together-gether gitu. Peanut melangut jer kat KLIA2 tu sampailah semua kawan peanut sampai dalam almost 5.00am. Kitorang solat and breakfast kat area boarding jer. Our flight took almost like two and half hours. Kitorang sampai kat airport KK around 9.00 am terus amik kereta sewa and went for eating lapar kot. Lepas makan kitorang teruskan perjalanan ke kundasang!


RUMAH TERBALIK /UPSIDE DOWN HOUSE OF BORNEO

Entrace fees: RM10.60/person untuk rumah terbalik jer. Nak masuk rumah ni cam kene tunggu turn dia limitkan berapa orang leh dok dalam rumah terbalik dalam satu masa yang sama. Keep in mind that you can't take any pictures inside the house. So apa yang korang leh buat are watching, observing, dan juga mengagumi. Actually for the price i paid, i dont think its worth it. Maybe sebab rumah tu macam buat peanut jadi pening. Not just peanut, but few my friends was. Tapi for the effort to built the house like that, peanut kagum lah. Okay. kat luar boleh amik gambar and ada gift shop if you guys wanted to.






























JAMBATAN TAMPARULI

Alang-alang lokasi jambatan ni dah otw ke Kundasang, kitorang pun amik kesempatan untuk berjalan atas jambatan gantung ni. Difahamkan jambatan ini asalnya merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan antara dua tempat ni. Sekarang ni baru ada jalan tu pun kalau hujan air sungai akan melimpahi dan adalah bahaya untuk melintas jalan tersebut. Jambatan tu quite shaky so kitorang amik gambar kat depan-depan jer. Try jugak jalan sampai tengah, since most of us ni jakun sikit dengan jambatan ni. Orang Tamparuli rileks jer jalan tak pegang tali pon.


















KAKI GUNUNG KINABALU/ MOUNT KINABALU PARK

Setelah hampir 2 jam perjalanan daripada Jambatan Tamparuli, akhirnya kami sampai ke Kaki Gunung Kinabalu. Nak masuk Mount Kinabalu Park ni kena bayar dalam RM3 per person. First impression like perhhh perhhh perhh lawaaaanya alaaam. Kabus gerak depan mata kot. Kalau korang jenis suka nature, korang akan suka tempat-tempat macam ni. Nothing much to do, tp to explore, to watch the nature with our own eyes is priceless. Lagi-lagi tengok hikers yang baru jer turun dari gunung. Imagine how strong their spirit are. Confirm kepuasan tu ada. Kitorang stay dalam 30 minutes jer sebab dah nak petang and kabus dah tebal. Bahaya untuk drive bagi yang tak biasa.





























J RESIDENCE

Untuk malam yang pertama ni peanut stay kat J Residence. First Impression is like okay macam mana nak turun sampai bilik ni. cerun yang amat. Tapi bilik tersangat besar and view tersangat lawa untuk RM96 per night. Berbaloi-baloi! Kalau korang nak ber-bbq pun ada, ada bbq pit untk korang. Nak masak pun boleh. Kitorang suggest amik 3A dan 3B. Berbaloi.




























PUTRI NABALU CAFE

Petang tu, kitorang dah start cari dinner iaitu bersteamboat kat Putri Nabalu cafe. Memang sedap! yelah makan panas-panas sambil mengadap view macam kat oversea gitu. Memang best.



Malam tu, kitorang dah 0% energy dah. Lepas balik makan, semua mandi and solat, kitorang layan movie, Pastu semua tertido sampai esok pagi. And yes esok pagi punya view is really nice.

End of Day 1. To be continued on Day 2. Bye~



Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!