Tuesday, December 26, 2017

[KPOP AND THE OBSESSION]

This is hot issue. A lot of discussion. And somehow people even relate it to moral value, aqidah, Palestine, Rohingya and the religious. As one of the fans, i think i shall talk or write something regarding this.

I need to clarify this first.

Korean drama's fans might not be a kpop fans.
Korean Variety Show's fans might not be a kpop fans.
Ballad song's fans might not be a kpop fans.
Those who like their culture and heritage might not be a kpop fans.
Those who visit South Korea might not be a kpop fans.

Jangan pukul rata.

Go google what is kpop first before you talked about it. Janganlah malas, nak bash pun kene ada ilmu tau.
Dear all,
As you know, in general, fans has many type. Like i mention in general. Whatever genre you listen to, it is not limited to just one type of fans.

Fans might be:

One who just listen to the songs and appreciate as it is.
One who listen and actually fans to the singer.
The one who listen, fans and obsess to the singer.
And the last fans who will do anything, even tho it might harm them self or surrounding for their favorite singer.

So, Jangan pukul rata.

I strongly disagree and condemn the act of mourning by the Muslim fan girls. I know you are sad, i know you feel like losing someone important. But that is not the way. That is not how life should be. By doing that, you just invite people to bash and insult your idol more. Just because you like the idol so much, you can do anything for him. No, please don't.

And, i also strongly disagree and strongly condemn that act of insulting the one who actually died just because he was not in the same religious as we are. Who died and make you a God? That you can start condemning people and insulting like you are in the higher level than other? What make you think that you can insult other's religious just because you are keyboard warriors? Insulting. harsh word. Is it how Muslims should be portray?

What if the family read all those harsh words? What if fans from other religious read it? Do u think they will say "Wow, this is good Muslim".


To be real honest,
I was hurt. I was really hurts by the words. Even me, not a fans of the late, hurt my heart when read your harsh words. I just hope you didn't took your sweet time to actually write those words.


I am a fans of k pop. And will always be.
I will go to the concert if i want too.
I will watch k drama and cry a river for it.
I will watch TV news if i want to know about them.
I will watch cooking shows and craving for the foods.
I will watch K variety show and laugh out loud.
I will go to South Korea again and appreciate their nature, culture , art, heritage and everything.


Because im the fans. i will not losing my faith, my aqidah, my believes, my religious because of it.
Just take your time to respect other people like i respect yours.

Spread loves not hates.

Cik Peanut,
Peminat 2PM, Jaypark, Sech Kies, Wanna One , Lee Ssang, and many more.
Penonton tegar variety show.
Penangis tegar korean drama.
Peminat rancangan masakan korea.
Juga suka tengok news in South Korea.



Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

[TUESDAY LOVE SONG: ED SHEERAN - PERFECT]

I found a love for me
Darling just dive right in
And follow my lead
Well I found a girl beautiful and sweet
I never knew you were the someone waiting for me
'Cause we were just kids when we fell in love
Not knowing what it was
I will not give you up this time
But darling, just kiss me slow, your heart is all I own
And in your eyes you're holding mine
Baby, I'm dancing in the dark with you between my arms
Barefoot on the grass, listening to our favorite song
When you said you looked a mess, I whispered underneath my breath
But you heard it, darling, you look perfect tonight
Well I found a woman, stronger than anyone I know
She shares my dreams, I hope that someday I'll share her home
I found a love, to carry more than just my secrets
To carry love, to carry children of our own
We are still kids, but we're so in love
Fighting against all odds
I know we'll be alright this time
Darling, just hold my hand
Be my girl, I'll be your man
I see my future in your eyes
Baby, I'm dancing in the dark, with you between my arms
Barefoot on the grass, listening to our favorite song
When I saw you in that dress, looking so beautiful
I don't deserve this, darling, you look perfect tonight
Baby, I'm dancing in the dark, with you between my arms
Barefoot on the grass, listening to our favorite song
I have faith in what I see
Now I know I have met an angel in person
And she looks perfect
I don't deserve this
You look perfect tonight

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

Saturday, November 11, 2017

[5 AKTIVITI MENARIK WAJIB BUAT DI YOGJAKARTA]


Hai Assalamulaikum!

Baru- baru ini, peanut berkesempatan berkunjung ke Yogjakarta (dikenali juga dengan Jogja), semua kota unik dan penuh sejarah tersendiri di Kepulauan Java, Indonesia. Pada awalnya kunjungan peanut selamat empat hari tiga malam ini disebabkan peanut tertarik dengan keindahan alam yang memukau pandangan sebagaimana yang telah dikongsi oleh para traveler yang telah berkungjung ke Jogja.

Namun, apabila berkunjung sendiri ke Jogja ni, peanut merasakan yang Jogja menawarkan lebih daripada itu. Bukan sekadar keindahan pemandangan alam semula jadinya. Ada lagi yang lebih menarik mengenai Jogja yang patut diterokai dan patut dirasai sendiri.

Sedikit info mengenai Kota Yogjakarta ini, Kota Yogjakarta ini dikenali sebagai Special Region of Yogjakarta disebabkan keunikan pemerintahan ini yang mana kota ini diperintah oleh Sultan nya yang tersendiri, tidak seperti kota-kota lain di Indonesia. Kota ini bukan sahaja terkenal dengan seni-seni tradisional seperti puppet show, wall art yang boleh dilihat di Taman Sari, peninggalan budaya bahkan juga menjadi pusat akademik untuk universiti-univesiti utama di Indonesia seperti Universiti Gadjah Mada.

Selepas kunjungan peanut baru-baru ini, peanut dapat merasakan kebanyakan intinerary yang dikongsi oleh para traveler Malaysia ini mjaoriti untuk aktiviti sightseeing dan terlalu padat menyebabkan pelawat tidak sempat untuk memahami kisah-kisah disebalik tempat yang dilawati. Harus saya tekankan disini, lawatan ke Yogjakarta bukan sekadar untuk bergambar sahaja. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang perlu anda lakukan ketika melawat Yogjakarta (selain sighseeing ofcourse).

1. Taman Sari Water Castle And Underground Mosque

Taman Sari ini dibangunkan oleh Sultan Yogjakarta pada kurun ke 18 sebagai taman permainanan air untuk keluarga dirajanya. Nanti bila dah masuk dalam Taman Sari ini, akan jumpa dua kolam besar. Mengikut Bayu, Pak Supir yang bawa kami ke sana, satu kolam adalah untuk anak-anak nya manakala satu kolam lagi untuk isteri-isterinya. Terdapat satu kolam khas untuk sultan yang mana Sultan memilih salah seorang isterinya untuk bersiram bersamanya di kolam khas itu. Yang uniknya, untuk pemilihan tesebut, Sultan akan berdiri di tingkap di tingkat 2/3 bangunan bersebelahan kolam itu, dan mencampakkan sekumtum bunga rose ke arah-arah isterinya. Isteri yang berjaya menangkap bunga rose tersebut akan menemani Sultan bersiram di kolam khas tersebut.

Manakala, Taman Sari Underground Masjid pula merupakan sebuah masjid kecil tapi lengkap dengan kemudahan asas sebuah masjid. Yang menariknya, alunan azan tidak memerlukan pembesar suara, gema bangunan itu tersendiri sudah mencukupi. Bila dah masuk dalam masjid tu, memang akan rasa kagum dengan keindahan dan seni bina bangunan tersebut.

Untuk ke Masjid Bawah Tanah ini, korang kena melalui jalan-jalan sekitar rumah-rumah dan wall street art, kalau korang tak confident boleh hire local guide, tak sure berapa upahnya. Tapi kalau tak nak, boleh jer ikut crowd , normally yang jalan ramai-ramai tu pun nak ke underground masjid jugak. Sepanjang laluan ke Masjid tu jugak ada banyak street art yang boleh korang nikmati dan hayati.

Bayaran masuk ke Taman Sari ini adalah sebanyak Rp 15,000, manakala ada caj untuk membawa kamera adalah sebanyak Rp 7,000 per camera. Tiket tu jangan korang buang pulak, nanti nak masuk underground masjid tu kena tunjukkan tiket tersebut.

2. Melawat Candi Borobudur


Candi Borobudur ini merupakan sebuah Buddhist Temple yang terbesar dan terhebat di dunia. Ianya juga telah disenaraikan sebagai World Heritage Site oleh UNESCO.

Kita yang Islam, lebih-lebih Melayu ini mesti rasa macam perlu ke buat lawatan ke candi ni? Yes, melayu dan skeptism tak boleh dipisahkan. I mean me. hee. Walau pun candi ini merupakan sebuah temple buddhist, niat kita nak panjat candi ni bukan untuk menunaikan hajat. Sekadar mengagumi kegigihan dan seni bina orang zaman dahulu untuk membina candi ni.

Kalau yang tak tahu sejarah macam peanut, bolehlah menonton video di bangunan yang disediakan lepas pintu masuk. Video tu mencerita sejarah seni bina tersebut, seni bina dan macam mana kerajaan Indonesia ini membangunkan semula tinggalan candi ni. Candi ni juga pernah terbelangkai malah re-construct semula.

Candi ni ada 9 stages (*maybe panggil floor kot not sure) and setiap floor tu seni bina yang berbeza dengan cerita yang diukir di dinding tu berbeza. Tapi yang sedihnya, ada cerita yang missing disebabkan batu yang ditukar tidak diukir dengan cerita sebenarnya.

Nak masuk ke dalam Candi ni dengan bayaran Rp300,000 , pastu masa kat gate tu ada minuman free. Owh ya masa kat sini, memang akan ramai makchik pakchik akan kejar kau dari mula turun van sampailah masuk dalam gate . Diorang jual payung, topi, sunglass dan sebagainya. Kat atas candi sana tu panas, tapi macam leceh gak nak berpayung bagai masa nak panjat tangga kan. Peanut just decline nicely. Tapi lama-lama rimas gak sampai ignore jer. And bila nak balik pun sama, ramai dah tunggu nak jual souvenir candi borobudur dengan harga yang murah. And rasa menyesal pulak beli. Ada sapa sapa nak souvenir tak ?


3. Menaiki Gondola Ke Pantai Timang


Aktiviti wajib ke Yogjakarta adalah menaiki gandola iaitu kereta*kereta ke eh* manual . Ya manual yang ditarik oleh tenaga manusia. Pada asalnya gondola ini digunakan oleh para nelayan tempatan untuk menyeberangi bagi menangkap udang lobster, tapi sekrang menjadi tarikan pelancong dan juga sumber rezeki penduduk tempatan.

Untuk ke Pantai Timang ni, kereta yang korang naik hanya boleh smpai ke satu check point bawah dihadapan restoren lobster *yang ni wajib try. Ada dua jenis pengangkutan yang korang boleh guna sama ada sewa jeep dengan pemandunya dengan harga Rp 350,000 per jeep atau dengan naik ojek yang lagi murah. Tapi harus diingatkan, terdapat banyak kes-kes kemalangan yang mana penumpang ojek terjatuh daripada motorsikal disebabkan jalan yang berliku dan berbatu. So , yang mana nak naik ojek tu make sure pegang pemandu korang elok-elok okay. after like 15minutes dalam 5 km jer kot, korang akan sampai ke tebing pantai ini, which is breahtaking. lawa gila!

Ada option lain untuk menyeberang selain dari naik gondola ni iaitu melalui jambatan gantung, which is far scarier than gondola. But your choice! Nanti kat seberang sana, korang akan nampak lautan hindi yang terbentang luas, bunyi ombak yang mengganas dan angin yang memang habis berangin. kat sana nanti akan ada mas-mas yang rajin nak tolong korang ambil gambar aka local photographer. Not sure sama ada dah berbayar dalam pakej atau tak, tapi kami bagi juga sagu hati sebagai tanda menghargai pertolongan dia mengambil gambar yang super lawa!

Entrance fees : Rp 200,000/pax (nanti dia stamped kat tangan) , Jangan lupa order siap-siap lobster korang sebelum ke Timang Beach. Lobster was super delicious and super cheap too! Sambal dia perhhhhh.

4. Cave Tubing di Gua Pindul


Disebabkan cuaca panas, tak salah rasanya include aktiviti melibatkan air pulak kan? Untuk aktiviti dalam air ni, kami decide nak try cave tubing kat Gua Pindul. Kat sini, diorang akan bawa korang menyusuri sungai di dalam Gua Pindul menggunakan tube yang diikat, so, yang instructor akan tarik sambil bercerita mengenai gua tersebut. Airnya sangatlah sejuk dan nyaman. So macam rileks jerlah atas tube tu sambil dengar dia bercerita sambil menikmati keindahan alam semula jadi di dalam gua tu. Tak payah risau pasal safety, sebab korang akan dibekalkan dengan safety jacket and instructor korang tu dah mahir dengan keadaan dalam gua itu.

Lepas tu, kitorang ada aktiviti lain di sungai yang berdekatan pula. Wajib kena naik small lorry to there. Nanti kat sana diorang akan tarik kita gak menyusuri sungai tu. Lupa nama, tapi kitorang panggil Little Canyon. Haa gitu. Situ ada tempat korang nak terjun from 4 meters to 8 meters height dan ada jugak air terjun. Since peanut tak reti berenang, makan main air terjun jerlah. It was fun day. Tapi bila masuk air, confirmlah penat kan.

Since peanut ni memang jenis suka masuk gua, tengok binatang dalam gua, dan juga pelbagai jenis batu-batu kat gua, maka trip ini amatlah fun untuk peanut. Untuk orang lain, tak tahu lah pulak. Best time to visit here is at the morning.

Untuk package cave tubing and river tubing ni, ianya berharga Rp 150,000 per pax. Manakala, kalau nak guna khidmat photographer, bayaran adalah Rp 200,000 per trip. Unlimited shoot. Tak kira ada berapa ramai. Since kitorang malas nak bawak phone bagai, maka hire lah mas eddy tu. Memang hasilnya berbaloi , semua gambar kitorang dia amik tanpa jemu dan penat. Siap burn dalam CD lagi okay.


5. Merapi Lava Tour.


Okay. Merapi Lava Tour ini adalah lawatan ke Gunung Merapi yang masih lagi aktif ye kengkawan. Laca Tour ini memang ada pelbagai jenis pakej dan dikendalikan oleh syarikat(*kot) yang berbeza. Kalau kita dah lalu tu, memang nampak lah banyak pakej-pakej yang ditawrkan oleh pengendali yang berbeza. Kitorang ikut jer mana yang Pak Supir kitrorang bawak and pilih pakej paling minimun iaitu lawatan ke tiga tempat dengan harga Rp350,000 per jeep.

Melalui abang driver jeep yang bawak kitorang tu, beliau ada bercerita mengenai peristiwa-peristiwa letusan gunung berapi yang terjadi lewat 2010 yang lalu. Sepanjang lawatan tu, kita boleh tengok kesan tinggalan letusan gunung berapi ni, rumah-rumah yang terbakar dan kesan-kesan debu lava tersebut juga jelas kelihatan.

First stop yang pertama adalah melawat sebuah rumah yang betul-betul berada di bawah Gunung Merapi ni. Rumah yang dahulunya gah dan agam kini tinggal sebagai musium yang diusahakan oleh penduduk tempatan bagi memperingati peristiwa yang meragut nyawa ini.

Stop yang kedua adalah melihat batu yang berbentuk wajah manusia yang terbentuk selepas kadian letusan gunung berapi pada 2010 tersebut. Memang jelas kelihatan wajah manusia.  Manakala stop yang terakhir adalah di bilik bawah tanah yang terletak beberapa kurang dari 3km dari Gunung Merapi ini. Di dalam bilik tersebut juga terdapat sebuah batu besar yang terbentuk disebabkan lava dan abu letusan tersebut yang terperangkap di dalam bilik tersebut. Nanti boleh tenguk debu tu bersinar-sinar. Bak kata abang driver tu, benda tu bahaya kerana ianya adalah sejenis kaca.

Apa yang buatkan peanut rasa sedih/terharu is bila penduduk tempatan menerima bencana dengan redha dan menganggap bencana bukan sekadar bencana, tetapi juga rahmat kepada penduduk nya. Lava Tour yang kitorang ikut itu juga sebenarnya ada membuat contribution kepada local people sekitar Gunung Merapi melalui pembinaan infrastruktur  seperti sekolah dan musolla kepada penduduk setempat. Kiranya, lava tour ni pun give back to people that still suffering from the eruptions.

Actually banyak ativiti-aktiviti lain seperti hiking, skydiving, paragliding, pantai-pantai menarik di sekitar Kota Yogjakarta ini. Kalau nak comprise semua dalam trip empat hari tiga malam memang tak sempat. I really hope that this blog entry will help you discover more about Yogjakarta beside their beautiful scenery. I mean kalau beautiful scenery, its everywhere , even in Malaysia or in another country, but there are something about Yogjakarta that make it special , thus its named Special Region Of Yogjakarta. However, here is the beautiful scenery that i managed to capture before i end this entry. Good Bye you guys! Travel Like A Local!









Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

Tuesday, August 8, 2017

[TUESDAY LOVE SONG: HAIL HUSAINI - JAMPI]



Bermula Pandang pertama
Terlihat Kamu di depan mata
Terasa Debar di dada
Menahan Rasa bila kau ada

Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri kamu.

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha Ha ha aku ketawa
Terasa Aku tak tentu arah
Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri Kamu

Malam, Berganti malam
Masih Terbayang
Apa Yang berlaku
Pada Diriku
Ternyata Kamu
Ternyata Kau mahu diriku
Selamanya Kau milik ku






Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

Wednesday, July 12, 2017

[TUTORIAL: DAFTAR KALI PERTAMA PORTAL AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (ASNB)]

Hai semua,

Hari ini peanut nak berkongsi pasal Portal Amanah Saham Nasional Berhad iaitu MyASNB yang baru jer dilancarkan pada June 2017 ini. Alang-alang peanut baru nak daftar akaun * ye tahu dah tua, terus daftar untuk portal online.

Menarik mengenai Portal ASNB ini, urusan kaunter yang berkaitan dengan penambahan pelaburan kini boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal ini. Jadi, lepas ini tak payah lah susah nak drive, cari parking, bersesak kat Pejabat ASNB semata-mata nak tambah pelaburan. Anda hanya perlukan laptop/komputer/tablet/phone dan internet yang laju.

Okay. Kali ini peanut nak berkongsi tutorial macam mana nak mendaftar Portal ASNB ini buat kali pertama. Senang jer cuma ada beberapa step yang perlu korang buat.

1) Bagi yang masih belum mendaftar pelaburan, bolehlah ke cawangan dan mengisi borang pendaftaran yang mana mengandungi maklumat-maklumat peribadi pelabur. Manakala yang sudah mempunyai akaun, boleh ke cawangan untuk mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon untuk mendapatkan nombor TAC yang akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan serta bagi mendapatkan 12 digit nombor akaun menggantikan nombor yang lama.

2) Layari Laman Web Sesawang Portal Asnb disini. 

3) Isi maklumat-maklumat berkaitan.














4) Verifikasikan email anda. 



5) Layari semula Portal MyASNB dan pilih "LOG MASUK KALI PERTAMA" dan ikuti langkah-langkah seterusnya. 













Tadaaa, dah boleh layari portal MyASNB ni. Jadi, dah tak payah nak ke cawangan lagi kalau tetiba nak menambah pelaburan. 

Next time, peanut nak share macam mana nak buat pelaburan melalui portal ini. 

Till then, bye~!


Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

Monday, July 10, 2017

[5 PENGAJARAN DARIPADA FACEBOOK PAGE "KISAH RUMAH TANGGA"]

Hai , salam everyone.

Hari ini peanut nak bercerita sikit pasal confessions. Lately, since end of last year, peanut nampak Facebook page pasal confessions ini tumbuh bak cendawan. you named it. pasal study, pasal cinta, kisah rumah tangga, tips, petua macam-macam. Kalau kat Malaysia ni, sebenarnya bermula dengan budak-budak student cedok idea budak-budak barat buat confessions pasal belajar seperti Facebook Page IIUM confessions, UUM confessions, UITM confessions dan sebagainya. Contoh, pasal lecturer yang tak best, crush, dan sebagainya. Mula-mula student jer confess tp lama-lama orang luar lak mula confess menyebabkan benda yang diconfesskan tu dah tak makan confessions. Seperti satu medium untuk orang meluahkan perasaan, bercerita, berdrama secara anonymous.

Lately, peanut adalah like satu Facebook Page iaitu "Kisah Rumah Tangga" atau nama pendeknya KRT. Facebook page KRT ini pun salah satu confessions tapi hanya berkaitan dengan hal-hal rumah tangga. Walaupun peanut masih belum ada rumah tangga sendiri, namun tak salah rasanya nak baca dan ambil pengajaran daripada facebook page tersebut. Mula-mula sebelum like facebook page tu, peanut cuma baca bila ada yang share di facebook, pastu terus like lepas rasa macam banyak confessions menarik yang peanut leh kembangkan idea untuk menulis cerpen pendek. Sambil baca tu, sambillah kita amik pengajaran daripada cerita yang disampaikan. And tak salah rasanya kalau peanut nak share dengan you olss kan. Hee.

1. Lelaki/Wanita Sebelum Kahwin VS Lelaki/Wanita Selepas Kahwin

Majoriti confessions yang dibuat kat facebook page KRT bercerita mengenai perangai suami or isteri yang jauh berbeza selepas berkahwin. Ada isteri yang confess pasal suami masa bercinta penyayang yang amat, caring terlebih tapi bila dah kahwin kaki pukul, panas baran dan sebagainya. Manakala, suami pulak confess pasal isteri yang dikahwin tu macam dah macam completely orang lain, tak pandai masak, bangun lewat tengahari, muka sememeh, tak pandai layan suami , dulu suka keluarga pastu cari gaduh dan sebagainya. 

Apa yang peanut leh amik pengajaran is orang pandai berlakon. Yup, bukan artis-artis jer pandai berlakon. Percayalah rakyat jelata macam kita pun pandai berlakon lagi-lagi bila kita nak sesuatu. Tak cakap lelaki jer, perempuan pun pandai berlakon. Yang berlakon tu, memang tak leh nak cakap apalah, salah korang lah tak selidik betul-betul nak kahwin. Tapi kalau pasal tak perfect tu, peanut rasa masalah tu datang dari korang. 

Bila kahwin ni, tak bolehlah nak ada high expectation. Hidup macam fairy tales. Pasangan perfect. Kena ingat yang manusia ni tak perfect. Mesti ada kekurangan masing-masing. Yang penting saling menerima dan melengkapi masing-masing. Bukannya nampak laki/bini korang tak perfect terus korang terus cari lain untuk yang ganti. Ni tak laki tak romantik, terus nk cari skandal. Bini tak pandai masak terus cari perempuan lain.
It is not about replace it, its about fixing it. Two broken pieces can make a whole" - anonymous. 


2. Wanita Tak  Suka Memilih

Yup. Rata-rata perempuan tak memilih. Yup, terbukti kat Facebook page KRT ni. Peanut bukan maksudkan kena memilih yang handsome, yang kaya raya tau. Bukan memilih ke arah itu, tapi memilih yang terbaik untuk dijadikan suami, yang bakal jadi pemimpin rumah tangga, ketua yang bawa ke syurga, ayah kepada anak-anak.

Tapi, tak. Perempuan berpegang kepada prinsip
"People can change. You can give them second chance. Or maybe third. Fourth, Fifth. Just be patient about it."

Yup. Peanut maksudkan kes-kes rumahtangga yang mana ko dah kenal perangai seseorang tu sebelum kahwin tapi tetap nak kahwin jugak. Lelaki/wanita dah tunjuk taring dah sebelum kahwin, tapi kau tetap kahwin jugak, atas dasar cinta, sebab dah sayang. Dah tak leh buat apa. 

Kau tipu diri sendiri. Yup. Kau tak sayang pun, sebab years after kau pun confess kat facebook page, mintak nasihat nak bercerai. Selepas bertahun-bertahun ko hadap lelaki yang panas barang, yang playboy suka berskandal yang mana semua tu kau dah tahu sebelum kahwin lagi. 

So, pengajarannya, perkahwinan ini bukan benda main-main. nama pun institusi perkahwinan. Sesuatu yang dipandang serius. Kita bukan nya nak galakkan memilih kebendaan tapi memilih sebagaimana yang Islam sarankan. Yang beragama barulah faktor-faktor lain. Yang beragama ya bukannya yang menunggang agama. 

3. Bercinta Seabad Tak Semestinya Kekal Berabad-Abad

Kau bercinta nak rak. 10 tahun bercinta. Semuanya manis. Semuanya romantik. Surprise anniversary yang tak berapa nak surprise, romantik gateway,travel sana sini. Family kedua-keduanya merestui. Ulang tahun bercinta ke 10, update kat facebook berkahwin. Tapi tup-tup tak sampai setahun kedua-duanya bercerai. Salah siapa? Okay, gaya pengacara 999 pulak. 

Peanut tahu jodoh ketentuan Allah S.W.T, tapi yang peanut nak highlightkan pasal bercinta berabad-abad tu. Bercinta bagai nak rak. Kebahagian nak ditunjuk. Kita tak tahu isi hati orang. Kekadang ada yang meluat, kekadang ada yang doa mintak yang tak elok-elok. Daripada beria-ria lagi elok rasanya kalau berselindung sikit. Lagi manis kalau bila bahagia, biarlah kita yang tahu, biarlah kita yang rasa. 

Yelah, tunjuk bahagia-bahagia, kang ada yang ketiga nak menumpang bahagia. Nak?


4. Lelaki Mudah Dimaafkan ke Wanita Pemaaf?

Daripada pemerhatian peanut ke atas confessions yang ditulis, peanut amat yakin yang wanita adalah seorang yang pemaaf. Ya, wanita memang dilahirkan dengan hati yang lembut, selari dengan sifat keibuan. Namun, sifat pemaaf wanita ini memang tiada tandingan. 

Ada kes yang mana, lelaki panas baran yang suka pukul isteri ketika marah. Isteri masih setia disisi, rela dipukul, bahkan sanggup menipu sekiranya ditanya hanya kerana sayangkan suami. Suami pujuk sikit, cakap sayang-sayang. Okay dah cair. Esok repeat balik pukul-pukul, pastu mintak maaf. Okay. Dan drama ini berulang-ulang hingga ke akhir hayat. 

Ada jugak kes, yang kantoi berskandal. Tak kira lelaki ke perempuan.Bila kantoi, yang suami/isteri sound orang ketiga, padahal yang turut bersalah ada pasangan sendiri. Namun, pasangan dimaafkan dan diberi peluang kedua. Namun, peluang kedua disia-siakan, masih ada skandal lain yang dicari. Tapi tak pa, manusia kan pemaaf. Ulang balik drama ni sampai berendam air mata. 

Orang ketiga ni subjektif. Ada yang dah tahu bersuami, tapi still nak going-on. Ada yang tak tahu, dan ditipu hidup-hidup. Kalau nak tahu tanda-tanda suami orang boleh klik sini, peanut dah upas isu ini dulu. Ada yang tak tahu bila tahu rasa ditipu tapi dah kena pujuk terus cair meleleh. 

Pengajaran yang peanut dapat, walaupun wanita ini dilahirkan lembut dengan sifat-sifat kewanitaan, namun tak salah sekiranya wanita bersifat tegas dalam keibuan. Jangan biarkan diri anda dipijak. Ya, manusia boleh berubah. Tapi, janganlah biarkan orang mengambil kesempatan atas prinsip kita. 

Memaafkan itu mudah, tapi untuk melupakan itu susah. 


5. Wanita Takut Dengan Title Janda

JANDA. Apa yang terbayang difikiran saat berkata JANDA. Wanita paling takut dengan title ni, tak kira yang dah berkahwin atau belum berkahwin. Semua wanita tak nak jadi janda. Bila janda, terus musnah masa hadapan. Orang berkampung bercakap, pandang serong, tak pandai jaga suami. Masyarat kita terutama Melayu memang memandang rendah perempuan yang bergelar janda. Mungkin disebabkan perangai segelintir janda-janda yang merosakan imej dan persepsi. 

Siapa sebenarnya janda?

 Put aside orang yang jadi janda disebabkan perangai mereka sendiri. Mereka ini minoriti. Janda adalah sebenarnya insan yang kuat. Yang tabah. Yang berani membuat keputusan. Yang berani bangkit daripada ditindas.Yang tak rela hidup dalam kepura-puraan. Ya, mereka sebenarnya seorang winner dalam hidup rumah tangga. 

Ramai yang takut untuk bercerai disebabkan takut akan musnah masa depan, hilang tempat bergantung. Takut anak-anak menderita. Banyak possibilities menyebabkan ramai isteri-isteri di Malaysia ni menjadi mangsa Marriage Abuse. 

This is something that we need to educate them.
That, it is okay to be single mother. 

Rasa-rasanya banyak lagi kisah yang peanut rasa banyak pengajaran yang peanut dapat, tapi rasanya cukuplah lima pengajaran ini sahaja. Mungkin ada yang tak cakap, ala kau tak kahwin lagi bolehlah, cuba kahwin tengok. 

Kalau itu takdirnya, aku terima. Eh eh. 

Menjawab persoalan di atas, sebab tulah page-page ini diwujudkan. Untuk kita ambil pengajaran, yang belum kahwin dengan pengajaran seiring dengannnya, yang dah kahwin ada problem dengan cara pengajarannya. Ambillah pengajaran daripada kisah yang dipaparkan, supaya when there will be issues in our life, we know hour to manage it. Ambil pengajaran. Bukannya amik keyboard, tulis komen-komen mean, komen-komen yang mana kalu confessor baca, boleh down trauma teruk. 


Marriage, in its truest sense, is a partnership of equals, with neither exercising dominion over the other, but, rather, with each encouraging and assisting the other in whatever responsibilities and aspirations he or she might have.- Gordon B. Hinckley

So, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. 

Till then. Bye~

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

Sunday, May 21, 2017

[CERPEN PENDEK : EGOIS SEORANG LELAKI]

"Kenapa awak tolak pinangan saya?" tanyanya seraya melihat wajah wanita dihadapannya. Tergopoh-gopoh dia memandu, ingin berjumpa dengan wanita itu setelah menerima perkhabaran penolakan pinangannya oleh keluarga wanita itu. Mana mungkin wanita itu menolaknya. Wanita itu pernah menyukainya, mengilai dirinya. Mana mungkin wanita itu berubah hati walaupun paras fizikalnya berubah. Dia yakin hati wanita itu masih miliknya. Dia yakin sehingga dia meminta keluarganya meminang wanita itu tanpa bertanya wanita tersebut terlebih dahulu. Dia teramat yakin yang pinangannya tidak akan ditolak. Mungkinkah keluarga wanita itu telah mempunyai pilihan jodoh buat anaknya?

"Sakit kan? Sakitkan bila awak ditolak?" Tenang suara wanita itu menuturkan kata-kata. Lelaki itu tersentak. Adakah wanita dihadapanya masih lagi berdendam dengan dirinya lantaran cinta wanita itu pernah ditolak. Dia akui dia pernah menolak cinta wanita itu yang hadir sebelum ini. Tapi bukan salahnya. Dirinya masih belum bersedia. Dirinya merasakan dia tidak bersedia untuk bercinta. Dia merasa selesa dengan wanita itu namun perasaan itu masih belum berputik. Masih belum mekar.

"Awak ... awak tolak saya sebab dendam?" gugup kata-katanya. Mana mungkin wanita itu masih berdendam. Layanan wanita itu terhadapnya, dia teramat pasti itu adalah cinta, bukan dendam. Dia masih ingat ketika itu. Wanita itu mendiamkan diri setelah memberanikan diri untuk meluahkan rasa hati terhadap dirinya. Namun, ditolak mentah dengan alasan dia tidak berperasaan terhadap diri wanita itu. Wanita itu bukan pilihan nya. Malah tiada langsung ciri-ciri wanita idamanya. Cantik, ramping, manja, sopan, ayu, bergaya. Wanita yang meluahkan perasaan terhadapnya pula mempunyai ciri yang sebaliknya, wajah biasa-biasa, tidak pandai menghias rupa, tiada potongan badan yang menarik, gemuk. Gaya bahasanya pula kasar, tidak pernah bersopan. Mana mungkin dia berpasangan dengan wanita yang tidak mempunyai ciri-ciri idaman yang menarik. Walaupun dia selasa dengan wanita itu, tapi tidak mungkin. Egonya , maruah dirinya perlu dijaga. Dia mahu seorang yang cantik yang boleh dipamerkan di media sosial. Dia mahu berbangga tatkala pasangannya dipuji teman-teman. 

Lama wanita itu menghilangkan diri. Lama kelamaan timbul rasa bersalah. Timbul rasa zalim menolak wanita itu mentah-mentah. Makin lama makin dia sedar. Wanita itu sentiasa ada untuk dirinya. Waktu susah senangnya. Wanita itu selalu memberi sokongan moral terhadap dirinya sehinggakan dia rasa selesa untuk bercerita mengenai hal peribadi dan keluarga kepada wanita itu. Wanita itu jujur dengan kata-kata. Yang penting wanita itu faham dengan dirinya. Faham dengan egonya sebagai lelaki. Ramai wanita lain yang berpasangan dengannya, yang ramping yang pandai menghias rupa, namun seorang pun tidak pernah sama dengan wanita itu. Wanita yang ditolak mentah-mentah hanya kerana paras rupa.  

Beberapa bulan kemudian, dia tergaman melihat gambar yang dimuatnaik wanita itu di laman sosial media miliknya. Siapakah wanita cantik itu? Hanya satu nama yang  keluar dari bibirnya. Aisha Amani. Dia menghubungi wanita tersebut melalui media sosialnya yang telah sekian lama tidak dihubungi. Salamnya disambut mesra. Tidak diduga sapaannya dibalas, sangkanya wanita itu akan memaki hamunnya, akan mengetawakannya. Namun tidak sesekali, wanita itu membalas sapaannya. Wanita itu masih seperti dulu. Masih mengingatinya. Masih bergurau kasar dengannya.  Seakan-akan tiada sengketa antara mereka. Adakah wanita itu telah memaafkannya lantas melupakan perkara lalu?

Lama kelamaan setelah berbalas sapaan di media sosial, dia memberanikan diri mengajak wanita itu bertentang mata. Wanita itu bersetuju membuatkan dia yakin wanita itu telah memaafkannya. Dia juga tidak pernah menanyakan hal tersebut kerana tidak mahu mengingati peristiwa lalu. Dia tergaman tatkala melihat wanita itu buat kali pertama. Tiada lagi wanita yang gemuk, yang tidak cantik, yang kasar. Dihadapanya seorang wanita yang mempunyai susuk tubuh menawan, pandai menghias diri, bercakap lemah lembut. Bahkan berpakaian sopan dan ayu. Lain dengan Aisha Amani yang dia kenal. Namun, sikap dalamannya tidak berubah, Masih mempunyai hati yang baik, hati yang mengambil berat. Hati yang sama yang mempunyai perasaan terhadapnya. Yakinlah dia yang Aisha Amani masih menyayanginya. Lantas perasaan cinta mula berputik terhadap wanita itu bahkan semakin menebal hari demi hari sehinggalah dia menghantar rombongan pinangan tanpa bertanya kepada empunya diri. 

"Awak sayang saya?" tanya wanita dihadapannya. Dia mengangguk laju. Kasih sayangnya terhadap wanita itu tidak berbelah bahagi. Sayangnya bukan kepalang. 

"Awak masih akan sayang saya kalau fizikal saya, rupa paras saya kembali seperti dulu?" Tanya wanita itu lagi. Lelaki itu tergaman seketika. Wanita itu masih berdendam! Cepat-cepat dia menggangguk setelah sedar soalan wanita itu tidak berjawab. 

"Saya sayang awak. Saya jatuh cinta dengan diri awak. Saya selesa dengan awak. Bukan paras rupa yang saya cari." tuturnya walaupun dia sedar dia pernah menolak wanita itu sebab paras rupa, Namun dia yakin yang dia jatuh cinta terhadap wanita itu bukan kerana rupanya yang cantik. Tapi budi pekertinya yang menambat hati. Cantik adalah bonus buatnya. Dia yakin dia jatuh cinta semenjak fizikal wanita itu masih belum berubah, namun ketika itu dia buta, buta untuk mengenal perasaan dirinya sendiri. 

"Saya sayang awak sebelum awak berubah fizikal lagi. Sayangnya ketika itu saya tidak sedar perasaan saya sendiri. Bila saya dah sedar, semuanya dah terlambat, awak telah menghilangkan diri. Saya sayang awak Aisha. Wanita lain yang hadir tidak sama, tidak akan dapat menggantikan tempat awak. Awaklah Aisha, wanita yang saya cari, untuk menemani hidup saya, dikala senang dan susah. Saya yakin awaklah orangnya." 

"Saya tahu awak sayang saya. Saya yang sekarang. Saya yang dahulu. Tapi awak dah lupa, awak dah lupa yang awak malu nak berpasangan dengan saya. Hey, come onlah. Takkan lelaki gilaan ramai nak berpasangan dengan wanita gemuk yang hodoh. Takkanlah aku nak couple ngan Aisha, malulah sikit" ajuk wanita itu. Ya Allah, dia ingat kata-kata itu. Kata-kata yang dia balas tatkala kawan-kawan lelaki bertanya mengenai hubungannya dengan Aisha ketika dulu. Ya Allah, lancangnya mulutku. 

"Aisha, saya... Saya,, maafkan saya Aisha. Saya tiada niat." Wanita itu tunduk. Seakan-akan mengetap bibir, mengingati peristiwa lalu. Ya Allah, sangkanya wanita itu telah memaafkannya seraya melupakan peristiwa itu. Tidak dirinya sangka yang luka yang dia toreh pada hati wanita itu teramat dalam sehinggakan masih berdarah sampai ke hari ini. 

"Saya sayangkan awak Aisha. Saya bodoh. Saya tak matang waktu itu. Saya yakin saya sayangkan awak sejak dulu. Awak ada dengan saya sejak dulu. Percayalah Aisha. Dulu saya cuma... saya cuma ego. Ego saya tinggi. Aisha, maafkan saya. Saya sayangkan awak." pujuk rayu lelaki itu. Wanita itu menyengka air mata dengan jarinya. 

Lelaki itu. Yang dikenalinya sejak berkurun lama. Dari kawan sehingga sahabat kepada rakan karib. Mana mungkin lelaki dan perempuan berkawan tanpa salah seorang darinya mempunyai perasaan. Lelaki itu ada dengan dirinya. Sentiasa bercerita hal peribadi dan masalah terhadap dirinya. Dia yakin lelaki itu percayakannya. Setiap kali berjumpa, lelaki itu teruja untuk bercerita. Dari rahsia besar sehingga sekecil-kecil perkara. Hubungan yang rapat diantara mereka menyebabkan timbul perasaan di hatinya, apatah lagi lelaki itu selalu mengambil berat sehingga hati-hatinya berbunga. Lantas suatu hari dia memberanikan diri meluahkan perasaan hati. Namun ditolak dengan alasan dia tidak berperasaan yang sama. Wanita itu terluka lantas mendiamkan diri. Secara tetiba kenalan lelaki itu menghubungi bercerita mengenai lelaki itu yang menolaknya kerana paras rupa. Bukan ingin menghasut, tapi kenalannya itu tidak mahu wanita itu menyintai orang yang memandang paras rupa. Wanita itu terlalu terluka lantas menghilangkan diri. Dia nekad untuk mengubah fizikalnya. Menahan nafsu makan. Bahkan menghabiskan ratusan duit untuk mencantikan rupanya. Setalah fizikal nya berubah, wajahnya turut secara tidak langsung berubah, mungkin kesan diet yang betul. Betul sangkaanya. Lelaki itu kembali tatkala menatap wajahnya yang berubah. Benarlah cinta lelaki itu padanya hanya pada paras rupa. Lakonannya berjaya . Dia berjaya menutup luka dalam yang ditoreh sendiri oleh lelaki yang kini berjanjikan bintang dan bulan, sumpah dan setia. Benar perasaannya terhadap lelaki itu tidak berubah. Mana mungkin sekelip mata dia hilangkan perasaan sayang terhadap lelaki itu. Mana mungkin sesenang itu dia berubah hati. Lelaki itu lelaki terbaik pernah dia temui. Namun sayang, ego lelakinya tinggi sehingga tidak nampak perasaan dihati.

"Saya maafkan awak. Namun, maafkan saya. Saya tidak mungkin dapat menerima awak dalam hidup saya. Saya sukakan diri saya yang dahulu dan sekarang. Sekelip mata saya akan berubah menjadi Aisha yang dahulu. Namun saya tak yakin yang perasaan awak tetap akan sama. Maafkan saya Faris. Maafkan saya sebab jatuh cinta dengan awak dulu." air mata wanita itu yang ditahan tadi berguguran. Dia lantas mengatur langkah pergi. Lelaki itu tergaman namun sempat dia menyekat wanita itu. 

"Awak dah tak sayang saya lagi?" tanyanya. Wanita itu berpaling. Wajahnya merah dengan air mata. Lelaki  itu menahan sebak. Salah dirinya. Ego dirinya tinggi. Ego dirinya yang melukakan hati wanita itu. 

"Sumpah saya sayang awak. Saya sayang awak dari dulu ketika kita masih bersahabat. Saya pun pelik kenapa saya masih sayang awak walaupun awak pernah tolak saya. Saya masih lagi sayangkan awak. Namun, perasaan kasih sayang ini tak dapat menandingi tingginya ego awak. Ego awak telah melukakan hati saya. Terlalu dalam. Sehinggakan kasih sayang awak sekarang ni tak mampu nak rawat luka di hati saya." ujarnya hiba. 

"Faris, saya harap awak akan jumpa wanita yang mana awak jujur sayangkan dia tanpa memandang paras rupa. Tanpa awak lukai hatinya dengan ego awak. Trust me, once you hurt her with your ego, she will never heal." ujar wanita itu lagi, menarik tanganya lantas berlalu pergi. 

Lelaki itu meraup wajahnya. Menyesal bukan kepalang dengan ego dirinya serta tahap kematangannya sewaktu ketika dulu. Benarlah, ego adalah suatu alat yang tajam. Boleh menghiris hati, meninggalkan luka yang dalam. yang mengambil masa untuk sembuh. yang juga mungkin tidak akan sembuh sehingga bila-bila. 

Aisha..lukamu terlalu dalam. Maafkan aku. Maafkan egoku. Ambillah masamu untuk merawat hatimu. Akan ku tunggu mu disini, walaupun tanpa janji yang pasti. Aku yakin kasih sayangmu terlalu ikhlas namun lukamu terlalu dalam untuk bersama sehidup semati denganku. Akan ku buktikan yang kasih sayangku kini ikhlas hanya untukmu. 



Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

Saturday, May 20, 2017

[10 TIPS PERCUTIAN DI KUNDASANG, SABAH]

Hai Assalamualaikum! 

Okay. Previously I already wrote about my trip to Kundasang, Sabah in details. Here I decide to write the compilation on the best 10 tips on this vacation. Here goes! 
  1. Please please please came early for luggage drop, tak kisah kat airport mana pun. KLIA2 is super busy during morning and really long queue. Kat KK plak you have to do self luggage drop tau. Kitorang took almost one hours so that we did not waste any luggage. One hour and I did not exegerate. Ni tak termasuk fussy airport beg checker*okay nama letak sendiri, yang akan timbang berat beg korang. Actually ni ikut luck and also mood abang/akak checker to. Masa flight KB-KL tak check pun, KL-KK he asked to timbang but do nothing whan my beg exceed the limit. Masa balik KK-KL tak check langsung, but KL-KB, he is really fussy when I only bring the box yang weighted about 2kg but dia cakap box xleh bawak masuk. Wadehel. I still pissed with him. 
  2. Do not lose the “PAS PERJALAN” yang korang dapat kat Imigresen Sabah. Please don’t! Keep it safe. Do not bring to pulau. Nanti basah. Pas perjalanan tu korang kene return balik to imigresen and they will stamped on boarding pass. Kalau ada passport, bawak passport, boleh kumpul stamp.
  3. For rented car, I recommended this Uncle Ami, here is his phone number (+60108108118). Why ? okay. First the rate is lower compare to most of the other rental car provider. Dia jenis chatty and memang jenis helpful. Kalau korang pandai sikit borak, dia akan guide tempat-tempat best. Siap recommend tempat-tempat makan lagi.
  4. Sewa kereta hanya pada hari korang guna kereta semaksima mungkin. Contoh, trip kitorang ni, kitorang amik dua hari jer iaitu first day untuk ke Kundasang dan second day untuk balik ke KK. Third and forth day kitoang naik Grab/Uber jer. Jimat jer. Lagipun penginapan kitorang kat KK just nice dlm 500 meter jer nak pergi Pasar Filipino.
  5.  Make sure korang sampai kat kundasang, atleast nabalu area before 4pm. Why 4pm? Sebab lepas 4pm, kabus akan sangat tebal dan bergerak-gerak, bahaya untuk drive mendaki bukit lagi-lagi yang tak biasa macam kita-kita ni.
  6. Kat Desa Dairy Farm, peanut suggest untuk jangan membazir dalam membeli. Produk Tenusu ni mengenyangkan. Eloklah kalau beli dan kongsi jer. Untuk rasa, takperlu sorang satu makan key. Kalau jenis yang tak tahan bau busuk, eloklah sekiranya korang stop smpai kat booth aiskrim jer, dan keluar menikmati pemandangan tanpa ke barn. Hehe
  7. Poring Hot Springs ada macam-macam benda seperti water fall, canopy walk, butterfly park, caves dan sebagainya. Tapi kitorang tak sempat nak pergi sebab kena hiking/jalan ke dalam hutan sikit, Actually kitoang penat and kejar masa. Kalau korang rasa nk pergi, be prepared to hiking so bolehlah explore more kan. Setakat nak celup kaki dalam kolam air panas, macam tak berbaloi jerk orang datang jauh-jauh.
  8. Untuk makan seafood plak, korang rajin-rajinlah baca review orang lain dulu. And sebelum order to make sure tanya dulu harga berapa-berapa okay. Jangan main order jer. Satu lagi peanut nak pesan orderlah ikut perut jangan ikut nafsu mata, ahahahha. Have fun eating seafood! Sediakan ubat awal-awal untuk yang allergic, but in my case, tak makan ubat pun sebab makan seafood tapi x bengkak-bengkak punnn.
  9. Untuk membeli cenderahati/ cenderamata/ souvenir bolehlah ke Pasar Filipino, Pasar Kraftangan, Pasar Air, Pasar satu lg kat tengah-tengah bandar lupa apa, situ banyak mutiara. Kat Pasar Kraftangan pun banyak, harga normally lebih kurang jer antara kedai. Kat Pasar Kraftangan ni macam-macam ada, keychain, tshirt, gelang mutiara, rantai, boleh dikatakan semua benda untuk dijadikan kenang-kenangan. Kalau nak beli ikan masin, ikan bilis atau segala jenis hidupan laut boleh ke Pasir Air yang bersebalahn dengan Pasar Kraftangan. Wajib beli ikan bilis mata biru trademark sabah okay. Selain tu korang boleh beli bermcam jenis amplang dan kuih cincin kat Pasar Filipino . Eh biskut gary pun wajib beli okay. Kalau nak seafood fresh boleh ke Pasar Sabah kat area yang sama. Semua tempat yang peanut sebut ni semua boleh boxkan apa yang korang beli so senang nak naik flight kan?
  10. Untuk kat pulau pula, peanut suggest untuk tak yah pilih nk island hopping banyak-banyak pulau. Peanut suggest untuk spend a day kat satu pulau jer and explore everything there. Please ensure to bring enough money, waterproof casing, action cam if ada, sublock pakai banyak-banyak. You don’t wanna your face to burn, don’t you? Next time peanut nak pergi Sapi Island since hri tu tak sempat nak zipline yang cross island to island to. Pulau-pulau kat sana semua cantek hijau mneawan gituuu so no worries.






















This tips was written based on my experience on this vacation. So, it might be differ from other's experience. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. eh yeke? 

Till then. Bye~



Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

[DAY 4: TRIP TO SABAH 2017]


Hai korang ! 

So here it is the Day 4 of our trip which was our last day in Sabah. Disebabakan tak habis lagi membeli belah untuk dibawa pulang, maka pagi ini kitorang amik kesempatan yang ada sebelum flight untuk sambung shopping and tambah apa yang patut. 

Things You Must Bought As Souvenir
  • Mutiara - gelang, rantai, kerongsang, pinshawls, butang baju melayu. Anything. Actually mutiara sabah memang original, kalau korang tengok pun size setiap mutiara x bulat, mesti bentuk pelik-pelik. Yang membezakan adalah kualiti. 
  • T-shirt - macam typical tapi why not right? Owh ada jugak batik Sabah. 
  • Keychain- since budak ofis suka sangat pergi bercuti and bagi keychain pastu semua macam dok kumpul keychain, so peanut belikan diorang pelbagai bentuk keychain. Memang comel-comel. 
  • Makanan Laut - ikan bilis, ikan kering, udang kering dan sebagainya. 
  • Makanan ringan - amplang, kuih cincin, biskut gary, angry bite dan sebagainya. 

Masa kat pasar filipino tu, nampak ramai orang dok memancing with this view. Serius cantek. I wish I wakeup every morning to this view. I wont mind ended up burnt. 































Lepas dah checkout semua, kitorang amik Grab ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan seterusnya next flight ke Lapangan Terbang  Sultan Ismail.

Maka, the end of our journey! Its tiring but its worth it.

For those you havent read my previous entry, here's the link :

Day 1 : Trip to Sabah 2017
Day 2 : Trip to Sabah 2017
Day 3 : Trip to Sabah 2017

Btw, stay tune for my next entry on best tips that i think you should know for this trip.

Till then. Bye!~
Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

[DAY 3: TRIP TO SABAH 2017]

Hai Korang! Bersambung kita kat entry untuk Day 3 bagi trip peanut ke Sabah. Bagi yang baru baca entry ni, actually peanut dah tulis dua entry lain untuk hari yang pertama dan kedua. Check out the link below: 


Untuk hari yang ke tiga ni, fokus kitorang kat pulau-pulau yang ada di Sabah ni. Pagi tu awal-awal pagi lagi pakai baju dah ready untuk ke pulau. Tak kitorang tak pakai bikini. Pagi-pagi lagi kitorang dah gerak ke Jesselton Point. 

JESSELTON POINT 

Jesselton Point ni lebih kurang cam jeti lah untuk ke pulau-pulau korang nak. Kat situlah korang akan beli tiket tambang ferry dan kelengkapan snorkeling. Actually kelengkapan snorkeling semua ni boleh jer beli time kat pulau. You choose. whichever easier okay. Sebabkan kitorang tak biasa dengan jetty ni plus abang tu tak bagi tahu nak pergi mana-mana campur dengan tourist korean ada dalam 1k, kitorang terlepas boat nak ke pulau dan terpaksa tunggu next boat. 

Okay kat sini tipsnya. If korang beli tiket kat kaunter 4 then pergi kat jetty cari nombor 4 gak untuk ambil safety jacket, snorkeling equipment dan sebagainya. dah siap pakai terus pergi ke boat or atleast tanya abang-abang kat situ boat sampai belum. ALWAYS ASK. because diorang akan lupaa uolls. Always remember nombor kaunter / ferry carrier name. 

Okay selepas tunggu agak lama kitorang pun sampai ke Pulau Sapi. Yeeehaaa! 

PULAU SAPI

Naik jer boat dan terus ke pulau, terus rasa kagum. Ya Allah, canteknya! Ni baru dalam boat kalau kat pulau macam manalah agaknya kan. I really love it! Sampai kat pulau lagi cantek rupanya. Air hijau, dengan ikan clear water betul. Masa dalam boat tu kitorang kenal dengan abang yang buat service-service macam zipline, parasailing, seawalking, banana boat dan sebagainya. 


Peanut memang awal-awal dah niat nak zipline, nak rasa sendiri ala-ala terbang dari pulau ke pulau. Tapi bila borak dengan abang-abang kat situ, diorang cakap zipline ni, paling lama pun korang akan dok sana dalam 20 saat tapi kalau parasailing akan dibawa mengelilingi pulau dalam 10 minit. Terus ubah fikiran nak buat parasailing. Tak tetap pendirian betul. 

Mula-mula nak naik tu Ya Allah, betul ke ni. Serius ke tak takut? Tapi bila dah naik dah berlagak sikit, mana ada takut pun. Serius best. best yang amat. Wajib try okay. 





Lebih kurang sejam lebih kitorang parasailing, yup sejam lebih sebab kitorang kene tunggu satu boat habis, lebih kurang ada 6 pasangan. Boat pun hantar kitroang balik ke Pulau Sapi sebelum transfer ke Pulau Manukan dalam pukul 1 petang. So dalam masa sejam yang ada tu kitorang pergi snorkeling kat Pulau Sapi. Serius cantek nampak ikan-ikan semua. Dilarang bagi makan tau walaupun korang nak ikan tu datang kat korang okay. Kacau ecosystem. 

PULAU MANUKAN
Pulau Manukan ni like seriously cantek dengan pasir pantai yang putih. Memang tak rugi pergi tapi sebabkan dah penat dan lapar, banyak masa kitorang habiskan kat darat dibawah pokok yang redup untuk berehat. Sempat jap masuk dalam air tapi tak nampak apa sebab keroh. 

















Pukul 4 kitorang dah tunggu boat untuk transfer pergi ke Jesselton, muka dah hangus gila dah, Penat semua ada. Memang nak balik sampai rumah rehat-rehat sebab malam tu nak makan and beli-beli souvenir plak. Yums!

SEAFOOD DINNER @ DATARAN TODAK

Since bajet duit untuk makan tak sentuh sangat since kitorang tapau jer kat pulau, so ada lgi balance yang banyak. Kitorang pun decide untuk makan seafood. AGAIN! Tapi hari ni dah rasa pro sikit since dah tahu dah apa nak order so terus cam order apa yang memang nak makan dah. 

Untuk malam ni kitorang order Sotong Salted Egg, Sotong Celup tepung, Dry Butter Prawn, 1/2 Ikan bakar, 1/2 lagi masak 3 rasa. Memang tak habislah you olss. Tapi semua sedap dan berbaloi-baloi. 

















Lepas jer siap makan semua, kitorang gerak untuk cari souvenir, memang rambang mata you olls. macam -macam ada, Kalau ikut hati memang nak beli semua, seb baik ikut duit. hahaha.

Tiring day. Esoknya dah nak balik. mixed feeling. !~

Till next entry. Bye~!
Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

[DAY 2: TRIP TO SABAH 2017]

Hai koranggg!

Peanut akan sambung untuk entry Day 2 iaitu hari untuk explore kawasan Kundasang ni. Btw, peanut nak share dulu view lawaaa sunrise pagi-pagi lagi ni hah. Cantek kannn! Lepas dah sunrise, siap-siap kitorang pun check out siap-siap untuk ke next destination.
















DESA DAIRY FARM 

Peanut suggest korang datang awal- awal. WHY? okay. satu parking. limited. so nanti kena jalan jauh. dua nak beli makan beratur panjang. ketiga, nanti dah hilang kabus-kabus. Tak leh ah bebajet New Zealand nanti. Kat sini selain dari korang beli susu, aiskrim, pudding dan sebagainya, korang juga berpeluang untuk lihat sendiri cam mana nak mandikan lembu-lembu, nak feeding, nursing dan sebagainya.






























PORING HOT SPRINGS 

Dari Desa Dairy Farm pula, lebih kurang dalam 45 minit perjalanan ke Poring Hot Springs. Peanut suggest untuk beli makanan siap-siap kang lapar lak dalam perjalanan tu. Apa yang menarik kat Poring Hot Springs ni, terdapat banyak kolam-kolam yang size muat-muat dua tiga orang manusia untuk korang rasai sendiri natural hot springs ni. Peanut dan kengkawan hanya rendam kaki jer. Actually, bukan setakat kolam air panas jer, ada juga waterfall, taman rama-rama, canopy walkway, gua dan sebagainya tapi kene jalan/hiking sikit. So since kitorang kene turun dari kundasang awal and ada lagi tempat nak pergi, so kitorang tak pergi ke tempat lain-lain kat Poring Hot Spring ni.





SUNGAI MOROLI FISH SPA 

30 minut dari Poring Hot Spring pula ialah Sungai Moroli Fish Spa. Sungai Moroli Fish Spa ni kalau tak silap peanut adalah kerjasama dengan Jabatan Perikanan Negeri Sabah. Diorang memang ternak ikan-ikan ni untuk makan korang. Eh untuk makan sel-sel mati kat kaki korang. Tapi kalau korang tengok size ikan-ikan tu, memang confirm korang rasa sayang nak bagi kaki korang. Harga masuk adalah RM 5 untuk 15 minutes. Nanti beli lah makanan ikan tu sekali baru diorang datang dekat dengan kaki.


















MARINA COURT CONDO KK 

Untuk penginapan di Kota Kinabalu pula kitorang sewa sebuah condo since kitorang berlima so memang comfortable enough yang berharga RM170 per malam. Condo 3 bilik ni dapat memuatkan minimun 7 orang . ye minimun 7 orang ye kengkawan kalau tido himpit , sofa semua mahu sampai 12 orang. Condo ini lengkap dengan tv, wifi, katil, dapur, mesin basuh, Boleh katakan fully furnish lah. Paling best dekat dengan mall-mall and pasar-pasar yang wajib korang pergi macam Pasar Filipino, Pasar Air Tawar, Pasar Besar dan Dataran Todak. Yang ni peanut booking jer kat Booking.com.


SEAFOOD DINNER @ DATARAN TODAK/ KK WATERFRONT 

Rasanya kalau tak ke Sabah dan dan tak makan seafood maka tak lengkap lah perjalanan ke Sabah korang. Peanut sebenarnya seorang yang allergik terhadap seafood tapi sebab macam ruginya tak makan peanut awal-awal dah mintak doktor prescribe steroid untuk peanut. Malam pertama ni peanut google dulu and jumpa review best pasal kedai masakan jawa ni dan terbukti berbaloi. Untuk malam pertama kitorang habiskan RM200.00 untuk 5 orang makan which is Lobster salted egg, Ketam Masak Merah, Sotong Celup Tepung, Ikan Stim Lemon, Scallop, Kailam Ikan Masin dan minuman yng mana semua amik dua.




























Lepas jer semua kekenyangan, maka kitorang pun berjalan pulang ke Marina Court sambil ambil angin malam. Kenyanggg. Sampai rumah jer layan Jamunji plak sampai tertido. Well, esok gonna be the excited day sebab kitorang semua akan ke pulau. yeay!

Till we meet again on the Day 3 post! Bye~!



Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!