Friday, January 6, 2017

[CARA SEMAK SENARAI HITAM PTPTN]

Hai Assalamualaikum. 

Fuhh lega rasenya bila dah selesai settle satu hutang dunia iaitu PTPTN. Rasa macam satu beban tu dah tak ada. Rasa macam dah masuk alam dewasa. Dah rasa macam financial freedom. Okay tu over. padahal ada few lagi hutang tak settle. walau bagaimanapun still bila dah start settle satu hutang tu, lagi bersemangat nak settle hutang-hutang yang lain. 

Sebenarnya, peanut tak pernah dapat sebarang surat daripada pihak PTPTN untuk langsaikan hutang. So peanut pun buat tak tahu sampailah recently peanut check yang nama dah blacklisted ke luar negara. Disebabkan peanut ada planning nak ke luar negara tahun ni, maka peanut pun cepat-cepatlah selesaikan. 

Sekarang boleh lah peanut buat ayat ni:

haa, saya dah? awak yang tahu pinjam PTPTN tu bila nak bayar? 

Hee. Btw, post kali ni peanut nak tulis pasal tutorial macam mana korang nak check sama ada nama korang dah kena blacklisted dengan PTPTN ataupun belum. Untuk maklumam korang, PTPTN ni submit blacklisted list ni on daily basis. So, tak mustahil kalau hari ni korang tengok nama korang clear, tapi next day nama korang tu dah blacklist. Okay. Faham?

Okay. Untuk pengetahuan korang PTPTN sekarang dah buat senarai yang dah di senarai hitamkan dan juga senarai yang menunggu untuk di senarai hitamkan. So better check both okay. 


Bukak Laman Sesawang Semakan Senarai Hitam PTPTN atau klik sahaja kat nama website tu. Korang akan jumpa laman sesawang seperti di bawah ni.




Pastu masukkan nombor kad pengenalan, nombor telefon dan email di ruangan yang telah disediakan tersebut dan tekan butang "Hantar". Satu laman lain akan dibuka sepeti yang dibawah. 



Haa, nampak tak ada dua pilihan. Okay. Mula-mula klik yang Semakan Senarai Hitam Jabatan Imigresen Malaysia dulu. Kenapa? Sebab kalau nama korang dah blacklisted kat sini tak perlu susah-susah korang nak check sama ada nama korang ada tak dalam Semakan Dalam Proses Senarai Hitam PTPTN itu. 


Selepas dah klik kat Jabatan Imigresen Malaysia tu, Masukkan nombor kad pengenalan korang. 




Okay. Untuk Jabatan Imigresen Malaysia ni hanya ada dua status sahaja iaitu "Tiada halangan" atau "Sila Rujuk Ke Pejabat Imigresen Terdekat". Untuk makluman korang kalau staus korang "Tiada Halangan" maka tahniah diucapkan. Nama korang tidak disenarai hitamkan. Bermaksud, korang memang bayar ptptn korang on time ataupun dah langsaikan hutang ptptn tersebut. Tetapi kalau status korang " Sila Rujuk" akan silalah rujuk ke pejabat Imigresen yang berdekatan. 

"Saya dah bayar ptptn . dah langsai semua . Kenapa masih di senarai hitamkan?" 

Okay. Untuk makluman korang selain senarai hitam oleh PTPTN, beberapa agensi kerajaan lain jugak terlibat. Sebagai contoh Jabatan Insolvensi. Kalau korang diisytiharkan bankrap, korang juga di senarai hitam dari ke luar negara. Selain itu, terdapat jugak kes dimana korang terlibat dalam kes mahkamah jadi tak boleh keluar negara. So macam mana nak tahu korang di senarai hitam kan oleh agensi kerajaan yang mana? Kene munasabah diri dan ingat balik hutang piutang korang. Ehh. Kalau rasa macam berhutang dengan PTPTN dan tak pernah bayar balik ataupun recently tak buat pembayaran bulanan, maka dengan yakinnya peanut cakap korang disenarai hitamkan oleh PTPTN. 

Bagi korang yang dapat " Tiada Halangan" tu, tahniah tahniah jugak tapi korang kena jugak check sama ada nama korang di masukkan ke dalam Senarai Dalam Proses Senarai Hitam PTPTN. Semakan ini sebagai langkah berjaga-berjaga atau indirectly PTPTN nak cakap " You Are Next!"
Klik pada site belah kanan tu dan laman web lain akan keluar seperti dibawah. 


Kalau dapat macam kat atas tu, bolehlah teruskan hidup dengan senang lenang. Kalau nama anda ada dalam list tu, maka hubungilah pihak PTPTN untuk berbincang cara terbaik untuk selesaikan hutang korang yang ada supaya tak disenarai hitamkan. 

Bagi korang yang tak tahu, menerusi Bajet 2017, PM Malaysia umumkan 15% diskaun untuk peminjam yang selesaikan kesemua hutang mereka tau. 15% tu, sapa yang nak bagi kan. So cepat-cepatlah selesaikan hutang anda.

Next entry, peanut akan cerita macam mana nak selesaikan PTPTN ni menggunakan akaun KWSP anda. Till next time. Bye~


Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment