Sebelum, peanut citer kebenda nya Hantu Bonceng ni, nah layan trailernya dulu .
and, ini plak official sinopsis yang diambil dari website excellent pictures. :
Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran.
Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.
overall, peanut rasakan filem ni kelakar, kelakar dan kelakar. good jobs. especially si pelakon pembantu, kunyit tu. zizan kelakar tu kelakar tapi tanpa si kunyit, kelakar zizan kureng sikit. pemilihan jue pun oklah, as dia sangat sesuai lah kan. but juliana evans. sorry. sangat lah x best berlakon. serius, dia pandai berlakon ke? x pernah tgok berlakon pun.
cuma, kalau nk di bandingkan dengan hantu limah, jalan cerita hantu bonceng ni x smooth. tapi for sure watak hantu sangat hidup. serius. terperanjat waa cakap lu. siap time hantu nk kuar, peanut wat2 makan popcorn, leh lah tunduk. cover muka penakut. heee.
oh ye, x sabar nk tengok 'Raya tak jadi', konfirm lawak . ada johan. tengok trailer pun dah ketawa terbahak2x. heee
2 pujian[s]:
hahaha , ZOMBIE pong dah tgk citer ni .. memang lawak gila .. semua gelak gelak and gelak .. sampai bergegar panggung wayang tu .. hehe ..
zombie: masa peanut tengok pun same. semua orang dalam panggung gelak. macam nk pecah panggung. heee]
Post a Comment