Monday, March 30, 2009

Selamat Hari Ibu...Ibuku....

Riuh rendah rumah batu kecil kepunyaan Atuk dan Nenekku itu dengan suara-suara sepupu-sepupuku yang masih kecil itu, menjerit dan bermain kegirangan. Sudah adat, kanak-kanak lah katakan.Mereka juga penyeri keadaan walaupun bising tahap dewa. Mujur juga rumah itu rumah batu, macam mana lah agaknya, kalau rumah itu rumah papan? Seperti lima tahun yang lepas? Pasti, kemeriahan itu bertambah lagi dengan kemeriahan suara-suara papan-papan itu di pijak.

Ditambah dengan suara makcik-makcik dan pakcik-pakcik ku yang sibuk mengemas rumah, serta berborak-borak penuh isi di luar rumah. Memang sengaja atukku meletakkan sofa disitu. Senang katanya kalau nak berborak panjang.

Kalau yang lelaki sibuk berborak,dan ada juga yang sibuk memasang khemah serta memasang pelamin, kaum wanita dan juga makcik-makcikku pula tidak ketinggalan sibuknya di dapur, sama ada memasak untuk makan malam pada malam itu, dan juga membuar persiapan awal untuk majlis pagi esok. Bagi golongan anak dara seperti ku, kami hanya menghabiskan masa dengan menolong ape yang patut, seperti menyiapkan hantaran dan juga sengaja menyibukkan diri di dapur. Dan bagi golongan kanak-kanak seperti adikku, Adib, hanya satu sahaja yang mereka tahu buat iaitu ‘main’.

Semalam, Mak Long dan keluarganya datang menolong apa yang patut, pagi tadi pula, Sueja dan Teh sekeluarga, mak saudaraku pulak yang menampakkan batang hidung mereka. Dan lewat Asar tadi Ngah dan Chik sekeluarga pula sampai, menambahkan kemeriahan suasana itu. Melihatkan mereka yang keletihan dalam perjalanan jauh tadi, tetapi masih lagi bersemangat untuk meraikan hari bahagia akak ku itu, aku tersenyum. Terima Kasih semua. Aku tahu kalian tidak mahu kami rasa terpinggir kan? Bahkan anak Mak Su dan Pak Yeh, atuk saudaraku yang tinggal bersebelahan juga pulang ke kampung. Ya, matlamat yang sama. memeriahkan hari bahagia kakakku, Chik Long. Terima Kasih Abang Mie, Abang Lie, Kak Na, Kak ya, Abang Die, Abang Aling dan juga keluarga masing-masing. Apa yang mereka buat, amat aku hargai.

Esok, kakak aku akan menukar status solo kepada isteri orang. Malah panggilan "Empat Dara Pingitan" mungkin tidak lagi relevan untuk kami empat orang adik perempuan. Chik Long, Chik Ein, Chik Da dan aku, memang semenjak kecil lagi di panggil "Empat Dara Pingitan". Mungkin selepas ini, hanya tinggal tiga dara pingitan sahaja.Hanya aku dan dua lagi kakak ku.

Aku menyelak sedikit langsir bilik pangantin, hampir kesemua sudah siap, mungkin hanya melakukan persiapan terakhir sahaja lagi. Dalam kegembiraan yang di rasai oleh semua orang, dalam hati aku, terdetik rasa sedih. Bukan aku tidak gembira dengan berita bahagia ini, bukan aku tidak suka, tapi, inilah kali pertama adik beradikku berkahwin, apatah lagi dalam situasi kami sekarang. Aku seakan-akan terasa kehilangan. Tapi, apakan daya, tidak mungkin aku membantah perkahwinan ini berlangsung. Aku gembira dalam sedih, kakak aku akan ada hidup baru dengan suaminya, Abang Khairul. Ye aku tahu, lambat laun, aku juga akan begitu.

"Iera..." Lamunan ku terhenti. Aku tersenyum ke arah Chik Long, menahan air mata, Perlukah aku bersedih di hari bahagia ini? Sepatutnya aku bergembira.

"Iera, mari tolong Chik Long buat hantaran ni..." Aku tersenyum lantas mengangguk. Aku berjalan perlahan, masuk ke dalam bilik itu. Chik Ein sibuk menyusun cokelat-cokelat kecil itu membantuk hiasan sebuah rumah, aku kira agak menarik. Tidak lama kemudian Chik Da datang membawa buah-buahan yang segar. Mungkin buah-buahan yang aku nampak dalam peti ais tadi. Mujur aku tak makan tadi. Aku tersenyum sendiri.
Aku melihat telatah Chik Long menyusun buah-buahan ke dalam bakul. Chik Da pula aku lihat tergelak-gelak melihat susunan buah-buahan yang disusun oleh Chik Long yang mungkin melucukan, atau mungkin dia menggelakkan Chik Ein yang sedang curi-curi makan cokelat tu? Aku juga ingin bergurau senda begitu namun mungkin mood aku tidak berapa nakal hari ni. Tidak seperti sedia kala. Aku tercuri pandang ke jari Chik Long. Sebentuk cincin emas yang tersarung di tangan kakakku itu mendapat perhatian ku. Bertuahnya sungguh kamu, cincin. Calang-calang orang mendapat perhatian daripada ku.

"Chik Long, cincin tu cincin peninggalan arwah Ma kan? Kalau Ma masih ada, Ma mesti gembira kan tengok Chik Long nak kahwin ni?" Aku tiba-tiba bersuara. Dan aku tiba-tiba terasa yang aku telah merosakkan mood malam tu. Chik Long memandangku. Chik Ein dan Chik Da, terdiam seketika, tangan yang lincah tadi membuat kerje tiba-tiba terhenti. Aku menelan air liur, salahkah aku?

"Kalau lah Ma ada, Chik Long pasti Ma gembira dapat menantu pertama..." ujarnye sambil menggosok-gosok perlahan ciccin di jari nya. Air mata ku tumpah. Kenapa aku membawa suasana sedih ini? Aku lihat mata Chik Ein kebasahan, manakala Chik Da pula menunduk ke bawah. Aku dengar sedu sedan Chik Long. Aku faham perasaan mereka, sebab, aku juga rindukan Ma….Ma, Iera dah lama dah tak peluk ma..

if nak baca lagi, tekan bawah ni...


“Iera, Iera, bangun sayang, dah pukul enam ni...nanti tertinggal bas pulak..” ujar Ma perlahan sambil mengosok-gosok lenganku. Aku membuka mata, aku melihat Ma di sebelah ku, manakala Chik Da pula ku lihat sudah siap mandi. Aku lantas bangun. Aku tahu aku sudah lewat. Aku segera mengambil tuala ku yang tersidai di tepi tingkat di bilik yang di kongsi empat orang dara, cuma sekarang berkurangan ahlinya disebabkan Chik Long berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Aku segara mandi. Enam setengah nanti, bas yang membawa aku dan kakakku akan datang. Kalau aku lambat, aku akan di tinggalkan bas. Dan terpaksa lah aku menapak di tepi-tepi jalan, menunggu teksi yang akan mengenakan caj yang lebih mahal daripada bas.
Aku segera bersiap. Mendapatkan Ma di biliknya. Melihatkan Ma terbaring, membuatkan kerisauan melanda secara semulajadi. Ma tak pernah terbaring begini, selalunya Ma lah orang yang bersiap paling awal, menyiapkan adikku yang masih kecil. menyiapkan kami sarapan, dan kemudian turun berkerja.

“Ma, kenapa ni? Ma tak sihat ke?” Tanya aku sambil memandang ke arah Ma yang terbaring. Ma tersenyum ke arahku. Aku memegang tanganya. Panas! Aku meletakkan telapak belakang tanganku di dahi ma. Juga panas! Aku lihat muka Ma pucat. Ma mesti demam, kesian Ma.

“Ma okey lah Iera. Cuma penat sikit,” Aku mengeleng-geleng kepala. Okey? Tak mungkin. Ma, jangan lah sorok kesakitan yang Ma alami daripada kami. Kami tidak mahu Ma menanggung seorang diri.

“Ma demam ni. Ma tak yah pergi kerje ye hari ni? Ma rehat kat rumah ye? Iera pun tak nak pergi sekolah lah. Biar Iera jaga Ma.” pujuk ku, Walaupun aku tahu, mana mungkin ma tidak berkerja hari ni, Kalau Ma tidak berkerja hari ni, siapa yang nak bagi kami makan? Siapa yang nak bagi duit belanja sekolah kami esok? Aku tahu Ma memikirkan semua itu. Ingin sahaja aku berhenti daripada sekolah, berkerja, membantu Ma agar Ma tidak terlalu penat berkerja untuk membesarkan kami. Tapi, Ma memarahi aku kerana katanya ilmu itu penting, tanggungjawab Ma untuk mencari rezeki membesarkan kami.

“Tak boleh, Ma kene pergi keja jugak. Iera jangan risau.Iera pergilah sekolah tu. Nanti tertinggal pulak pelajaran. Ilmu itu penting. Itulah harta yang kita ada. Nanti Ma makan ubat, okey sayang?” Aku mengangguk perlahan. Sebak. Sedaya upaya aku menahan air mata daripada menitis. Aku tak mahu memperlihatkan semangatku yang lemah di hadapan Ma. Kalau Ma boleh menyorok kesedihan yang di alami, takkan aku tak boleh meyorok kesedihan ini melihat Ma bersusah payah membesarkan kami seorang dari. Tidak pernah aku melihat Ma menitiskan air mata walaupun setitik sejak Abah meninggalkan kami. Ma wanita yang tabah, dan aku amat menyanyangi ibuku itu. Aku mahu menjadi seperti Ma.

Aku bersalaman dengan Ma. Mencium tanganya. Seperti biasa Ma akan memelukku erat. Terasa kasih sayang yang Ma curahkan kepada kami. Kasih sayang yang mana mungkin di beli di mana-mana. Tidak ternilai harganya, malah aku tak sanggup menjual kasih sayang yang Ma berikan. Ma menggosok-gosok perlahan badan ku. Aku menangis, tetapi di dalam hati. Aku tak sanggup menitiskan air mata di depan Ma, menambahkan kesangsaraan yang Ma alami.

“Iera, belajar rajin-rajin nak. Ma tak ada harta nak bagi, cuma ilmu yang boleh Ma bagi. Ma akan cuba sedaya upaya untuk hantar anak-anak Ma ke universiti. Iera tak payah risau pasal duit, Ma akan usahakan, Iera cuma perlu belajar dnegan rajin. Ma sayangkan Iera, jangan peduli apa orang nak cakap, dah adat orang miskin macam kita ni. Belajar bersungguh-sungguh, harapan Ma hanya nak lihat iera Berjaya jadi orang yang berguna.” Aku mengangguk. Aku mencium tanganya sekali lagi. Ma memelukku erat sambil mencum dahiku. Terasa kelainan dalam pelukannya itu. Ma...

Aku bangun, giliran kakakku, Chik Da pula bersalaman, Aku melihat Ma berkata sesuatu kepada kakak ku itu. Mungkin Ma juga menyuruh kakak ku itu belajar bersungguh-sungguh seperti mana apa yang di pesan Ma kepadaku tadi. Aku lihat air mata Chik Da bergenang. Tahan Chik Da, jangan buat Ma bersedih dengan air mata kita!

Aku mengambil beg sekolah yang penuh dengan buku-buku tebal. Chik Da beriringan dengan ku, berjalan ke perhentian bas, aku memandang ke belakang, melihat wajah sayu ibuku itu. Hatiku berat melangkah. Seakan-akan tidak membenarkan aku meninggalkan rumah. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku menjaga Ma di rumah. Namun, aku tahu ma mesti tidak mahu aku ketinggalan. Biarlah kami ketinggalan dalam harta dunia, tetapi, bukan ketinggalan dalam mencari ilmu. Aku melangkah berat. Memandang kakak aku di sebelah yang mengesat air matanya. Aku pura-pura tidak melihat. Aku yakin jika aku menegur perbuatannya itu, air matanya mungkin mengalir dengan lebih laju lagi.

Waktu persekolahan hari ini aku rasakan adalah yang paling panjang dan paling lambat sekali dalam sejarah persekolahan ku. Aku nak balik rumah! Aku menjerit dalam hati. Aku tak dapat fokus dengan apa yang diajar oleh guru.Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Fikiranku di rumah. Entah kenapa aku asyik memikirkan Ma. Aku tak sabar nak balik. Hati ku memberontak. Tepat jam dua petang, aku cepat-cepat ke perhentian bas, menunggu seketika kakakku dan terus menaiki bas pulang. Kenapa lambat sangat bas ni bergerak? Rungutku di dalam hati. Mungkin jumlah yang padat di dalam bas ini yang menyebabkan pergerakan bas ni lembab. Biasa lah tauke bas juga mahu kaya dengan mengaut keuntungan tanpa memikirkan kami di dalam bas itu.

Aku berjalan secepat mungkin. Beriringan dengan kakak ku selepas bas itu memberhentikan kami di perhentian bas berdekatan dengan rumah kami. Aku membuka kasut sekolah dan meletakkannya di tepi tangga rumah. Chik Da pula sedang menanggal kasutnya. Dia menunggu ku membuka pintu rumah.

“Ma…”panggil ku. Aku membuka pintu. Menolaknya. Kunci. Aku memandang Chik Da. Chik Da memandangku.

“Ma dengan Chik Ein pergi kerjelah tu” ujar Adha sambil mengambil anak kunci yang selalunya di letakkan di dalm kasut besar itu. Dan mungkin juga kadang-kadang katak hijau yang keluar yang menyebabkan kami selalu terjerit besar. Dan mungkin tergelak sama. Kami masuk ke dalam rumah, menukar pakaian sekolah, menyangkutnya dengan hanger supaya tidak berkedut, jadi, boleh lah menjimat bil eletrik untuk menggosoknya lagi.

“Adha…!Iera…!” Aku memandang kakak aku yang ketika itu sedang memakai t-shirtnya. Dia turut memandang ke arahku. Itu suara atuk saudaraku, Mak Su, adik nenekku. Chik Da berjalan menuju ke pintu rumah, aku mengikutnya. Melihat kami menghampirinya, Mak Su yang sedang duduk di tepi tangga itu bersuara sambil mengelap peluhnya, mungkin penat berjalan ke rumahku dari rumahnya. Maklumlah, penyakit asmanya kuat meyerang.

“Adha, Iera, Ma kamu ke klinik tadi dengan Chik Ein. Tak balik-balik lagi, Makan lah kat umah Mak Su, Maksu dah masak dah untuk Adha dan Iera.” Aku memangdang ke arah Chik Da, dia mengangguk.

“Baik Mak Su, nanti kami pergi, kami nak sembahyang zuhur dahulu. Chik Ein tak telefon ke?Adib siapa ambil?” Tanya Chik Da.

“Adib kat rumah nenek kamu. Atuk kamu yang pergi ambil. Pagi tadi dia ada telefon, Ain cakap Ma kena pergi ke Hospital Machang. Mungkin Doktor nak ambil darah kot. Adha dengan Iera jangan risau ye? Mak Su balik dulu, Jangan lupa datang makan nasi, tak baik biar perut kosong. Mak Su balik dulu.” Kami mengangguk melihat Mak Su berjalan pulang ke rumahnya di sebelah. Perasaan bimbang muncul dalam diriku. Kenapa perlu ke hospital? Klinik dah tak boleh bagi ubat ke? Hanya demam je kan?
Ya Allah, jauhkanlah Ma ku dari apa-apa jua penyakit. Doaku di dalam hati. Hendak menelefon Chik Ein, tidak mungkin kerana Chik Ein tiada telefon bimbit, kami tidak mampu membelinya. Tadi pun, Chik Ein mungkin menggunakan telefon awam. Harap-harap Chik Ein menelefon lagi. Aku cuma mahu mendengar suara Ma. Mahu memastikan yang tiada apa-apa yang berlaku. Aku perlu pastikan tiada apa-apa yang berlaku ke atas Ma.

Petang tu telefon rumah Mak Su berbunyi, Mak Su mengangkanya. Aku benar-benar berharap yang menelefon itu adalah Chik Ein. Memberitahu berita gembira bahawa, tiada apa-apa yang menimpa Ma. Aku benar-benar risau. Sehingga petang ini, Ma dan Chik Ein tidak pulang-pulang. Aku merasa takut tiba-tiba. Aku memandang Mak Su sehingga dia meletakkan ganggang telefon.

“Siapa yang menelefon, Mak Su?” Tanya ku sebaik sahaja atuk saudaraku itu duduk disebelah kami.

“Kakak kamu, Ain. Dia kata Doktor terpaksa tahan Ma kamu sehari dua di hospital. Ain suruh hantarkan pakaian Ma sehelai dua.” Aku mengangguk. Terukkah demam Ma? Sampai perlu di tahan di wad? Aku tak mahu memikirka perkara-perkara buruk tetapi aku ingin tahu. Aku tak mahu sesuatu yang buruk menimpa Ma.

“Teruk ke demam Ma, Mak Su? Iera nak pergi jaga Ma lah,” ujarku. Mak Su memegang tanganku.

“Iera, kena tahan di wad tak semestinya sakit teruk. Mak Su pun pernah tahan di wad dulu, bukan sakit apa-apa pun, kan? Iera jangan lah risau, Tadi Ain cakap Ma dah pesan, Iera pergilah sekolah. Lusa kan cuti, kalau Ma tak keluar hospital lagi, Iera boleh pergi ye?” Aku mengangguk. Ma…

Malam itu aku tidur tak lena. Mak Su menyuruh kami tidur di rumahnya manakala abang-abangku yang lain tidur di rumah Atuk. Aku tidak dapat melelapkan mata. Aku tidak selesa tidur tidak berhimpit dengan kakak-kakakku. Dan paling penting, aku tidak selesa tidur tanpa melihat Ma. Aku tidak selesa tidur dengan Ma berada di hospital. Mesti Ma sejuk kan? Aku mengelap peluhku di dahi dengan tangan. Ma dah janji nak jaga kami, Ma tak akan tinggal kami, kan? Ma takkan tinggal kat hospital lama-lama kan? Akhirnya aku terlelap dengan air mata meleleh-leleh di pipi.

Pagi tu semasa bersiap-siap, aku dengar bunyi telefon rumah berdering. Seperti biasa, Mak Su mengangkatnya. Aku terdiam seketika. Aku cuba mendengar apa yang di perkatan oleh Chik Ein, aku mendekapkan telinga ke dinding di sebelah tempat letak telefon, yang kebetulan di tepi bilik itu.

“Ain, kenapa menangis ni?” itulah ayat pertama yang keluar daripada bibir Mak Su. Aku dengar sedu sedan Chik Ein. Otakku mula memikirkan perkara-perkara yang buruk. Apa yang terjadi? Ma…

“Ma,,Mak Su…Ma tak sedarkan diri…Mak Su, Ain takut…Ain takut Ma akan tinggalkan kami…” Air mataku tumpah. Macam ni sekali demam biasa yang Ma alami? Aku tak dengar apa yang di perkatakan oleh Ain lagi selapas itu, yang aku tahu Ma perlu di pindah kan ke Hospital Kota Bharu dengan segera. Iera, kuatkan semangat. Ma perlukan kami.

Aku keluar dari bilik, berjalan ke arah Mak Su yang sedang meletakkan ganggang telefon ke tempat asalnya. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi wajah kedutnya itu.. Mak Su…Aku menahan air mata ku daripada tumpah. Walaupun, dalam bilik tadi, air mataku mengalir tanpa henti.

“Mak Su…” panggil ku. Mak Su cepat-cepat mengelap air mata.

“Chik Ein telefon kan? Ma tak apa-apa kan?” tanyaku. Walaupun, aku tahu jawapannya, aku tetap ingin bertanya akan keadaan Ma ku. Mak Su mengeleng-geleng kepala.

“Iera jangan risau, Ma tak ada apa-apa. Pergilah sekolah, nanti petang lepas balik sekolah, kita pergi jaga Ma pulak.” Aku mengangguk. Aku segera bersalaman dengan Mak Su dan juga Atukku yang berada di muka pintu. Aku berjalan bersama Chik Da ke perhentian bas. Aku tahu keadaan Ma teruk. Kerana aku juga dengar perbualan Mak Su dan Atukku. Aku tahu selepas aku ke sekolah, mereka berdua akan menelefon saudara- maraku yang lain, yang tinggal jauh dari kami supaya segara pulang ke kampong, menemui Ma ku. Yang mungkin…yang mungkin pergi jauh. Aku menitiskan air mata. Ma. Jangan tinggalkan Iera, tetapi, aku yakin Ma tiada apa-apa. Aku berdoa supaya Allah tak akan pisahkan kami, aku dah kehilangan Abah, takkan aku kena kehilangan Ma juga? Ya Allah, selamatkan lah Ma ku...Aku tak sanggup kehilangan Ma lagi..cukuplah hanya Abah meninggalkan kami...

Persekolahan hari ini terasa hambar. Sikap ceria ku hilang. Kawan-kawan ku pelik. Tetapi aku tidak memberitahu apa-apa kepada mereka. Aku cuma ingin pulang. Pulang kerumah dan mengharapkan Ma ada di rumah. Aku rindukan Ma. Aku tak sanggup berjauhan dengan Ma. Seperti semalam, aku cepat-cepat pulang kerumah kerana Mak Su sudah berjanji mahu membawa ku ke Hospital Kota Bharu menjaga Ma sekiranya kesihatan Ma belum pulih. Aku heran Ma cuma demam, tetapi kenapa perlu ke di tahan di Wad Kecemasan.

Seperti yang aku jangkakan, Ma masih belum lagi pulang kerumah ketika aku melangkah mauk kedalam rumah. Aku cepat-cepat menyiapkan diri dan bergegas kerumah Mak Su ku. Kelihatan Atukku di tangga rumah Maksu. Mak Su dan suaminya, Pak Yeh jua ada di sana. Aku tahu topik yang di perbualkan mestilah mengenai diri Ma ku yang sedang sakit di hospital. Aku duduk di sebelah Atukku. Atuk mengusap-usap rambut ku.

"Adik mana, tuk?" Aku bertanya mengenai keadaan Adikku yang baru berusia lima tahun itu. Aku tahu adikku hanya tahu Ma ku di Hospital tapi dia tidak tahu keadaan ibuku. Kesian adikku.

"Ada..tidur dalam bilik kat umah Atuk. Penatlah tu. Tadi sibuk dok tanya Ma pergi mana." Aku menahan sebak di hati. Adik, ma masih di hospital. Aku masih boleh lagi menjawab pertanyaanya. tapi macam mana kalau sesuatu yanng buruk terjadi kepada diri Ma, apakah aku ada kekuatan untuk menerangkan kepada aikku itu?

"Iera...iera pergilah makan..Maksu dan masak..." ujar Maksu. Aku mengangguk perlahan walaupun aku tidak berasa lapar. Dari semalam lagi perutku tidak dapat menerima makanan. Aku cuma makan untuk menjaga perasaan Mak Su yang mempelawa ku.

"Baik, Mak Su. Iera nak pergi jengok adik sekejap..lepas tu, iera makan lah..Err, Maksu, semalam Mak Su dan janji nak pergi jaga Ma ngan Iera kan?" tanyaku. Mak su segera mengangguk.

"Kita tunggu Chek In balik dulu. Lepas tu, giliran Maksu ngan Iera pula pergi ye?" Aku mengangguk. Cepatlah balik Chek In dan Chik Da. Biar Iera pula jaga Ma. Biar Iera pula yang menatap wajah Ma. Hati Iera tak tenteram selagi Iera tak jumpa Ma. Aku lantas berjalan ke umah Atukku. Menatap adikku. Aku mengusap-usap pipi adikku. Air mataku menitis. Adikku terjaga. Aku cepat-cepat mengesat air mataku.

"Kak, Ma mana? Kenapa kakak menangis ni?" tanya Adikku. Dia mengesat air mataku yang mengalir. Air mataku tambah mengalir.

"Tak ada apa-apalah. Ma ada kat Hospital. Nanti petang kakak nak pergi jaga Ma. Adik boleh ikut tapi budak-budak tak boleh kat sana lama-lama. Nanti Doktor cucuk ngan jarum. Bangunlah dik. Kakak lapar. Jom makan dengan kakak" Adikku mengangguk. Aku mengesat air mata yang mengalir lagi. Aku tersenyum memangdangnya. Aku segera memimpinnya ke dapur.

Petang itu, khabar gembira yang di bawa Chek In mengurangkan sedikit kerisauan dan kebimbangan aku terhadap Ma. Ma dan pun baik sedikit walaupun tidak seperti sedia kala. Doktor yang merawat juga mengatakan Ma sudah boleh di bawa pulang dalam masa terdekat ni. Ma juga sudah boleh bercakap-cakap dengan kakak-kakakku yang menjaganya ketika itu. Ma ku juga berpesan supaya jangan risau sangat dengan dirinya. Ma tahu anak-anak Ma sayangkan dirinya dan Ma juga sayangkan kami. Ma juga berpesan supaya tunggu sahaja kepulangannya. Aku berkeras mahu menjaga Ma juga tetapi Chek In kata Ma pesan supaya buat kerja sekolah.. Mungkin Chek In beritahu Ma yang aku ada tugasan penting yang perlu dihantar esok tetapi aku langsung tidak menyiapkannya.

Mendengarkan perkhabaran Ma itu dan larangannya Ma, aku hanya menurut. Aku tahu Ma tahu apa yang terbaik buat kami. Ma, Iera tunggu Ma di rumah. Cuma mak saudaraku yang sulung, Mak Long dan abangku, Abang Ngah yang pergi ke Hospital Kota Bharu. Menjaga Ma buat malam itu. Aku melambai-lambai ke arah mereka. dan aku berharap agar mereka kembali dengan Ma. Aku sudah mampu tersenyum riang malam tu. Kakakku bercerita mengenai Ma yang sakit di hospital ketika mereka menjaganya. Terasa sedih mendengar Chek In bercerita mengenai keadaan Ma ketika di Hospital. Katanya Ma hanya terbaring tidak sedarkan diri. Ma sering meracau. Tapi, Ma dah tak sakit. Ma dah boleh berbicara. Ma dah boleh mengatakan sayang kepada anak-anaknya.Terubat rinduku mendengar cerita mengenai ma. Ma, iera rindu Ma sangat-sangat. Iera sayang ma sangat-sangat. cepatlah pulang. Iera nak peluk ma. cium ma. nak tidur dengan Ma. Ma, cepatlah pulang.

Setelah Usai solat Isyak, aku berbaring di atas katil di sebelah Chek In dan Chek da. Dari dalam bilik itu, aku dapat dengar Mak Su menelefon saudara maraku agar jangan terlalu risau kerana Ma ku sudah sihat. dan mungkin akan pulang esok kalau mengikut kata Doktor. Atukku di rumah nye jua begitu. menelefon saudara maraku yang mungkin sedang bersiap-siap mahu pulang. Aku tersenyum. Bersyukur aku kehardat Ilahi kerana di kurniakan dengan keluarha yang penyayang dan mengambil berat. Aku membuka tugasan yang aku perlu siapkan dan perlu di hantar pagi esok. Aku rasa bersalah kerana tidak menyiapkanya awal-awal. Aku mula memegang pen dan menulis -nulis di dalam buku. Semangatku untuk belajar membuak-buak. Ma, nanti bila iera dah besar, iera akan bagi apa sahaja yang Ma nak. Iera takkan lupakan jasa Ma. Iera akan jaga Ma macam Ma jaga Iera. Aku menyambung penulisan ku.

"Hawa..hawa.." Aku mendengar seseorang memanggil nama Mak Su. aku kenal suara itu, suara Atukku. Aku memandang kakak-kakakku. Mereka mengangkat bahu tanda tidak tahu. Hati aku mula berdebar. Kerisauan datang semula. Aku meletak pen dan menutup buku. Aku segera bangun dan berjalan keluar dari bilik itu. Aku melihat Mak su di pintu hadapan rumahnya. Atukku pula baru seperti baru berjalan dari rumahnya.

"Ma budak-budak ni dah tiada. Mak Long budak-budak ni telefon tadi. Baru sebentar Arwah di jemput Ilahi. Bagitahu budak-budak tu, aku nak telefon saudara mara kita." Mak su ku mengangguk. aku terkesima di sebalik pintu. Bibirku bergetar. Aku menahan sedu tapi air mata ku tetap ingin mengalir. Aku terasa ingin jatuh. Namun, Mak Su cepat-cepat memelukku. Aku menangis. Mak su memelukku erat sambil mengusap-usap bahuku.


"Sabar Iera...Allah lebih sayangkan Ma." aku menangis tersedu sedan. Kakakku yang mendengar jua seakan-akan tidak percaya. Mereka berpelukan. cuma aku dengar suara Chek In yang berkata sambil menangis. dia tidak sangka. Tadi dia meninggalkan Ma dalam keadaan yang sihat. Kalau tahu macam ni, dia tidak akan pulang. Ma, kenapa tinggalkan iera? ma, iera tidak ada abah. abah dah tinggalkan Iera. macam mana iera nak hidup tanpa Ma? Aku berlari masuk kedalam bilik sambil memeluk kakak-kakakku. Adikku yang baru masuk ke dalam bilik turut menagis melihat kami menangis. AKu memeluknya erat..Ma...

Malam tu, tepat pukul 12 malam...dua jam selepas pemergian ma..Ma pulang ke rumah,,tapi hanya tubuh badan Ma yang pulang kerumah, rohnya sudah di panggil Ilahi. benar kata-kata Ma, Ma akan pulang ke rumah..Aku melihat sahaja Van jenazah Hospital Kota Bharu memasuki perkarangan rumahku, membawa masuk mayat ma yang diselimuti dengan kain batik. Aku berjalan di iringi Maksu dan kakak-kakaku ke tempat Ma di letakkan. Kami berjalan sambil memimpin satu sama lain..Walaupun terasa ingin pengsan, aku kuatkan hati. Kami mengelilingi ma, Aku membacakan Surah Yassin kepada Ma. Aku tidak tahu berapa kali aku mengulangnya. Cuma yang aku tahu, aku terjaga bila aku sudah berada di dalam bilik. Mungkin semasa mengaji Al-Quran tadi, aku telah jatuh pengsan. Entah, aku tidak mampu mengingatinya. Aku tersedar melihat Chek Long, kakak ku yang Sulong tidur di sebelah ku. Kesin Chik Long, dia cuma mengetahui keadaan Ma yang telah pergi menghadap Ilahi. Bukan kami tidak mahu memberitahunya, tapi kami bimbang pembelajaran dia di universiti terjejas. Mungkin Chek Long dapat tahu bila Mak saudaraku mengambilnya di kolej malam tadi.

Ma, iera sayangkan Ma..Iera tahu Ma sayang kan Iera dan yang lain-lain jua. Iera terlampau rindukan Ma..Hidup iera tiada seri tanpa Ma. tiada lagi orang yang akan memarahi Iera lagi. Aku menangis tersedu sedan lagi malam itu. sambil menatap wajah ma yang pucat dan di selimuti kain putih itu...

"Iera..." bahuku di tepuk. Aku terkejut. Lantas segala episod lalu hilang dari pandangan ku. Dunia realiti berada di depanku. Gelak ketawa kanak-kanak kembali memenuhi suasana hiba tadi. Aku tersenyum memangdang Chik Long. Lama betul aku mengelamun. Aku menyapu air mata yang bersisa.

Aku rindukan Ma...AKu rindukan kasih sayang Ma, belaian Ma, ciuman Ma....Ma, iera rindukan Ma...Iera ingin bersama Ma...Ya Allah, Kau tempatkan lah Ibuku di antara orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga rohnya tenang di sana. Amin ya Rabbal Al-amin.Al-fatihah buat Ma. Setiap tahun selepas kematian Ma, aku tidak mampu nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ma lagi, aku cuma mampu bisikkan pada angin sahaja. Kepada sesiapa yang masih mempunya ibu, sayangilah ibumu kerana ibu hanya satu, tiada dua atau tiga. dan tiada sesiapa dapat mengantikan tempat ma.

Bahuku di tepuk..aku tersedar daripada episod lalu. Aku tersenyum memandang kakak ku. Aku mengelap air mata yang tumpah. agar lama aku mengalamun. Aku susah kembali ke dunia realiti. gelak tawa Kanak-kanak bermain-main di telinga ku. Episod lalu hilang dari penglihatan.

Ma, iera sayangkan ma, terlampau sayangkan Ma. iera rindukan Ma. Iera rasa macam ingin berada bersama ma di kala ini. Rindu dengan kasih sayang Ma, rindu dengan belaian dan kucupan serta pelukan Ma. Iera rindu semua itu, tetapi iera tak mampu nak lakukan sekarang. setiap tahun, Aku tak mampu nak ucapkan selamat hari ibu buat Ma ku, saban tahun aku teringatkan Ma. kepada sesiaapa yang masih memliki ibu, sayangilah ibumu, dan hagrailah dia yang membesarkan mu, tanpa dia tidak mungkin ada kamu sekarang. ibu hanya satu. tiada dua tiada tiga. dan tiada penganti seperti ibu. dan bagi ku, tiada penganti seperti Ma. Ma, Selamat Hari Ibu. Hanya pada angin mampu ku bisikkan.

nota kaki


Ini adalah cerpen peanut...walaupun peanut publishkan di sini..harap tidak ada yang salah guna kan ia...mungkin tak de sape akan copy dan paste..tapi harap2 tidak ada..peanut sayang cerpen ini...

satu lagi..Alfatihah buat Ma peanut yang telah enam tahun kembali ke Rahmatullah....

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

48 pujian[s]:

Unknown said...

sabar la ek....cik peanut...cj paham perasaan cik peanut..
cj pun pernah kehilangan orang yang tersayang...ayah cj...
masa cj masuk universiti pun dia dah tak ada...tapi cj tahu dia banggan and happy ngan kejayaan cj. So, kita sebagai anak mampu mendoakn kebahagian mak ayah kita DI SANA kelak....

yang kakak sudah...cik peanut bila lagi??
tak ada orang g mintak lagi ka?? haks!!!

Along Arman said...

ermm peanut..
sedey kisah hidup peanut..
pe² pun banykkan bersabar..
sememangnya sedey bila orang yang kiter sayang meninggalkan kiter buat selama²nya..
namun kehendak Ilahi terpaksa kita redha..
kiter yang hidup nie teruskan hidup dengan baik..
ma peanut misti bahagia bila tau peanut dapat jaga diri bebaik..

Al-Fatihah untuk arwah ma peanut...

♥ peanut jangan sedey-sedey yer.. ♥

Belog Cik Peanut said...

incik cj-alhafiz.
betul2,
peanut pun ase Ma peanut bangga ngan peanut..hem..
ni mesti tak bace csampai habis kan?
ni cerpen peanut sempena hari ibu tahun lepas..peanut tulis sebab rindu kat ma peanut..

ops...sde wowang lagi akak peanut belum kahwin..hehehe.tak leh langkah bendul..lagipun, tak de owang nak..hehehe

Belog Cik Peanut said...

along Arman,
t2x,,,
peanut pun redha dengan pe yang telah di tetapkan oleh-NYA..

azizwan(dot)com said...

sedih baca n3 cik peanut ni. sob3.. nk menangis plak aku. serius, mata aku berkaca sbb terbayang yg aku pasti akan melalui saat ini suatu hari nanti sehinggakan aku sering berdoa biarlah aku pergi dulu sblm kedua org tua ku. ;(

herm.. tak tau plak nk ckp apa. cuma aku harap cik peanut teruskan ler perjuangan yg belum selesai dan jgn sedih2 krn setiap yg datang pasti akan pergi juga walaupun kita tak pernah menginginkan pemergiannya.

last but not least, al-fatihah utk ibu cik peanut.

Mr Aan said...

hope cik peanut tabah

Blog Eazy Izzuddin said...

huhu...
sedeynye bile bace....
saba ea...
=)

Belog Cik Peanut said...

azizwan
betul2
peanut pun kalu boleh cam gitu gak
biarla peanut pergi dulu sebelum mereka
tapi dah takdir kan
kite ne leh tolak...

Belog Cik Peanut said...

mekasih incik amer

Belog Cik Peanut said...

mekasih ye eazy..
hem..peanut lebih tabah dari dulu

Kill-Vearn said...

Innalillahi wainna iali hirojiuun...

mula2 baca tajuk, saya ingat peanut just nak ucap hari ibu saja.. entah betol entah tidak lani hari ibu.. saya tak taw... bila tgk2, panjang pulak... saya baca... lama2 baca, setitis demi setitis air mata jatuh... jatuh mcm air mata peanut jatuh gak kot... hari rasa sebak sgt2.. seolah2 saya ada dlm citer tuh... saya ingat peanut lani dah yatim piatu... saya tak taw ape2 kisah peanut sebab kita baru aje kawan... so saya andaikan gitu, pastu terpikir, mcm ne la peanut leh idop tanpa kedua org tua... kalo saya, mmg tak sanggup kehilangan keduanya... at last baca sampai abes, peanut kata ayah masih ada, tapi ibu telah tiada... walaupun sedih, hati ni tetap ada rasa hepi sket sebab peanut still ada tempat mengadu... tapi walau bagaimanapun saya tetap bersedih atas pemergian arwah mak peanut walau ia telah berlalu lama.. saya dapat rasakan ape yg peanut rasa... doakan ibumu ok peanut... sampai saat saya taip neh still sedih, air mata ngalir.. sebak sangat2... setiap yg hidup pasti akan mati, cuma persoalannya bila... hanya Allah yang tahu... saya slalu harap saya dapat berbuat baik n balas jasa mak ayah saya.. saya gak slalu takot tak taw nape.. rasa seolah2 diri makin hampir dengan mati... saya selalu ingat mati, namun dosa diri ni terlalu banyak.. tak taw mcm ne nak selesaikan hutang dengan Allah.. pilu sangat... saya selalu teringat satu kisah di mana bila daun dari pohon yang besar di Arasy Allah tu gugur, dan terdapat nama saya pada daun tu, masa tu nyawa saya mungin tinggal beberapa bulan, hari atau saat... hanya Allah dan Malaikat Maut saja yang tahu... takut.. sangat takut.. tapi saya selalu degil.. mcm ne ni ek.. emosi lak saya pagi ni... peanut jaga diri bebaik ek.. blaja rerajen... jaga ayah selagi dia masih ada... salam...

Belog Cik Peanut said...

tima kasih ye incik kill vearn sebab sudi bace..ni cerpen peanut time skol menengah lu..peanut wat sempena hari ibu n peanut antar kat majalah sekolah...

peanut pun menangis bace kumen bro..
abah peanut masih ade..dulu peanut penah membencinya..dan skunk peanut rase bersalah sangat kat abah..dan peanut tahu abah rasa bersalah kat kami, dan cuba untuk penuhi pe yang kami nak..n skunk peanut sayangkan abah peanut..skunk abah peanut merancang nak beli umah baru, dia malu nak balik kat umah lama kami...

ye, bro...peanut pun mahu jadi anak yang baik terhadap ibubapa..kat Ma peanut, peanut dah tak leh wat, cuma leh berdoa je,,,kat Abah je lah skunk..peanut akan jaga ye...

fara said...

sob sob.. ish kuar2 plak hingus nie.. makin bertambah hingus aku baca blog ko nie... ngeee.. walaupun aku tau skit2. pasal family ko... tapi cerpen nie..$$$$$srOoTTt.. SROoTTt.. AA.. HINGus tak benti2 twon nie.. ish.. patut kat atas tuh .. ko tulis.. amaran.., sediakan tisu sebelum membaca... hahaah

Belog Cik Peanut said...

fara
aduiya,,takkan ko nangis kot??
hehhehehe

nbie89 said...

buat kali ketiganya aku menangis baca cerpen ko...sob3
aku da prasan da ko publish balik cerpen first ko wat blog...
cume baru ari ni...
tangan aku tergerak nak mengomen...
lidah aku kelu nak cakap..
tangan lak kaku nak manaip...
lagi2 baca lak komen killvearn diatas...
menambahkan air mata aku...

al-fatihah untuk ibu mu

dan sentiasa teruskan perjuangan ko...[cik peanut org yang pandai]

-kejar cita-citamu-

Belog Cik Peanut said...

nbie89,
ye dulu aku tak publishkan sampai habis aje
skunk aku tulis sampai habis,
erm, thankz ya for being a good frenz...

Ikaa said...

cikpeanut.....
wuaa...ika nangeh laa..;((
isk2..
monster nangis...;(
harap cik peanut tabah yeaa
humm..rase cam na peluk mak ika lak
isk3
hatiku sedih banget ini malam
;(

-alfatihah untuk ma cikpeanut-

Belog Cik Peanut said...

cik ieka..
janganlah nages..
t tak cute
hehehhehe
mekasih ye cik ieka...

nbie89 said...

thanx gak jadik gudfren aku...=)
huhu...
untuk dinner nati...
transport da kompem...[ngan nadia]
tapi kiter senyap2 jelar eh...
wat rileks jerr...hoho

Ajwin Ajeera said...

Salam ziarah..
semoga rohnya tenang disana..
cik peanut jgn sedih2 ya..
we all love u cik peanut..
:)

Unknown said...

salam,
peanut!!!
tabahkan hati kamu ye..

tiba2 lahir 1 perasaan yang hiba,membaca cerpen ini membuatkan saya tersentuh dengan ketulusan kamu menceritakannya.
seyes!!!
air mata mengalir tanpa di sangka,
hati tiba2 berasa bersalah.
perasaan mula mnjadi sayu,
otak mula menjadi kesengsaraan.

saya merasakan dr sy berada dlm situasi ini. berada dlm keadaan peanut. seolah2 ia menjadi realiti.

bagaimana kalau ia terjadi dlm hidup saya??
mak..sy hanya ada mak jer sekarang nie.. bersama mak!! hidup bersama lagik..
entah.. tak tahu nak cakap ape lagik.. tersentuh sgt2!!

saya bnci mak tiri.!!
biarlah orang nak cakap ape pun,
saya dr kecik smpai skrg mbesar tanpa seorang ayah!!
kerna seorang perempuan yang di panggil "MAK TIRI"
yeap, tdk semua mak tiri 2 jahat.
tapi, saya tidak pernah merasai kasih syg dr seorang ayah!!!!
orang yg mengetahui shja bagaimana perasaan kurang ksh syg dr "AYAH"
yeap, sy pernah membnci "AYAH" sy..
meninggalkan sy ketika sy memmerlukan belaian drnya..

saya nak jadi anak yg terbaik untk mak saya.. saya nak jadi insan yg mak sy bngga dgn dr sy..
saya nak jadi sepertimana mak sy mngharungi khdpn ini dgn tabah menumpuh rintangan tanpa seorang SUAMI.. membesar sy adk beradik..
tabah dlm apa jua cabaran..

itulah mak saya!!...


:((
tak leh nak taip dah.
sayu sgt2!!!!!!!

peanut,
saya doakan ma kamu berada aman disana.. AMIN!!

CikYana(",) said...

sedeynye sis bce
saba ye peanut
sis pun alami perkara yg sama 12thn lpas
byk2 berdoa tuk arwah ma peanut ye
xmo cedey2 oke
life must go on whatever happen
remember that
al-fatihah tuk arwah ma peanut

♥ hugs n kisses 4 u ♥

Belog Cik Peanut said...

nbie89,
konfirm ek ngan nadia,
aku beli dah baju untuk dinner,
tak der kah liplpap2x..
hehehehhe
oish, ne de aku g tau owang lain,
kiter dua udah lah..

Belog Cik Peanut said...

mekasih ye cik ajwin,
peanut pun sayang kan u all gak..

Belog Cik Peanut said...

mekasih ye cik ajwin,
peanut pun sayang kan u all gak..

Belog Cik Peanut said...

mekasih ye cik yuyu,
peanut pun sedih dengar pe yang cik yuyu cakap,
betul ke cik yuyu de mak tiri gak?
mak tiri peanut jahat,
walaupun ye tak dera peanut,
peanut tak suka ye...

Belog Cik Peanut said...

mekasih ye cik yuyu,
peanut pun sedih dengar pe yang cik yuyu cakap,
betul ke cik yuyu de mak tiri gak?
mak tiri peanut jahat,
walaupun ye tak dera peanut,
peanut tak suka ye...

Belog Cik Peanut said...

mekasih ye cik yana,
peanut tahu sis pun penah mengalami nya kan?
sis pernah tulis sal abah sis kan?
peanut pun sedih bace pe sis tulis,
tapi time tu tak leh kumen lak, broadband wat hal...
alfatihah buat Ma peanut ngan arwah abah cik yana ye...

BadekGonzalez said...

memula, al-fatihah...
ok, skang, aku nak komen..
aku sebenarnya nak cakap yg cerpen ni bez..tapi, bg aku, xbez..
sebab, ianya satu kenangan hitam yg perit tapi normal pada insan biasa seperti kita.patutkah aku mengklasifikasikan kenangan perit sbg bez??huhu..aku keliru

kita manusia...
kta akan sedih
kita akan marah..
namun, nyawa dan harta kita dan diri kita, adalah milik Allah secara mutlak...
kita hanyalah peminjam dariNya
hanya sabar,iman, usaha,tawakal dan taqwa yg dapat membantu kite..

miss peanut, lu mmg tabah...
Allah bg ujian kat lu sbb Dia tahu lu blh tempuhi..kalu wa, komfom wa lagi teruk dari lu..
sbb, wa blom sedia n sekuat lu..

takziah kerana pemergian
tahniah kerana kemenangan
permegian merujuk kpd ma
kemenangan merujuk kpd ketabahan kamu

p/s:maka bangkitlah kita dari kegelapan menuju cahaya di hujung jalan..berjalan biar teratur..arah biar lurus...

nurul aisyah said...

sgt sedeyh cter kamu cik peanut.jahatnye ibu tiri.biarla die cpt2 dapat balasan stimpal dr Tuhan.
m0ge hidup kamu lebih bahagie peanut!

Mr Apam said...

sedey membacanya...tabah jer lah cik peanut..kuatkn semangat...OK

pinat said...

sedey nye bace cerpen nih...
saba ye peanut..
jgn sedey2 da...

Dr. Nur said...

erm.. sabar ye.. aper y terjadi semuanya ada hikmah. erm.. aper2 pun... kami semua ada jika peanut perlukan utk luahkn apa2

Belog Cik Peanut said...

mekasih ye incik badek..
erm..peanut pun tak sangka penaut leh tabah..sebab mase Arwah ma meninggal..peanut ase peanut kosong.hilang semua...

Belog Cik Peanut said...

mekasih ye incik badek..
erm..peanut pun tak sangka penaut leh tabah..sebab mase Arwah ma meninggal..peanut ase peanut kosong.hilang semua...

Belog Cik Peanut said...

cik nurul aiyah..
ye..peanut tak moh balas pe ye buat
biarlah yang kat atas tu yang balas..
erm..mekasih ye

Belog Cik Peanut said...

mekasih ye armin

Belog Cik Peanut said...

mekasih ye cik pinat
peanut cuba untuk sabar
okies

Belog Cik Peanut said...

mekasih ye cik pinat
peanut cuba untuk sabar
okies

GeNeRaSi MaLaYSia said...

hmm...
tersentuh hati ni baca n3 ni..
pe2 pun cik peanut tabah kan hati, setiap kejadian yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..
anggaplah ia berlaku untuk menduga cik peanut dan keluarga..

Belog Cik Peanut said...

mekasih ye incik gm.
ye betul..
peanut anggap ye sebagai dugaan hidup peanut..
mahusia kan tak terlepas dari dugaanNya

joegrimjow said...

sedey2
cam ni la
tp mau yg baru
khas untuk contest 2
masukkan r skit lusyah2
lalaal~

tabahkan aty yea

shafiedotbiz said...

peanut..sy dapat rasekan satu aura dari cerpen awak ni..
Satu cerpen yg dibuat dgn jujur..dari segi pghayatn..penulisan dan kisah yang benar..
ianya amat berkesan..walaupun saya seorg lelaki..
air mata saya ttp mengalir ketika membaca kisah awk ini...
saya harap awk dpt menerima sgla apa yang telah dirancang oleh yang maha esa..
kalo boleh awk menulis lagi..sy setia untuk membaca nya..trs trg sy kate saya peminat awk sekarang...

Belog Cik Peanut said...

lusyah? ape itu?
heheheh

Belog Cik Peanut said...

incik shafiedotbiz..mekasih ye.peanut terharu mendengrnya..peanut memang wat cerpen ni dengan sepenuh hati..n cerpen ni bukan sekadar cerpen tapi hati peanut dan perasaan peanut...

Aku X-PO said...

huhu sy pantang bc or tgk video psl ibu..mesti ati ni mudah jd sebak

Unknown said...

adoi sedey nyew...aku....
peanut cerpen ini mampu mengeluarkan air jernih dr mata aku...
salam takhziah
Peanut...tabah sungguh kamu....
xmampu nk tulis ape...sbb aku sebak sgt....
sobsobsob

Anonymous said...

Bonjorno, sesuatudisana.blogspot.com!
is offline Profile Card · PM. Go to the top of the page. + Quote Post [url=http://farmamed.fora.pl/ ]Dove Compra cialis online[/url] volessero comprare viagra o cialis online per esempio. Molte persone non [url=http://farmitalia.fora.pl/ ] Comprare cialis online[/url] Acquista Cialis Viagra Generico Cialis Generico e Originale [url=http://milanofarma.fora.pl/ ]Dove Compra cialis online[/url] comprare cialis senza ricetta @ 2009-08-21 19:08:21; xmcuawsq, [url=http://farmanova.fora.pl/ ]Come Compra cialis in Italia[/url] 30, Generic Cialis in italia it $104.00, compra Generic Cialis per femminile [url=http://farmaroma.fora.pl/ ] Comprare cialis [/url]

Post a Comment