okies..tenghari ni peanut di kejutkan
dengan tag dari
cik ika....dah lah pagi tadi dikejutkan dengan soklan test Manegerial Accounting yang susah2..dua jam setangah peanut bertungkus lumus menjawab soklan sambil mengesat hingus
....(kowang kene faham ,peanut kan selesema)....lecturer MA1 peanut cakap soklan mid term agi senang dari final..so, kowang leh bayang sendiri lah betapa'senang'nya soklan final nanti la kan? mungkin waktu tu peanut bukan setakat lap hingus, terus tersakit kepala terus gamaknya...
Okies tanpa membuang mase(walupun pendahaluan dah melalut), jum kita usha sesama tag dari cik yang cute ni..lalalalal
Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah...(maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)
1)Anak kunci
kegunaan asal-of course sebagai kunci pintu bilik. tapi, peanut tak yah masuk bilik guna kunci pintu...cuba teka nape? sebab peanut halimunan...leh masuk gne dinding je...
sebenarnya pintu bilik peanut wosak...dah report tapi lum datang baiki agi...ops, jangan g tau owang lain ek?..habislah bilik peanut t..terutama kat monyet2 yang selalu bergayut kat pokok depan bilik peanut(faham2 lah sintok ni kan zoo), t si monyet2 hencem tu masuk lak bilik peanut ni...
kegunaan sampingan-digunakan sebagai pisau untk membuka tembikai ketika acara sukaneka makan tembikai..lalalal...selain itu, boleh digunakan sebagai loket rantai untuk di hadiahkan kepada pakwe masing2(errk,,boleh ke jawapan ni?)
2) penutup pen
kegunaan asal-menutup mata pen agak pen tidak mudah habis dakwat.dan tidakperlu menghabiskan duit untuk membeli pen baru..baik simpan duit untuk shopping kasut baru....
kegunaan sampingan-ye, sepeti cik ika..peanut suka gigit hujung penutup pen sehingga hilang keaslian rupa asal pen tersebut...ops, terbagitahu tabiat buruk peanut yang ayu ni lak..malulah..hehhhe
3)Botol Mineral
kegunaan asal-untuk menyimpan air yang di masak oleh peanut.err, rajin tak?
kegunaan sampingan-diisi dengan pasir sehingga separuh botol..kemudian digoncang2 ketika hari sukaneka di adakan...boleh imagine tak?
4)Paper lama
kegunaan asal-sebagai bahan buangan..erk...
kegunaan sampingan-boleh dijadikan jet pejuang peribadi ketika main perang dengan adik(tak de s sebab sowang je tau)
5) seluar 'D'lama..'DALAM' terpaksa di sensored kan..ops...
kegunaan asal-entah..buang kot...err,..nak pk gak lah keguaan yang mengarut...sebagai seluar baru untuk adik peanut..lalalal...jahat tul peanut..erk..ciptaan semata2..bukan kisah benar ye..
kegunaan sampingan-digunakan untuk mengelap peluh di muka anak kambing..yeks...
6)Lesung batu
kegunaan asal-digunakan untuk menumbuk bawang, halia dan sepupu sepapat dengannya...sila amik perhatian, kemungkinan besar anda akan berasa sedih sehingga mengeluarkan air mata..mungkin kerana anda berjiwa sensitif kerana tidak mampu menahan sebak di dada melihat kezaliman anda sendiri menumbuk bawang yang memang tiada ikatan saudara dengan anda....
kegunaan sampingan-erk, digunakan sebagai pipi sebgai pengganti lesung pipit..erk, boleh kah begitu? cuba try ye...peanut dah de lesung pipit walaupun tak dalam..hehhehe..perlukan peanut mencubanya di rumah?
7)Langsir
kegunaan asal-digunakan sebagai hiasan dalam rumah sama ada di pintu, di tingkap serta di mana2 sahaja...penting ketika musim perayaan atau perkahwinan..makcik2 akan sibuk mengshow off langsir baru..
kegunaan sampingan-digunakan sebagai pengelap hingus ketika kehabisan stok tisu..juga sebagai baju sementara sekiranya baju2 peanut semua berada dalam bakul busuk...
8) Komputer opis
kegunaan asal-digunakan sebagai alat untuk menyiapkan kerja2 ofis yang bertimbun--peanut aselah sebab peanut tak de komputer bernama opis..komputer milik apis adalah...tu kena tanya apis sendiri lah..apis tu aka abang ngah peanut..lalalala
kegunaan sampingan-sebagai alat untuk bermain masak2..lebih advance kerana ade komputer...erk,mungkin sebagai alat untuk membiak anak2 virus?
9)Duit syiling
kegunaan asal-untuk menelepon pakwe--zaman budak2...
kegunaan sampingan-alat permainan..ala yang main jentik2 tu..sape tak penah main tanya peanut...skunk suka kumpul duit syiling...sebab tak nak bawak dalam beg duit..t berat,,,lalalalal
10) Laman Blog
kegunaan asal-sebagai wadah penghubung dan juga sebagai medium untuk berkongsi ilmu pengetahuan(skema kan ayat peanut?)
kegunaan sampingan-tempat peanut melalut dangan emoticons yang cumey2 ni..erk, tempat peanut mengumpat kengkawan..sila chek entry lame..mane tahu peanut ade ngumpat kowang ke...lalalal..dah chek lum? dah..hah, tak dE? mestilah tak de, muka suci cam peanut nu mane kutuk owang..lalalala
ciap jugak akhirnya tag dari cik ika ni..lalala...puas hati tak? dah..tapi peanut lum puas hati..peanut nak tag kowang lak...lalalalala
incik Azizwan-peanut sebenarnya tak layak mengetag kamu..tapi nak jugak..lalalal..sila jawab2...
cik pinat-silalah pinat...kamu kan same name dengan peanut..lalalal
cik x[0]x[o]-wajib buat tau..lalalalal...
incik badek_gonzalez-huhuhu..bro..buat tau..(takut sebenarnya nak tag bro ni)
incik spatt-yang ni sowang, peanut tahu..blog kamu mane penah de tag..tapi, kamu di paksa jugak!!!..hehehehe
incik eazy-izzuddin-sila amik..lalala..jawab dengan hati2,,jangan main tembak2 ye...
incik paan-sila buat incik pink...
cik fara kecik-kecik, daripada ko tido kat bilik tu, meh jwab tag aku ek...lalalal
cik nana-buat ye sis...
incik mohd zahari-hehhehe..tullun2 buat ek..lalalala
kepada semua calon2 pemenang tag di atas, sila jawab tag peanut di blog memasing ye..ala, jawab lah..tak de alasa..muktamad...erk,okies2,,ade budi bicara,,peanut bagi dua pilihan..
1)menjawab tag ini di blog anda-sila jawab dengan penuh bergaya dan beremosi
atau boleh memilih pilhan kedua ni
2)sekiranya tidak mahu menjawab, sila postkan hadiah(tidak kira2 hadiah pe2 pun) kepada alamat peanut..berminat..sila request alamat ye...lalalala
hohoho, peanut nasihatkan kamu semua pilih nom dua ye?
lalalalala...kejamnye peanut...tak pelah..peanut sedar peanut sape..
hanya kacang yang menumpang jejalan di blog kowang je..tak pelah kalu tak nak jawab...ishk3x
..-->termakan tak dengan kata2 sedih peanut ni?
updated!!
atas permintaan cik x[o]x[o], peanut nak wat undian kat sini kepada sesiapa yang di tag..sila undi ye...
1)tak yah jawab tag dan bagi hadiah kat peanut
2)jawab tag dan peanut bagi hadiah kat kowang
sila undi ye kengkawan...undian majoriti akan di ambil kira sama ada peanut yang kene kasik hadiah atau kowang..lalalal..tapi dengan syarat, kowang buat tag ni dulu n sila g tau peanut ek..peanut nak menumpang gelak di blog kowang..hehehhe
undian terkini...
kowang jawab tag, peanut kasi hadiah-->
1)cik x[o]x[o] tapi belum buat agi kan?,
2)incik hitam dan merah(tak layak sebab tak jawab tag..hehehe..selamat peanut...incik hitam dan merah, kalu kamu jawab tag peanut, peanut kasi hadiah khas untuk kamu..hehehe),
3)cik pinat(jum2..kiter g blog ye..lalalal)
4)encik badek--tq2x..dah jawab kan? lalalal..tunggu saje ..hehehe
5)cik nana-->turut mengundi untuk hadiah..lalalalal
kowang tak yah jawab tag peanut dapat hadiah, sape2 yang tak respon dan tak jawab tag di kira dalam kategori ini1)cik peanut
2)Incik Azizwan-->kalu dah jawab akan berada dalam senarai di ats
3)Incik spatt
4)Incik eazy-izzudin
5)Cik Fara Kecik
6)Incik Paan
7)Incik Mohd Zahari
3 owang telah menjawab, maknenya 30% sahaja yang undi untuk dapat hadiah....so, bkan majoriti lagi..sekiranya dah 50%..peanut akan kasi hadiah misteri kepada penawab tag berkenaan..hehehehe
Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!