Sunday, December 4, 2011

[Review Filem : Ombak Rindu]


Salam peeps. akhirnya peanut dapat gak tengok ombak rindu.yeaaaa agogo*asalnya mahu download kat pirate blog jer. kekeke.fire kiri tapi dah kawan ajak tengok, feeling sikit tengok kat wayang kan2x. walaupun dah masuk hari ketiga tayangan, wayang kat jitra full, ada seat paling bawah jer, cepat2 kitorang berempat kengkawan peanut pergi ke alor star mall. ada waktu tayangan awal sikit daripada di jitra mall, dengan seat second dari depan. ok lah tu. demi ombak rindu. perh. hehe. peanut yakin ramai antara blogger2 dah tengok ombak rindu dan banyak review yang peanut baca. ada yang positif ada yang kureng , so ini, review peanuut.

sebelum tu jum baca sinopsis Ombak rindu ini.

filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

amik ko. sinopsis reveal everything. 5 sebab kenapa korang kene tengok filem ombak rindu nitergedik


  1. Kalau anda peminat setia novel2 Fauziah Ashaari, anda patut tengok filem ni. tanda sokongan.bunuh as peminat novel2 Fauziah Ashaari, peanut memang nk tengok cam ne novel jadi filem. jangan jadi cam setan tu sudah lah.
  2. Cerita ini peanuh air mata, nangeslebih2 lagi scene aaron aziz. kalau scene maya kurang sikit peanut nk feel. scene lisa lagi lah. adeh. so, my advice, baca balik novel ombak rindu sebelum tengok wayang. yelah, cerita ombak rindu tu panjang, mmustahil semua benda nk cerita dalam masa 2 jam. mungkin ombak rindu patut wat drama cam nora elena. please kekalkan aaron aziz. yang lain tukar2. ikut

  3. Boleh tengok adegan2kiss yang salama ni dalam imiginasi jer. kekeke. ok. pervert. usik

  4. sesuai untuk di tonton bersama pasangan2, biasalah cerita cinta. tapi incik bf x layan citer cam ni. lambat lah lagi dia nk pergi. so, peanut pergi jer dengan kawan2x. heee

yup, boleh dikatakan filem ombak rindu ni best, sedih, penuh air mata, namun x di nafikan ada part yang x best yang leh ganggu feeling tu.


  1. sorry lah peminat maya karin dengan lisa surihani, lakonan diorang memang out. herpmaya dengan slanga dia tu. and macam pelik plak gaya pakai tudung dia. x pernah lagilah jumpa orang kampung pakai macam dia. makchik2 pun pakai tudung ariani dah. yang muusykilnya, time berpeluk2 dengan Hariz, leh lak pakai shalws lawa, tapi bila pergi kerja, tetap dengan tudung nampak anak tudung tebal tu. adeh. penat

  2. Lisa. yup, dia comel sangat. tapi lakonan dia x pernah best selain dalam adam maya sebab dalam adam maya, dia kene wat kaku2 cam gitu.mencik time scene menjerit memang x paham apa lah yang dia cakap, selain kuar suara kasar dia tu. and muka dia x kejam x sesuai jadi Mila . means, kene cari muka cam Zulia Ziegler tu, agresif.

  3. so disebabkan lakonan dua orang ni, susah sikit nk feeling, melainkan tengok Aaron Aziz, dengan tak kedekutnya air mata ni keluar. nanges

  4. selain tu, x suka sangat dengan lakonan Azizah Mahzan. entahlah, mungkin dia berjaya bawak watak ibu yang moden yang kene pakai baju yang wajib tunjuk badan kan. tahniah lah.angan

  5. mungkin sekali lagi sebab novel ombak rindu ni panjang untuk dimuatkan dalam 2jam, so , sape2 yang x pernah bace novel akan terkebil2 dulu. sape2 yang berhajat nk bawak pakwe makwe tu, paksa diorang baca dulu novel tu, kan terkebil2 dalam wayang x paham, kesian diorang

overall, daripada semua cerita melayu yang peanut tengok, peanut kasi 3 setangah dari 5 bintang. banyak what. mungkin kalau tukar pelakon yang memang emosi lebih, mungkin dapat 4.9 bintang. eh, lupa, cinta Mail yang peanut rasa paling realistik dalam cerita ini. yelah, x derlah dia dok nk frust2 izzah x balas cinta dia. kan2x.kesimpulannya, Ombak Rindu lagi best dari Lagenda Budak Setan siotkekeke

p/s: waktu iklan sebelum tayangan , diorang tayang trailer Azura. alamak macam best lah plak. lepas tu cerita hantu apa nama entah, satu malam kubur berasap. nampak lawak giler, kene tengok ni. peace. twist
Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment